Saturday, December 10, 2011

An Evening In Putrajaya

An evening in front of Masjid Putrajaya actually. Hired as tourist guide for the evening. Enjoy the view! :-)

Saturday, December 3, 2011

How About This One

Testing another one. I think this one is much better.

Test

I am testing a new mobile application for blogging.

Monday, November 21, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun



Haa...colourful x? Ombak nyer dah mcm tsunami dah. Ni kali pertama cuba buat kek velvet nasib baik ler menjadi. Tq so much kepada empunya resepi, K.Fida yg saya jumpa dlm myresepi.com. Kepada yang nak mencuba saya sertakan kat sini resepinya but all the credits K.Fida yg punya yer. 

Kek Velvet Ombak Beralun

Bahan2:
2 cawan tepung gandum-diayak
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula halus
5 biji telur gred A yg disejukkan
1 sudu besar ovalette
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 + 1/8 cawan susu cair
10 sudu besar mentega cair
Pewarna

Cara2 :
- Satukan semua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul sehingga kembang. Adunan yang kembang akan bertukar warnanya menjadi hampir putih dan kuantiti nyer juga bertambah.
- Masukkan mentega cair dan gunakan kaedah kaup balik untuk gaul adunan dengan mentaga sehingga sebati. Kaup balik akan memastikan adunan kekal ringan.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut jumlah warna yang dikehendaki dan warnakan menggunakan pewarna makanan.
- Minyakkan loyang dengan mentega. Tuang adunan berwarna yang pertama dan ratakan adunan tersebut memenuhi loyang.
- Ayakkan serbuk koko/milo atas lapisan tersebut hingga menutupi adunan.
- Masukkan adunan berwarna yang kedua, ratakan dan ayak serbuk koko/milo hingga menutupi lapisan.
- Ulang sehingga semua adunan telah diratakan di dalam loyang. Lapisan terakhir tidak perlu dilapiskan dengan serbuk koko/milo.
- Tutup loyang dengan foil aluminium yang telah diminyakkan dengan mentega dan masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 45 - 60 minit atau sehingga masak.
- Pastikan air kukusan telah mendidih dahulu sebelum mula mengukus dan pastikan api kukusan untuk 30 minit yang pertama adalah kuat. Selepas 30 minit api kukusan boleh dikecilkan sedikit. Kek akan berombak mengikut kuatnya api kukusan.
- Apabila telah masak. Tutup api, buka foil aluminium dan biarkan dalam loyang pengukus selama 5 minit.
- Keluarkan dan sejukkan sebelum memotong.

Tak susah pun kan. Saya memang suka sangat resepi yang ayatnya '..campur semua bahan dan pukul hingga kembang..' Hehehe. Selamat mencuba!! :-)

Sunday, November 20, 2011

City Hunters



Aren't they adorable? :-)

Wednesday, November 16, 2011

The Adventures of Tintin : Secret of the Unicorn



Watched The Adventures of Tintin : Secret of the Unicorn today with my sis-in-law. Not bad but I think the actual star of this movie is Snowy the dog. He found most of the clues and saved Tintin like a thousand times..well, not thousand..that would be exageration on my part but A LOT of times in the movie. There will be sequence for this movie but I don't know when. Will I be watching the sequence? Maybe..let's see what they have got for the sequence first and then I'll decide.

Wednesday, November 9, 2011

Tanjyobi omedeto



The birthday boy with his angry bird birthday cake.

My dearest nephew..Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amiin.  - Ayang.

Saturday, October 29, 2011

Charlie the Cat



Say hello to Charlie yg sgt pemalu. Masa mula-mula jumpa dulu dia asyik sembunyi kt belakang rak buku atau belakang mesin jahit. Sekarang dh ada sedikit improvement nampaknya. Dia dah berani keluar ms org len ada kat umah tu tapi masih x berani nak dekat dengan org kecuali tuannya. Almaklum lah, kucing ni penah trauma dgn tuannya yg sebelum ini. Mana tak nyer dh penah kena campak dalam mesin basuh. Nasib baik x mati kena basuh. Nway, pengajaran pada hari ini adalah sayangilah kucing anda. X rugi paper pun. Kalo dh x suka ka x larat nak bela ka tolong la jgn buh dlm mesin basuh. Sedekah la kt org or hantar ler kt animal shelter kay. Orait, masa utk layan movies. Roger & out! :-)

Wednesday, October 26, 2011

Mee Bandung Agromas



No..you won't find any mee bandung recipe in this post. I just drop by to say I ate that mee bandung for lunch today. The taste..not bad for an instant noodle..and no, I will not cook the noodle and bring it to the office for you to taste. Why? Because I am sure by the time I arrived the noodle would already be cold and soggy. It only taste good when it is eaten hot so sorry guys..not the mee bandung..but maybe I'll bring the banana fritters next time ;-)

Tuesday, October 25, 2011

Now You See It, Now You Don't!



Can you find my office? I'll give you a hint: half of the building disappear under a heavy morning mist ;-)

Saturday, October 22, 2011

Nasi Lemak Burung Puyuh



My breakfast for today. Homemade yer except for the burung puyuh. Jom makan!!! :-)

Thursday, October 13, 2011

Yummy muffins





Yummy but too small and expensive. Love the kiwi flavour.

Sunday, October 9, 2011

Banana fritters



Yummy!!!! :-)

Tuesday, September 27, 2011

Blogging On The Go















A test on blogging on the go. Now I can blog anywhere (anywhere that support internet connections).

However, I still prefer mouse and keyboard than touchpad.

