Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Thursday, April 1, 2021

Resipi Burnt Cheesecake


Sila abaikan rupanya yang buruk akibat malas nk potong baking paper properly. Rasa dia tak buruk macam rupa..sedap sehingga menjilat sudu 😋😋😋 . Simpan resipi sini buat rujukan.


Bahan-bahan:
500g cream cheese
120g gula kastor
2 kuning telur
2 biji telur 
300ml whipping
10g tepung kek

Cara-cara:
- Pukul everything masuk satu-satu 
- Lapik loyang 7' dengan baking paper
- Bakar 220 C 40 minit

Friday, October 18, 2019

Makaroni Bakar



Bahan-bahan:
2 cawan makaroni
2 liter air (anggaran)
1 ketul kiub ayam
1 tin sos pasta prego traditional
1 tin sos pasta prego carbonara
1 tin sos pasta prego mac & cheese
1/2 cawan sos cili
1 cawan susu segar
3 keping daging burger (dicincang)
3 batang sosej ayam (dipotong nipis)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 labu bawang holland (dipotong dadu)
1/4 biji capsicum merah (dipotong dadu)
1/4 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
125g cendawan butang segar (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu/halus memanjang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
Oregano
Parsley
Serbuk lada hitam
3 biji telur (dipukul sedikit)
6 keping keju cheddar
1 cawan parutan keju mozarella (anggaran)
Sedikit minyak zaiton untuk menumis dan merebus makaroni
Garam secukup rasa

Cara-cara:
- Panaskan air+kiub ayam dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan makaroni dan rebus hingga lembut (anggaran masa merebus adalah 8-10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaiton supaya makaroni tidak melekat.
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan/layu.
- Masukkan daging burger+sosej dan gaul rata sehingga daging sedikit kering dan sosej masak
- Masukkan lobak merah+capsicum+cendawan butang dan kacau sehingga sayur sedikit lembut.
- Masukkan sos prego traditional dan sos cili dan kacau rata.
- Masukkan tomato dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa
- Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul rata. Tutup api dan ketepikan.
- Didalam periuk yang berasingan masukkan sos carbonara+sos mac&cheese+susu segar+serbuk lada hitam. Kacau sehingga sebati. Tambah sedikit air sekiranya terlampau pekat atau didihkan lebih lama sehingga sedikit pekat sekiranya terlampau cair.
- Panaskan ketuhar 160-170°c selama 10 minit.
- Gaulkan separuh sos putih bersama makaroni td dan masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
- Curah telur ke atas makaroni yang telah diratakan.
- Curah baki sos putih di atas permukaaan makaroni dan ratakan.
- Susun kepingan keju cheddar menutupi permukaan makaroni.
- Tabur parutan keju mozarella menutupi permukaan kepingan keju.
- Taburkan kepingan oregano dan parsley di atas permukaan yang ditutupi dengan keju
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar untuk 35 minit pada suhu 170°c.

Selamat mencuba..



Monday, June 5, 2017

Biskut Kacang Peas



Bahan-bahan:
2 cawan tepung kacang peas
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula ising
1 cawan minyak jagung
1 sk garam
1 sk baking powder
1 kuning telur

Cara-cara:
- Campur semua bahan kecuali minyak jagung dan kuning telur dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung sambil menguli tepung hingga menjadi doh yang tidak berderai.
- Cubit doh dan bentukkan bulat seperti guli.
- Sapu atas doh yg dibulatkan dengan kuning telur.
- Bakar 180°C selama 15 minit atau sehingga masak.


Sunday, January 15, 2017

Pulut Kuning Kukus

 

Bahan-bahan:

1 kg pulut susu
2 cawan santan pekat
2 sb serbuk kunyit
2-3 keping asam gelugor
3-4 keping daun pandan
2 sk garam
1 sb gula

Cara-cara:
- Rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam gelugor 3-4 jam atau semalaman.
- Toskan dan keluarkan asam gelugor td. Masukkan beras pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan yang disimpul.
- Kukus selama 15 minit atau sehingga wap naik.
- Sementara menunggu pulut masak, panaskan santan yang dicampur dengan garam. Tidak perlu tunggu sehingga mendidih. 
- Keluarkan pulut separuh masak tadi ke dalam bekas dan gaulkan dengan santan.
- Masukkan kembali ke dalam pengukus dan kukus 15 minit atau sehingga wap naik. 
- Keluarkan dari pengukus dan gaul dengan gula bagi mendapatkan pulut yang berkilat.

