Sunday, January 15, 2017

Pulut Kuning Kukus

 

Bahan-bahan:

1 kg pulut susu
2 cawan santan pekat
2 sb serbuk kunyit
2-3 keping asam gelugor
3-4 keping daun pandan
2 sk garam
1 sb gula

Cara-cara:
- Rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam gelugor 3-4 jam atau semalaman.
- Toskan dan keluarkan asam gelugor td. Masukkan beras pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan yang disimpul.
- Kukus selama 15 minit atau sehingga wap naik.
- Sementara menunggu pulut masak, panaskan santan yang dicampur dengan garam. Tidak perlu tunggu sehingga mendidih. 
- Keluarkan pulut separuh masak tadi ke dalam bekas dan gaulkan dengan santan.
- Masukkan kembali ke dalam pengukus dan kukus 15 minit atau sehingga wap naik. 
- Keluarkan dari pengukus dan gaul dengan gula bagi mendapatkan pulut yang berkilat.

* Lapik pengukus dengan pinggan atau tudung periuk sebelum memasukkan beras pulut. Selepas selesai memasukkan beras pulut ke dalam pengukus, ambil baki beras yang jatuh ke atas tudung periuk/pinggan dan masukkan kembali ke dalam pengukus.
* Buat lubang-lubang kecil menggunakan pangkal sudu atau senduk selepas meratakan beras pulut bagi memastikan wap dapat naik ke atas dan pulut dapat masak dengan sekata.
* Santan dipanaskan supaya pulut dapat tahan lebih lama.