Thursday, July 6, 2017

New Workplace, New Beginning

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Hari ini hari Khamis 6 Julai 2017 bersamaan 12 Syawal 1438. Dah hampir 3 bulan di pejabat baru. Masih dalam proses belajar dan menyesuaikan diri. Memang jaaaaaauuuuh beza dari tempat kerja lama tapi tak la sampai tak boleh diterima perubahan tersebut. Dah biasa dipampered dengan alatan dan teknologi canggih so bila tiba-tiba kena downgrade rasa macam mencabar sket la. Tapi insyaallah akan buat yang terbaik. Lagi satu cabaran adalah kena travel jauh. Perjalanan dalam 45 minit satu hala. Pergi balik dah sejam setengah. Nasib baik tak ada tol so yg kena keluarkan setiap bulan adalah belanja minyak kereta saja. Tapi bila pikir bos dulu berulang setiap hari lebih sejam dengan tol dan redah jem lagi saya rasa insaf. Syukur sangat-sangat dengan apa yang saya ada sekarang. Rasa redha lebih sket..hehehe.

Apa-apa pun ini adalah permulaan baru dan perjalanan baru bagi saya. Tolong doakan semuanya dipermudahkan untuk saya. Bagi saya, cabaran dan stress akan ada di mana-mana pun kita bekerja. Yang penting adalah bagaimana kita tangani dan manage stress kita. 

Dah lama tak buat art therapy. Tak tau bila nk mula balik...


Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir batin :)