* Lapik pengukus dengan pinggan atau tudung periuk sebelum memasukkan beras pulut. Selepas selesai memasukkan beras pulut ke dalam pengukus, ambil baki beras yang jatuh ke atas tudung periuk/pinggan dan masukkan kembali ke dalam pengukus.
* Buat lubang-lubang kecil menggunakan pangkal sudu atau senduk selepas meratakan beras pulut bagi memastikan wap dapat naik ke atas dan pulut dapat masak dengan sekata.
* Santan dipanaskan supaya pulut dapat tahan lebih lama.

Monday, September 12, 2016

Choc Brownie

Assalamualaikum. Salam Aidul Adha. Alkisah tengahari tadi yours truly ni membaking choc brownie. Why? Sebab teringin nak makan. Memandangkan bahan-bahan semua ada so kita mulakanlah projek memasak brownie nih. Resepi rujuk blog azlietamasammanis. Tq yer mmg best dan menjadi. Cuma mcm biasa la ada la menderhaka serba sedikit sebab tepung naik sendiri tak ada kt umah. Hasilnya Alhamdulillah sedap. Sebijik macam yang kawan-kawan selalu tempah tuh. Cuma yg yours truly buat ni tak ada ler toping bagai. Kosong jer. Jom tengok resepi. 



 

Bahan-bahan
:
400g dark cooking chocolate
150g unsalted butter
100g gula perang
80g gula castor
4 biji telur
1sk esen vanila
100g tepung gandum
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam halus
30g serbuk koko

Cara-cara:
- Cairkan coklat masakan dan butter secara double boiler.
- Ayak tepung, baking powder, garam dan koko dalam satu bekas
- Dalam bekas yg lain satukan telur, esen vanila, gula perang dan gula kastor. Kacau sehingga sebati dgn menggunakan whisk.
- Campurkan coklat dan butter cair tadi ke dalam campuran sebatian di atas.
- Campurkan campuran tepung ke dalam sebatian dan kacau sehingga sebati.
- Alas dasar baking tray 10x10 dgn baking paper dan sapukan butter pada tray.
- Bakar dlm oven suhu 170°c utk 45 minit atau sehingga masak. Pastikan oven dipanaskan dulu selama 10-15 minit sebelum membakar.
- Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

*Boleh gantikan tepung gandum, baking powder, garam dgn tepung naik sendiri.
*Kualiti coklat mempengaruhi rasa jadi gunakan coklat yg berkualiti.
*Xperlu pukul menggunakan mixer. Memadai hand whisk.
*Resepi asal guna 1 sk baking powder. Too cakey for me so adjust jd 1/4 sk sahaja. 

Selamat mencuba :)

Tuesday, August 9, 2016

Sardin Noxxa

Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin (buang kepala, sirip dan ekor)
1 tin tomato puri (215 g)
3 biji tomato segar
3 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan sos cili / cili kisar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
- Kisar tomato segar secara berasingan.
- Panaskan minyak dlm periuk noxxa menggunakan fungsi stir-fry.
- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi sehingga wangi.
- Masukkan sos cili/cili kisar dan tumis sehinga cili kisar masak (kalau sos cili x perlu tumis lama).
- Masukkan tomato puri, tomato kisar dan garam dan kacau sehingga sebati.
- Susun ikan dalam periuk dan pastikan kuah menutupi ikan. Jika tidak menutupi boleh tambah sedikit air sehingga menutupi ikan.
- Off fungsi stir-fry, tutup periuk dan tekan fungsi high pressure untuk 60 minit. Tekan butang start.
- Apabila selesai 60 minit, lepaskan wap dan buka tudung periuk. Stir-fry utk pekatkan kuah jika perlu.
- Siap untuk dihidangkan atau disimpan dalam peti sejuk beku 

* Jika ingin membuat sardin yang akan diguna utk dimasak semula (seperti sardin dalam tin), anda hanya perlu gunakan tomato puri sahaja.


Roti Puri

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis (mauripan)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
1/2 cawan air

Cara-cara:
- Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga sebati dan menjadi doh.
- Rehatkan doh utk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Cubit doh sebesar bola ping pong dan uli menjadi bulat. Kemudian leperkan doh menjadi nipis.
- Panaskan minyak. Gunakan minyak yang banyak. Apabila minyak cukup panas masukkan doh yang telah dileperkan ke dalam kuali.
- Siramkan doh dengan minyak panas sehingga doh mengelembung sepenuhnya. Goreng sehingga sedikit keperangan.
- Angkat dan toskan.

* Sesuai dihidang dengan kuah kari atau sardin.
* Biasanya saya akan buat doh pada waktu malam untuk digoreng pada esok pagi.
* Simpan doh berlebihan dalam peti sejuk untuk digoreng kemudian atau esok hari. Pastikan doh disimpan dalam bekas yang besar kerana doh akan mengembang walaupn di dalam peti sejuk.


