Friday, December 27, 2013
Nasi Minyak Yang Simple dan Sihat
Thursday, December 19, 2013
Not A Pleasant Memory
Saturday, October 12, 2013
Ketupat Palas In D Making
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat di hati nk belajar buat ketupat palas. Niat ni dh utarakan dari raya puasa lagi. Tak sangka pula ayahanda tersayang masih ingat akan hasrat ku itu. Sampai jer umah ayah bagitau daun palas dan pulut dah ada. Terpause sekejap sebab dh terlupa pasal niat ms raya puasa dulu. Bila teringat terus tersenyum. Nenek yg ada di rumah pun tanya bila nk mula buat.
Semalam, bermula dgn 2kg pulut susu kami pun memulakan proses memasak pulut dan seterusnya membalut ketupat. Bila dh hbs 2kg pulut daun palas masih berbaki dlm setengah dr bilangan keseluruhan. Kami pun request ayahanda beli lagi sekilo pulut. Memang bajet cukup2 ja dengan daun. Hasil akhir, 3kg pulut menghasilkan lebih kurang 90 ulas ketupat. Nenek kata not bad for my first try. Ingat pasni tak payah ler tempah lagi. Boleh buat sendiri. Seronok bila ramai2 belajar membalut. Walaupun ada yg senget benget tapi rasanya ok utk kali pertama. Practice make perfect jadi lama-lama cantik ler nanti kn? Terima kasih nenek atas tunjuk ajar. Raya puasa nanti kita buat lagi yer nek :-)
Ketupat in the making
Sifu tengah tunjuk cara tarik hujung daun supaya isi ketupat kejap sebelum hujung daun disimpul
Thursday, July 25, 2013
16 Ramadhan 1434
Menu berbuka hari ini..jeng jeng jeng
Mee Bandung Segera Agromas
Bagi saya ini dalah antara mee bandung segera yang ok rasanya. Tapi sebenarnya yang meng'ok'kan lagi rasa mee ini adalah ini:
Ketam dan udang sebagai penambah perisa. Memang marbelouslah rasanya :-D
Thursday, July 18, 2013
9 Ramadhan 1434
Menu berbuka ari ni sgt simple. Nasi goreng ayam jer. Alhamdulillah walaupun simple bagi ku cukup rasa dan licin jugak. Masak dgn apa yg ada utk mengelakkan pembaziran. Kalau pergi bazar mesti sume nk borong sedangkan makannya tak banyak mana pun. So far, masih berjaya menahan diri dari melangkah ke bazar tuh. Lagi pun lagi best rasanya masak sendiri. Lagi puas hati kan? Yer tak?
P.S: Menghitung hari tak sabar nak balik berbuka di kampung bersama keluarga dan sedara mara. 15 days to go ! :-)
Sunday, July 14, 2013
6 Ramadhan 1434
Bubur Lambuk Oat dgn Bayam. Eksperimen yang tak berapa nak menjadi. Bayam tak kena gu nya dengan bubur lambuk oat. Kalau bubur oat biasa ok kot rasanya. Gara-gara nak menghabiskan stok bayam ler nih. Apa-apa pun pembaziran masih dapat dielakkan. Habis juga semangkuk. Alhamdulillah..
Friday, July 12, 2013
3 Ramadhan 1434
Wednesday, July 10, 2013
1 Ramadhan 1434
Update
Bahan-bahan:
8 sudu besar oat
air secukupnya (dalam 2/3 cawan kot)
2 sudu besar thai cili paste
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
segenggam ikan bilis
4 biji cili padi (dihiris serong)
1/2 ketul kiub ayam
1 butir telur
1 batang lobak merah (potong kiub)
segenggam kobis
sedikit daun bawang (dihiris)
1 ketul dada ayam (dihiris nipis)
4 keping cendawan tiram
1 batang serai (dititik)
5 biji limau kasturi
Sedikit lada putih.
garam secukup rasa
Cara-cara:
- Goreng bawang, cili padi dan ikan bilis hinga rangup. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan thai cili paste, kiub ayam dan kacau hingga sebati.
- Masukkan ayam dan lobak merah. Masak sehingga isi ayam tu masak dan lobak hampir lembut.'
- Masukkan kobis, cendawan, serai dan oat dan kacau sehingga oat betul-betul kembang.
- Bila oat dah kembang dan agak pekat, pecahkan telur dan kacau.
- Perahkan asam limau dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Kacau sehingga bubur menjadi likat.
- Untuk hidang tabur daun bawang dengan ikan bilis goreng tadi.
Tips:
- Sebenarnya masa masak men campak jer so sukatan bahan kat atas adalah anggaran.
- Anggaran hidangan untuk 2 orang.
- Kalau suka cair boleh letak air lebih.
- Kalau tak nak pakai cili paste pun boleh ganti dengan pes tomyam. Lagi senang sebenarnya sebab dah tak perlu letak serai, asam bagai. Dh cukup rasa.
- Kalau nak ganti lada putih kepada lada hitam pun boleh.
