Bahan2:
1 kg daging/ayam
1ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
5 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
3 keping asam gelugor
200 g kerisik
1/2 - 1 kg santan
50 g cili boh (tkr pakai dlm 19 biji cili padi lg best)
Beberapa keping daun kunyit dihiris halus
Gula melaka dan garam secukup rasa
Cara2:
- Basuh daging/ayam dan potong kecil2 atau mengikut kesesuaian.
- Kisar halus bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit dan serai.
- Masukkan hasil kisaran bersama semua bahan kecuali daun kunyit dan masak sehingga kering. Perasakan dgn garam dan gula.
- Masukkan daun kunyit apabila telah kering dan kacau sebentar sehingga daun layu dan tutup api.
Tips:
* Sila tambah cili padi atau lebih banyak cili boh sekiranya nak rendang lebih pedas. Saya ada jmpa resepi rendang negeri yg guna 10 biji cili padi utk 1kg ayam/daging. Bagi saya kalau ikut resepi asal ni mmg sgt x pedas.
* Sila adjust kelemakan rendang anda mengikut citarasa anda. Saya guna dalam 800ml santan untuk 2kg ayam.
* Sila pastikan kerisik yg digunakan adalah yg elok sebab resepi ni guna banyak kerisik so kalau kerisik x sedap mmg sgt terasa akan ketidak sedapannya.
* Oh ye..kalau nak daging tuh lebih empuk tambah sedikit air supaya lmbt sket kering dan daging itu masak lebih lama.
* Make sure api kecil kalau rendang daging. Daging yg masak dengan api kuat akan jd liat.
* Kalau masak rendang ayam pakai ayam biasa bukan ayam kampung, masukkan ayam lambat sket. Maknanya tumis lu bhn mesin sampai wangi br masukkan ayam dan santan.
Selamat mencuba :-)