Saturday, January 2, 2016

Donut Ball

Resepi untuk donut ball. Cuba kali pertama untuk breakfast hari ini. Dapat from member yang dapat from blog Mamasya. Tq yer member and Mamasya. Dah cuba memang sedap. Garing di luar lembut di dalam.

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 cawan air suam
3 sb susu pekat
6 sb gula pasir
1 biji telur
2 sb mentega (dicairkan)
Gula ising secukupnya

Cara-cara:
- Campurkan gula ke dalam air suam dan kacau sehingga larut.
- Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan yis, kacau sebati dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih.
- Sementara tunggu yis, pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam mentega. Kacau sebati.
- Bila yis dah berbuih, masukkan campuran mentega cair dan telur ke dalam campuran yis.
- Lubangkan bahagian tengah tepung gandum dan tuang campuran yis tadi.
- Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
- Biarkan doh selama 45 minit untuk naik.
- Selepas 45 minit, salut tapak tangan dengan tepung, cubit sedikit doh dan uli bulat-bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan doh yg telah diuli dlm tray yang ditabur tepung supaya tidak melekat.
- Rehatkan sebentar doh tersebut.
- Goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana besar.
- Angkat dan taburkan gula ising.

*Adunan doh agak lembik jadi perlu tepung yang banyak pada tangan supaya tidak melekat.
*Resepi ini tidak berapa sesuai utk donut ring sebab susah untuk dibentuk.
*Pastikan donut yang telah digoreng tidak lagi panas semasa tabur gula ising kerana gula akan cair dan menyebabkan donut lembap jika panas.
*Sekiranya tiada gula ising segera, boleh saja kisar kering gula pasir untuk jadikan gula ising.
*Boleh juga celup ball dalam topping coklat atau pipe coklat cair/cheese ke dalam doh sebagai inti.
*Atau boleh potong tengah dan letak sambal ikan bilis.

Tuesday, December 29, 2015

Pajeri Rebung Simple

Bahan-bahan:
Rebung madu yg telah diproses (direbus dan dibuang airnya. Dipotong 1 inci lebih dan dikelar-kelar tidak putus pada satu bahagian dan pada arah berbeza di bahagian bertentangan)
2 sb cili kisar
4 sb serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk ketumbar
Sedikit udang kering
200ml santan
1 sb kerisik
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-cara:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga wangi.
- Tumis bahan yang telah dikisar sehingga layu.
- Masukkan cili kisar, rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan santan, rebung, udang kering dan asam keping. Kacau sekali sekala sehingga likat dan santan pecah minyak.
- Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.

* Resepi ni dicedok dari sana sini dlm internet dan digubah ikut cita rasa saya.
* Udang kering tuh boleh juga rendam dan kisar untuk lebih rasa. Kepada yang tak makan udang kering boleh juga kalau tak letak. Rasa tetap ok kalau tak ada. Saya pun letak sikit saja dalam 5 ekor kot.
* Ada juga resepi yang campur udang hidup. Lain kali boleh cuba.
* Saya suka letak garam dan gula masa tumis rempah kari (sblm masuk santan dan rebung) sebab nk bagi rasa rempah yg masin manis tu serap masuk dlm rebung. Nanti bila dh masak saya akan rasa sekali lagi dan adjust semula garam dan gula tu jika perlu.
* Resepi ni utk rebung sebungkus kecil (dlm RM3). Santan saya beli sebungkus kecil juga (RM1 dlm 200ml).

Saturday, January 10, 2015

Asam Pedas Melaka


Bahan-bahan:
4 potong ikan pilihan anda (tenggiri/parang/siakap/kembung)
1 mangkuk kecil cili kisar
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 cm belacan
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil halba
1 kuntum bunga kantan
3 batang serai (dititik)
1 cawan air asam jawa
Beberapa tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
- Kisar bwg merah, bwg putih, halia, kunyit hidup, belacan, lada dan cili.
- Panaskan minyak. Tumis halba sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar dan tumis bersama serai yang dititik sehinga pecah minyak.
- Masukkan gula secukup rasa.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan dan kacau sekejap.
- Masukkan air asam dan kacau.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Bila mendidih masukkan bendi atau terung dan biarkan sehingga bendi dan terung masak.