- Kalau nak ganti limau dengan asam keping pun boleh.
- Boleh juga ganti ayam dengan udang atau daging.
- Boleh tambah daun limau purut (tuan empunya diri tak suka daun tu so tak letak)
Alaa..pandai-pandai ler korang adjust yer bila masak nnti. Mana yang tak cukup tambah ler. Saya pun improvised sebab kiub tomyam tak ada kat umah. Ok, selamat mencuba :-)
Tuesday, June 25, 2013
Di Kala Jerebu
Terlepas sudah! Kalau tak confirm berhenti bergambar bersama dan mtk autograf..hehehe
Saturday, June 8, 2013
Knife Cut Noodles
Pagi ni cuba buat knife cut noodles utk breakfast. Tgk Song Dong Il ajushi bt dalam kvariety 'Appa Odiga?' atau nama omputihnya 'Dad Where Are You Going?' mcm best ja so try ler google resepi. Mcm x susah nk bt mee nyer so pagi ni pun cuba ler buat. X susah pun rupanya. Lagi sihat dr makan mee kuning sebab x letak sebarang pewarna dan pengawet. So kt sini nk tempek cara bt mee nyer. Kuah tu korang pandai2 ler improvise. Td saya bt pakai perencah megi ayam dan sosej jer sebab kekurangan bajet nk p beli bhn mentah utk bt stok. Masuk gaji bulan ni nnti leh ler cuba version original stok nyer plak. So, here's the recipe:
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dalam bekas dan uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit demi sedikit tepung sekiranya doh anda masih melekat di jari ketika menguli.
- Teruskan menguli dalam 15 minit dan masukkan doh dalam bekas dan tutup bekas dgn cling wrap.
- Simpan dalam peti sejuk dalam sejam.
- Keluarkan dr peti dan ambil sedikit doh untuk dicanai atas papan penggelek.
- Gelek atau canai doh sehingga nipis lebih kurang 2mm. Pastikan papan dan penggelak ditabur tepung dahulu utk mengelakkan doh melekat pada permukaan.
- Taburkan tepung atas permukaan doh yg selesai dicanai dan lipat doh memanjang seperti menggulung. Tabur tepung pada permukaan setiap kali melipat.
- Potong bermula hujung doh yg dilipat selebar lbh kurang 5mm sehingga habis.
- Buka setiap lipatan yg dipotong bg mendapatkan mee yg panjang dan susun mee di atas bekas yg telah ditabur tepung.
- Mee boleh dicelur dalam air mendidih atau dimasukkan terus dlm kuah yg sedang mendidih dan masak sehingga mee lembut.
Saya tadi masuk jer terus dalam kuah yg sedang mendidih. Mee sy sedikit tebal sebab canai atas tudung periuk yg tak berapa nk besar so limited space. Kalau boleh nipis lagi mmg dah perfect dh rasanya. Yang pasti mee ni rasanya mcm sedikit kenyal so sgt puas hati bila makan dan sgt sedap dan mengenyangkan. Satu adunan mee ni sesuai utk 2-3 hidangan.
Selamat mencuba!
* Resepi mee adalah hasil sumbangan marsh_mallow from Myresepi.com. Thank you! :-)
Friday, May 31, 2013
Alhamdulillah
Amiin..
Sunday, May 5, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Kuih Abok-abok / Tepung Gomak
Monday, April 29, 2013
Oh My Hand!
Sunday, April 28, 2013
Sambal Sotong Kembang
Wednesday, April 17, 2013
Buah Melaka
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air daun pandan (kisar 2-3 helai daun pandan+air)
1 ketul gula melaka/kabung
1/2 cawan kelapa muda parut
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau (optional)
Air utk merebus
Cara-cara:
- Campurkan tepung pulut dan tepung gandum.
- Masukkan air daun pandan td sedikit demi sedikit sambil menguli tepung sehingga menjadi doh. Boleh campur pewarna hijau jika suka.
- Potong dadu gula melaka.
- Bulatkan doh sebesar duit 20 sen baru dan tekan utk leperkan sedikit utk letak gula melaka.
- Letak gula dan tutup dgn tepung serta uli menjadi bulat semula.
- Ulang sehingga doh habis.
- Didihkan air dlm periuk dan masukkan buah melaka dalam air yg mendidih.
- Buah melaka akan timbul bila masak dan biarkan seketika utk pastikan gula cair dlm buah melaka.
- Kaut dan toskan. Kemudian salutkan dengan kelapa yang telah digaul dgn sedikit garam.
Tips:
* Tabur tepung dlm bekas yg nk letak buah melaka yg belum dimasak supaya tak melekat pada dasar bekas.
* Toskan buah melaka sehingga kering sebelum salut kelapa utk elakkan buah melaka lembik dan melekat.
* Saiz gula yg dipotong dadu mestilah bersesuaian dgn saiz doh yang diuli bulat bg mengelakkan buah melaka pecah ketika dimasak.
* Jangan lupa tapis dulu air daun pandan tuh masa nak campur dengan tepung. Kalau tak serat tinggi ler buah melaka korang tuh nanti.