Thursday, June 12, 2014

Kacang Pol


Selamat pagi :-) Breakfast for today is kacang pol yang dimakan dengan roti, telur goyang dan cili hidup hijau. Sepatutnya ada asam limau tapi untuk breakfast pagi ni tidak disertakan sekali sebab lupa nak bawak. Ada jugak yang makan dengan bawang besar mentah yang didadu. Mengikut tekak yours truly ni memang sedap kacang pol ni sebab rasanya yang lemak-lemak gitu. Kalau tak silap ini juadah orang Johor sebab first time rasa orang Johor yang bawak (bleh ker buat kesimpulan gitu? Hehehe). Apa-apa pun let's check out  the recipe kacang pol dari Makcik Jem ni (TQVM Makcik Jem :-)).
Ini ler rupanya kacang pol dalam tin (credit to En.Google)
 Bahan-bahan:
1 tin kacang pol (tapis airnya dan hancurkan sedikit)
400g daging cincang
5-6 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
2 sudu besar rempah beriyani
1 sudu besar serbuk jintan manis
2-3 sudu besar minyak sapi
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi.
- Tumis bawang putih.
- Masukkan daging dan goreng hingga agak masak.
- Masukkan bawang besar, tomato, serbuk jintan dan rempah beriyani. Kacau rata.
- Masukkan kacang pol.
- Tambahkan sedikit air
- Masukkan garam secukup rasa.
- Masak hingga mencapai tahap kepekatan yang dihendaki.

Tips:
* Kacang pol sudah agak masin jadi hati-hati bila nak letak garam.
* Kepekatan tu bergantung kepada taste masing-masing. Ada yang suka cair sedikit macam bubur dan ada yang suka pekat macam inti karipap tuh. Terpulang kepada cita dan rasa masing- masing.
* Cara makan - ambil sepotong roti baguette (roti panjang mcm batang kayu tuh), letak kacang pol yang diperah dengan sedikit asam limau, letak cili hijau potong, bawang besar dan sebelum masuk mulut, cicah dengan kuning telur goyang tuh pastu ngapp..memang best! :-)

Selamat mencuba..

Monday, March 17, 2014

Ayam Goreng Ala KFC

Bertemu kembali kita dalam rancangan tampal menampal resepi..hehehe..Assalamualaikum dan selamat petang. Di hari yang mulia ini saya nak mengambil kesempatan menampal resepi yang seberti biasa telah saya olah setelah try dan test dari resepi asal dari internet. Resepi kali ini adalah resepi ayam goreng ala kfc yang telah dicari dan dicuba kerana kfc di sini telah ditutup berbulan-bulan lamanya..so..bila teringin nak makan kfc..tapi malas nk merayap jauh membeli maka buat sendiri. Rasanya boley tahan walaupun tak sebijik mcm kfc tapi ok la utk dilayan. Gambar akan update lain kali sebab setiap kali buat habis licin baru nak tingat nak snap gambar. Resepi ini untuk rujukan tuan empunya blog akan datang bila len kali dia nk bt lagi ayam goreng ala kfc ni.

Bahan-bahan perapan:
1 ekor ayam dipotong ikut selera masing-masing
10 ulas bawang putih (blend dgn sedikit air)
2 sudu besar serbuk cili (boleh tambah ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu teh garam

Bahan-bahan tepung:
 2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk cili
garam secukup rasa
1 sudu teh soda bikarbonat

1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
- Gaulkan semua bahan perapan dengan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya (bagi memudahkan serapan) dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
- Campurkan semua bahan tepung kecuali telur dalam bekas bertutup.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit.
- Salut ayam satu persatu dengan telur dan masukkan ke dalam bekas berisi tepung.
- Tutup bekas tepung dan goncang bekas supaya semua bahagian ayam disaluti tepung.
- Panaskan minyak dalam periuk atau kuali yang dalam (pastikan ayam tenggelam dalam minyak tersebut).
- Apabila minyak telah cukup panas masukkan ayam yang telah disalut tepung dan goreng dengan api sederhana hingga ayam masak (anggaran masa dalam 15 minit).

Tips:
*Tujuan masukkan tepung serta ayam dalam bekas tertutup dan kemudian goncang adalah supaya tidak mengotorkan tangan dan ayam disalut sepenuhnya dengan tepung.
*Teknik menggoreng adalah deep fry jadi memerlukan minyak yang banyak bagi memastikan ayam tenggelam dan masak dengan rata.
*Api yang terlalu besar akan menyebabkan tepung cepat hangit dan menggoreng terlampau lama dengan api kecil akan menyebabkan isi ayam menjadi kering jadi hati-hati mengawal api ketika memasak.
*Tepung yang tak habis boleh disimpan dalam peti untuk kegunaan akan datang.
*Bahan perapan dibancuh dengan sedikit air bagi memudahkan ayam serap bahan tersebut.
*Lebih lama ayam diperap lebih sedap rasanya sebab lebih banyak bahan perapan meresap masuk ke dalam isi ayam .
*Boleh juga tambah serbuk kari atau serbuk lada dalam bahan-bahan tepung (sila olah mengikut cita rasa sendiri).
*Resepi asal ada tambah ajinomoto/perasa tapi saya tak letak sebab tak suka so terpulang juga kepada cita dan rasa masing-masing.

Selamat mencuba!:-)


Thursday, March 6, 2014

Homemade Mushroom Soup



Assalamulaikum dan salam Khamis. Pagi ni breakfast yang disediakan oleh yours truly adalah seperti gambar di atas. Niat asal beli cendawan butang segar semalam nak buat spaghetti carbonara tetapi disebabkan kesuntukan masa pagi tadi maka mushroom soup jer lah yang berjaya dimasak. First time try masak mushroom soup ni dan resepi adalah mengikut resepi dari blog CMG. Tapi kali ni terpaksa menderhaka kepada resepi asal dengan mengadjust sukatan bahan mengikut citarasa sendiri sebab kesuntukan masa. Jangan marah yer CMG dan minta izin utk post kat sini plak.

Bahan-bahan:
- Lebih kurang 10 batang cendawan butang putih/coklat segar.
- 1 biji bawang besar (didadu)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 sudu besar mentega
- 1 1/2 sudu besar tepung gandum
- lebih kurang 300ml air
- lebih kurang 1/3 kotak besar susu rendah lemak/segar/full cream (300~400ml mcm tu)
- 1 kiub ayam
- sedikit serbuk lada hitam.

Cara-cara:
- Potong nipis 5 batang cendawan dan bakinya potong dadu.
- Goreng cendawan yang dipotong nipis menggunakan butter sehingga layu dalam non-stick pan.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng sehingga bawang besar layu.
- Kecilkan api dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan air, susu dan kiub ayam, kacau sehingga sebati dan masak sehingga mendidih dan pekat sedikit.
- Tutup api dan tunggu soup suam dan kemudian kisar sehingga halus.
- Masukkan semula soup yang telah dikisar ke dalam pan dan panaskan soup.
- Masukkan cendawan butang yang telah didadu.
- Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

Tips:
* Saya tak tambah garam sebab kiub ayam sudah masin.
* Tambah cooking cream atau whipping cream sekiranya nak soup lebih creamy (bagi saya yang ini pun dh cukup creamy).
* Boleh adjust air dan susu..kalau suka lebih creamy lebihkan susu dari air (sukatan atas tu saya agak-agak jer masa masak pagi tadi).
* Lebih banyak cendawan lebih best.
* Kalau ada air stok rebusan ayam lagi bagus dan tak perlu pakai kiub ayam.
* Saya lagi suka pakai lada hitam yang ditumbuk atau mesin kasar dari yang serbuk.
* Sila pastikan soup dah betul-betul suam atau sejuk sebelum kisar. Kalau kisar masa tengah panas nanti melimpah sebab wap naik (bercakap dari pengalaman pagi tadi..huhuhu. Saya buat dua trip masa kisar tadi).


Kepada kawan-kawan yang nak cuba selamat mencuba yer. Pandai-pandai lah yer adjust mengikut cita dan rasa masing-masing. Pas dah buat jangan lupa hantar sini sket :-)

Good luck and have fun!

Sunday, February 23, 2014

Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum. Lama tak update blog nih. Bukannya tak ada masa tapi tak ada idea sangat jadi dok ler diam-diam sampai la teringat nak post resepi ayam goreng ala kfc ni. Resepi dapat dari internet dan telah diolah mengikut citarasa sendiri. Gambar len kali update. Lupa nak snap and bila teringat besanya ayam tu dah licin dah. Jom tgk resepi :-)

Bahan-bahan perapan ayam:
- 1 ekor ayam dipotong 8 atau 16 (terpulang kepada citarasa masing-masing
- 10 ulas bawang putih (ditumbuk/mesin/cincang)
- 2 sb serbuk kari daging
- 2 sb serbuk cili
- 1 sk soda bicarbonate
- Garam secukupnya
- Lada sulah secukupnya
- Sedikit air (untuk bancuh bahan perapan)

Bahan-bahan Tepung Salut Ayam:
- 2 cwn tepung jagung
- 1/2 cwn tepung gandum
- 2 sb serbuk cili
- 1 sk soda bicarbonate
- garam secukup rasa
- 1 biji telur
- minyak untuk mengoreng