Saturday, March 16, 2013
Sunday, March 10, 2013
Bunheads
Saturday, March 9, 2013
Homemade Laksa
Resepi belum boleh tempek sebab men campak2 jer td. Nanti lah yer. Jemput makan lah yer kawan2. :-)
Sunday, February 17, 2013
Kueyteow Kungfu
Homemade Kueyteow Kungfu versi Pemurah Bahan Kedekut Kuah..hahaha :-D.
Resepi? Nanti la kot nak kena adjust lagi ni br leh tulis. Td men campak2 jer.
Thursday, February 14, 2013
Perut Muda Masak Jintan
Bahan-bahan:
Perut muda
Jintan manis
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Kunyit
Santan
Garam
Gula merah
Asam keping
Cara-cara:
- Semua bahan diblend kecuali garam, gula, asam, perut dan santan.
- Perap perut yg dh dicuci bersih dgn bhn blend dlm sejam dua.
- Masukkan perut, bhn perap td, asam keping dan santan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sambil kacau hingga hampir pekat.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Tambah air jika perut masih liat dan masak lagi hingga hampir kering. Ulang tambah air sampai perut tu lembut dan bila dh rs lembut masak hingga kering dan pecah minyak.
- Bila nak hidangkan nanti potong2 atau gunting pendek2 perut tuh mcm saiz makaroni tuh. Baru senang nak makan.
P/S: Sukatan bahan dan gambar akan diupdate bila ada peluang untuk masak lauk ni sekali lagi sebab sebelum ni pakai agak2 dan campak sahaja.
Update:
Gambar telah dimuat naik. Kuantiti bahan msh jugak belum ada sebab kali ni pun men campak jer. Yg saya ingat utk 500g perut saya guna santan segar berharga RM1, satu labu bwg besar dan 4 ulas bwg putih. Itu jer yg ingat.
Sunday, February 3, 2013
Rendang Burung Puyuh
Pagi ni masak burung puyuh yang dibeli dari kawan sepejabat. Semalam dah goreng kunyit makan dgn pulut. Memang best. Pagi ni pulak cuba masak rendang menggunakan cili padi bagi menggantikan cili boh. Hasilnya..marvelous lah. Lg best dr letak cili boh. Rendang tu makan dgn pulut yg tak habis semalam. Tapi rasanya lagi best makan dengan puyuh goreng sebab pulut yang saya buat bukannya pulut lemak atau pulut kuning tp pulut biasa. Teringat plak kampung. Harap2 nanti ada peluang bawak balik puyuh masak kt kampung untuk jamu ahli keluarga. Br meriah makan ramai2..x gitu? Insyaallah..amiin. :-)
Friday, February 1, 2013
I Am Currently Following..
1) Grey's Anatomy
2) The Big Bang Theory
3) The Vampire Diaries
4) The Chicago Fire
5) Arrow
6) Bunheads
7) 2 Days 1 Night
8) My Daughter Seo-young
Why am I telling you guys about this? Well, I am bored right now..that's why..and..I just ran out of things to write in this blog actually. Hmm..
Saturday, January 19, 2013
Brunch For Today
Brunch for today is Nasi Lemak Ayam Goreng Sayur Kangkung. Jemput menjamu mata yer kawan2 :-P
Friday, January 11, 2013
Kek Marble
Hari ni cuba try test resepi Kek Marble yg diambil dr blog Resepi Nannie Khuzaifah (terima kasih yer tuan empunya blog). Bukannya apa, teringat ms kecik2 dulu mama selalu buat kek nih so tetiba teringin plak nk mkn yg homemade nyer dan kebetulan sume bahan2nya ada so on jer la projek bakar membakar nih. Jom kita tgk resepi..
Bahan2:
240g mentega
220g gula castor (tp sy guna 180g shj utk kek yg kurang manis)
10g ovallet
240g tepung gandum
1/2 sk baking powder
4 biji telur gred A (sy guna 5 biji telur gred B)
1 sk esen vanila
60ml susu segar
20g serbuk koko (saya lebihkan utk lebih rasa coklat)
Cara2:
- panaskan ketuhar 175°c.
- ayak tepung dgn baking powder dan ketepikan.
- campur susu dgn esen vanila dan ketepikan.
- pukul mentega dan ovallet sehingga sebati.
- campurkan gula dan pukul sehingga putih.
- campurkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
- kaup balik tepung sedikit demi sedikit dalam adunan dan diselang-selikan dgn susu. Kacau sehingga sebati.
- asingkan adunan kepada dua.
- campurkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan kacau sehingga sebati.
- griskan loyang dengan mentega dan sendukkan adunan mentega dan koko berselang-seli sehingga habis.
- goyangkan loyang supaya adunan menjadi sama rata.
- bakar dalam ketuhar selama 40-50 minit.
- next time rasanya nk cuba adjust kepada 3 adunan dan adunan ketiga tu nk perasakan dgn oren sanquick so jd kek marble 3 rasa. Selamat mencuba!