Cara-cara:
- Cucuk daging ayam dengan garfu untuk mudahkan bahan perapan diserap.
- Campurkan semua bahan perapan dan gaul dengan ayam.
- Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
- Pukul telur dgn garfu supaya telur kuning dan putih sebati.
- Salutkan ayam dengan telur.
- Letakkan tepung di dalam bekas plastik yang cukup besar dan boleh ditutup.
- Masukkan ayam yang telah disalut dengan telur ke dalam bekas berisi tepung.
- Tutup bekas dan goncang bekas sehingga semua ayam diselaputi tepung sepenuhnya.
- Panaskan minyak dalam periuk atau kuali yang dalam bagi memastikan ayam yang hendak digoreng tenggelam keseluruhannya.
- Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak dengan api yang sederhana.
- Angkat dan toskan dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba :-)

Friday, December 27, 2013

Nasi Minyak Yang Simple dan Sihat


Hari ni ada potluck kt pejabat. Jadi yours truly nih gigih ler bangun kul 4 pagi memasak nasi ini. Kata simple kenapa lak nak kena bangun kul 4 pagi yer? Sebab belum potong bawang dan tomato dan juga sebab nak kena masak dua trip. Satu periuk nasi jer tak muat. Alhamdulillah dapat diterima tekak kawan-kawan. Sebenarnya ini dah kali ker 4 kot masak nasi ni. Cuma kali ni paling banyak kuantitinya (dalam 15 cawan). So as per request, here's the recipe:

Bahan-bahan (Anggaran saja yer ):
2 cawan beras Basmati Jasmine Pusa Gold (kalau jenis lain pun ok asalkan basmati)
3 cawan air
1/2 cawan minyak zaitun (olive oil)
1 biji bawang besar (sy guna bawang holland yg kuning tu)- dimayang
1-2 biji tomato - dimayang
1/2 kiub ayam (optional)
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
lada hitam
garam secukup rasa
 
Cara-cara:
- Cuci dan rendam beras selama 10 minit.
- Panaskan  minyak zaitun dalam periuk nasi dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lada hitam hingga naik baunya.
- Masukkan bawang dan tomato. Goreng sehingga tomato hancur dan bawang betul-betul layu.
- Masukkan air.
- Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
- Tunggu sehingga mendidih. Masukkan beras.
- Masak beras sehingga separuh masak di dalam periuk dan kemudian pindahkan ke dalam periuk elektrik.
- Masak nasi dalam periuk nasi elektrik sehingga nasi masak (masuk, on, tekan suis 'cook' dan biarkan sampai masak..mcm masak nasi biasa).
- Siap!! 


Tips:
* Kalau ada rempah saffron tuh bleh la letak bila nasi dh nk masak dalam periuk letrik dan kacau. Lagi sedap dan cantik. Kalau nak letak pewarna oren dan merah pun boleh tapi saya tak letak pun sebab tak ada effect pada rasa pun.
* Kiub ayam tu tak letak pun tak apa. Tetap sedap.
* Jangan terlalu kerap mengacau nasi sebab nasi akan patah dan hancur. Tak cantik nanti.
* Kalau ditumis bersama dengan jintan manis, jintan putih, ketumbar, pelaga, bunga cengkih yang disangai dan dimesin kering, rasa nasi ni akan jadi macam nasi bariani sket. Ditambah pula dengan stok ayam atau daging atau kambing..sedap juga. Lebihan rempah yang dimesin boleh digunakan sebagai perapan ayam atau kambing.
* Boleh juga campur dengan sedikit minyak sapi (dlm satu sudu makan) kalau nak lebih rasa lemak. Tapi kurang ler sihat nyerkan.

Kenapa kata nasi ni versi sihat? Sebab guna minyak zaitun sahaja.Selalunya nasi minyak mesti ada minyak sapi dan susu cair yang tinggi lemak tapi yang ni tak ada. So, kiranya version ni lebih sihat ler pd pendapat saya berbanding dengan versi nasi minyak biasa.

Selamat mencuba :-)


Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan 1434

Alhamdulillah..1st day posa berjalan lancar. Menu berbuka ari ini adalah homemade oat tomyam+ikan bilis goreng.
Resepi akan diupdate nnti. Kita solat terawih dulu :-)

Update

Bahan-bahan:
8 sudu besar oat
air secukupnya (dalam 2/3 cawan kot)
2 sudu besar thai cili paste
3 ulas bawang merah (dimayang halus)

segenggam ikan bilis
4 biji cili padi (dihiris serong)
1/2 ketul kiub ayam
1 butir telur
1 batang lobak merah (potong kiub)
segenggam kobis
sedikit daun bawang (dihiris)
1 ketul dada ayam (dihiris nipis)
4 keping cendawan tiram
1 batang serai (dititik)
5 biji limau kasturi
Sedikit lada putih.
garam secukup rasa

Cara-cara:
- Goreng bawang, cili padi dan ikan bilis hinga rangup. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan thai cili paste, kiub ayam dan kacau hingga sebati.
- Masukkan ayam dan lobak merah. Masak sehingga isi ayam tu masak dan lobak hampir lembut.'
- Masukkan kobis, cendawan, serai dan oat dan kacau sehingga oat betul-betul kembang.
- Bila oat dah kembang dan agak pekat, pecahkan telur dan kacau.
- Perahkan asam limau dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Kacau sehingga bubur menjadi likat.
- Untuk hidang tabur daun bawang dengan ikan bilis goreng tadi.


Tips:
- Sebenarnya masa masak men campak jer so sukatan bahan kat atas adalah anggaran.
- Anggaran hidangan untuk 2 orang.
- Kalau suka cair boleh letak air lebih.
- Kalau tak nak pakai cili paste pun boleh ganti dengan pes tomyam. Lagi senang sebenarnya sebab dah tak perlu letak serai, asam bagai. Dh cukup rasa.
- Kalau nak ganti lada putih kepada lada hitam pun boleh.
- Kalau nak ganti limau dengan asam keping pun boleh.
- Boleh juga ganti ayam dengan udang atau daging.
- Boleh tambah daun limau purut (tuan empunya diri tak suka daun tu so tak letak)

Alaa..pandai-pandai ler korang adjust yer bila masak nnti. Mana yang tak cukup tambah ler. Saya pun improvised sebab kiub tomyam tak ada kat umah. Ok, selamat mencuba :-)


Saturday, June 8, 2013

Knife Cut Noodles


Pagi ni cuba buat knife cut noodles utk breakfast. Tgk Song Dong Il ajushi bt dalam kvariety 'Appa Odiga?' atau nama omputihnya 'Dad Where Are You Going?' mcm best ja so try ler google resepi. Mcm x susah nk bt mee nyer so pagi ni pun cuba ler buat. X susah pun rupanya. Lagi sihat dr makan mee kuning sebab x letak sebarang pewarna dan pengawet. So kt sini nk tempek cara bt mee nyer. Kuah tu korang pandai2 ler improvise. Td saya bt pakai perencah megi ayam dan sosej jer sebab kekurangan bajet nk p beli bhn mentah utk bt stok. Masuk gaji bulan ni nnti leh ler cuba version original stok nyer plak. So, here's the recipe:

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dalam bekas dan uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit demi sedikit tepung sekiranya doh anda masih melekat di jari ketika menguli.
- Teruskan menguli dalam 15 minit dan masukkan doh dalam bekas dan tutup bekas dgn cling wrap.
- Simpan dalam peti sejuk dalam sejam.
- Keluarkan dr peti dan ambil sedikit doh untuk dicanai atas papan penggelek.
- Gelek atau canai doh sehingga nipis lebih kurang 2mm. Pastikan papan dan penggelak ditabur tepung dahulu utk mengelakkan doh melekat pada permukaan.
- Taburkan tepung atas permukaan doh yg selesai dicanai dan lipat doh memanjang seperti menggulung. Tabur tepung pada permukaan setiap kali melipat.
- Potong bermula hujung doh yg dilipat selebar lbh kurang 5mm sehingga habis.
- Buka setiap lipatan yg dipotong bg mendapatkan mee yg panjang dan susun mee di atas bekas yg telah ditabur tepung.
- Mee boleh dicelur dalam air mendidih atau dimasukkan terus dlm kuah yg sedang mendidih dan masak sehingga mee lembut.

Saya tadi masuk jer terus dalam kuah yg sedang mendidih. Mee sy sedikit tebal sebab canai atas tudung periuk yg tak berapa nk besar so limited space. Kalau boleh nipis lagi mmg dah perfect dh rasanya. Yang pasti mee ni rasanya mcm sedikit kenyal so sgt puas hati bila makan dan sgt sedap dan mengenyangkan. Satu adunan mee ni sesuai utk 2-3 hidangan.

Selamat mencuba!
* Resepi mee adalah hasil sumbangan marsh_mallow from Myresepi.com. Thank you! :-)

Wednesday, April 17, 2013

Buah Melaka



Gigih buat kuih ni sebab nk hbskan daun pandan yg banyak kt dlm peti. So far, daun pandan tu dh menyumbang kepada agar2 lumut, nasi lemak dan kuih buah melaka ni. So utk rujukan akan datang ini ler resepinya:

Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air daun pandan (kisar 2-3 helai daun pandan+air)
1 ketul gula melaka/kabung
1/2 cawan kelapa muda parut
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau (optional)
Air utk merebus

Cara-cara:
- Campurkan tepung pulut dan tepung gandum.
- Masukkan air daun pandan td sedikit demi sedikit sambil menguli tepung sehingga menjadi doh. Boleh campur pewarna hijau jika suka.
- Potong dadu gula melaka.
- Bulatkan doh sebesar duit 20 sen baru dan tekan utk leperkan sedikit utk letak gula melaka.
- Letak gula dan tutup dgn tepung serta uli menjadi bulat semula.
- Ulang sehingga doh habis.
- Didihkan air dlm periuk dan masukkan buah melaka dalam air yg mendidih.
- Buah melaka akan timbul bila masak dan biarkan seketika utk pastikan gula cair dlm buah melaka.
- Kaut dan toskan. Kemudian salutkan dengan kelapa yang telah digaul dgn sedikit garam.

Tips:
* Tabur tepung dlm bekas yg nk letak buah melaka yg belum dimasak supaya tak melekat pada dasar bekas.
* Toskan buah melaka sehingga kering sebelum salut kelapa utk elakkan buah melaka lembik dan melekat.
* Saiz gula yg dipotong dadu mestilah bersesuaian dgn saiz doh yang diuli bulat bg mengelakkan buah melaka pecah ketika dimasak.
* Jangan lupa tapis dulu air daun pandan tuh masa nak campur dengan tepung. Kalau tak serat tinggi ler buah melaka korang tuh nanti.

Thursday, February 14, 2013

Perut Muda Masak Jintan


Bahan-bahan:
Perut muda
Jintan manis
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Kunyit
Santan
Garam
Gula merah
Asam keping

Cara-cara:
- Semua bahan diblend kecuali garam, gula, asam, perut dan santan.
- Perap perut yg dh dicuci bersih dgn bhn blend dlm sejam dua.
- Masukkan perut, bhn perap td, asam keping dan santan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sambil kacau hingga hampir pekat.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Tambah air jika perut masih liat dan masak lagi hingga hampir kering. Ulang tambah air sampai perut tu lembut dan bila dh rs lembut masak hingga kering dan pecah minyak.
- Bila nak hidangkan nanti potong2 atau gunting pendek2 perut tuh mcm saiz makaroni tuh. Baru senang nak makan.

P/S: Sukatan bahan dan gambar akan diupdate bila ada peluang untuk masak lauk ni sekali lagi sebab sebelum ni pakai agak2 dan campak sahaja.

Update:
Gambar telah dimuat naik. Kuantiti bahan msh jugak belum ada sebab kali ni pun men campak jer. Yg saya ingat utk 500g perut saya guna santan segar berharga RM1, satu labu bwg besar dan 4 ulas bwg putih. Itu jer yg ingat.

Friday, January 11, 2013

Kek Marble

Hari ni cuba try test resepi Kek Marble yg diambil dr blog Resepi Nannie Khuzaifah (terima kasih yer tuan empunya blog). Bukannya apa, teringat ms kecik2 dulu mama selalu buat kek nih so tetiba teringin plak nk mkn yg homemade nyer dan kebetulan sume bahan2nya ada so on jer la projek bakar membakar nih. Jom kita tgk resepi..



Bahan2:
240g mentega
220g gula castor (tp sy guna 180g shj utk kek yg kurang manis)
10g ovallet
240g tepung gandum
1/2 sk baking powder
4 biji telur gred A (sy guna 5 biji telur gred B)
1 sk esen vanila
60ml susu segar
20g serbuk koko (saya lebihkan utk lebih rasa coklat)

Cara2:

- panaskan ketuhar 175°c.
- ayak tepung dgn baking powder dan ketepikan.
- campur susu dgn esen vanila dan ketepikan.
- pukul mentega dan ovallet sehingga sebati.
- campurkan gula dan pukul sehingga putih.
- campurkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
- kaup balik tepung sedikit demi sedikit dalam adunan dan diselang-selikan dgn susu. Kacau sehingga sebati.
- asingkan adunan kepada dua.
- campurkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan kacau sehingga sebati.
- griskan loyang dengan mentega dan sendukkan adunan mentega dan koko berselang-seli sehingga habis.
- goyangkan loyang supaya adunan menjadi sama rata.
- bakar dalam ketuhar selama 40-50 minit.

Tips:
- next time rasanya nk cuba adjust kepada 3 adunan dan adunan ketiga tu nk perasakan dgn oren sanquick so jd kek marble 3 rasa.

Selamat mencuba!