Friday, September 23, 2011

Congratulations Girl!! :-)

Dear Alyani,

Congratulations on your marriage. Semoga jodoh berkekalan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

~

Went to Alyani's wedding last Saturday with Miss Farhana. It took us 2 1/2 hours to get there (by car) and we manage to arrive before the solemnization ceremony started. Lucky us!! :-) Alyani look beautiful in white and pinkish purple that day and the parents really go all out on the food (Last child ler katakan..hehehe). They served more than 6 types of food and they were all yummy. Love the fried chicken and also the gravy for pecal and nasi himpit. Here are some pictures of the wedding:





Solemnization ceremony














Alyani looking lovely in pinkish purple











Wishing you happy wedded life :-). Coming soon..Miss Farhana's..hehehe

Wednesday, May 25, 2011

Farewell Mr.Officemate

These are the menus for the farewell gathering for Mr.Officemate who has been promoted and transferred to a new workplace :-






Nasi Goreng Ayam












Nasi Goreng Ayam











Karipap











Kuih Koci














Cucur Badak











Pai Epal











Kek Keju












Kek Coklat





To Mr. Officemate, congratulations on the promotion and best of luck!

Wednesday, May 18, 2011

Happy Birthday Yati..



My homemade chocolate cake for Yati's birthday. Belated actually..sorry for the late birthday cake and birthday wish. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan sentiasa dirahmati Allah..amiin.

Wednesday, March 16, 2011

Syo & Sham

Dear Syo & Sham,

Congratulations on your wedding. May your love bloom brighter and your companionship grow sweeter with each passing year. May your marriage be filled with all the right ingredients: a heap of love, a dash of humour, a touch of romance, and a spoonful of understanding. May your joy last forever. Congratulations!

P/S: I am really happy for you two and I am glad that I was there to celebrate your big day :-)

Thursday, March 3, 2011

Dewan Budiman (cont.)

Kali ni nak cerita dalam Bahasa Melayu plak. Banyak sebenarnya kenangan kat dewan ni. Al maklum la 5 tahun dok kat sekolah tu and tiap-tiap minggu sekurang-kurangnya sehari mesti ada masuk dewan tu. Perhimpunan sekolah buat kat dalam tuh. Cakap pasal perhimpunan pagi nih, sampai sekarang saya masih ingat semua lagu yang dinyanyikan masa perhimpunan..termasuk la lagu sekolah. Citer pasal perhimpunan gak, nama saya penah kena sebut dalam perhimpunan sebab banyak kali jadi 'late comers'..glamer gitu ;-p. Apa dia 'late comers'? Haa...late comers ini adalah panggilan kepada mereka yang datang lewat. Lewat ke mana? Biasanya lewat ke dewan makan pada waktu pagi. Untuk pengetahuan korang, sekolah ni setiap hari 6 kali makan. Breakfast, morning break, lunch, tea, dinner dan supper. Hanya waktu breakfast dan dinner wajib ada di dewan makan tepat pada masanya. Yang lain tu terpulang la nak makan ke tidak. Tapi rugi oo..sebab makan zaman saya tuh best gak. Eh..dah lari lak dari citer dari dewan sekolah ni so citer pasal dewan makan nih saya citer ari lain k sebab kat dewan makan ni pun banyak tul kenangan..

Haa..sambung balik..late comers ni kena denda 50 sen setiap kali lewat..tapi ntah macam mana plak ntah tetiba sekolah nak wat rules baru, sapa yang banyak kali lewat akan diumumkan namanya dalam perhimpunan..haaa...maka glamor lah saya bersama dalam lebih kurang 10, 20 orang pelajar yang len...hehehe..ramai gak yg lambat rupanya.

Dewan tu jugak adalah tempat utk buat tekan tubi, bangun tubi dan sebagainya bila ada ujian kecergasan and tempat men riben dan sebagainya time PJ subject gimrama...time PJ jer..sekolah nih x der atlet gimrama yer..sume keras and kahaq belaka..hahahaa. Pastu, Dewan Budiman ni jugak tempat ambil exam PMR dan SPM. Korang tengok x gambar sebelum ni? Haa..tempat saya duduk masa SPM tuh ada dalam gambar tuh. Saya duduk sebelah kanan dewan masa SPM lu. Bleh ingat lagi time subject art ada 3 orang ja students yang dok lam dewan tuh. Yg len p mana? Yg len x amik art ler. Masa saya SPM lu semua orang diwajibkan ambil subjek ke-10 sama ada art, ekonomi asas, tasawur islam, akaun atau geografi. Sebenarnya art tu pun pengetua nak mansuh, katanya x der kena mengena ngan sains tapi kami peminat lukisan ni telah berusaha fight dan berjaya mengekalkan subjek tuh..hehehe. Hasilnya...SPM subjek art ni 100% A1..yer la dah 3 orang jer kan..hehehe. Haa..citer pasal art ni citer lain plak. Kalau rajin next time saya cerita.

Apa lagi yang berlaku kat dewan ni? Haa..Freshie Concert. Bunyi macam gempak jer kan konsert gitu tapi sebenarnya malam bakat budak-budak From 1 sebenarnya. Kat situ gak la lokasi show nyer. Kat sekolah ni dulu masa mula-mula masuk kena participate dalam Freshie concert tu. Kakak-kakak form 4 plak ditugaskan mengajar adik2 form 1 utk perform. Macam2 ada tau..ada bangsawan, ada nasyid, ada group singing, malay and mordern dance dan sebagainya. Yours truly turut terpaksa menyumbangkan bakat..haa...cuba teka yang mana satu..hehehehe.

Dewan tu gak tempat kami satu sekolah tgk film show. Dah nama pun sekolah asrama so bila lagi la masanya nak leh tengok wayang kan kalau sekolah x tolong arrange kan. So, setiap hari Sabtu malam Ahad, uncle x tau la dari wayang mana akan bawak alat-alat dia dan project la film kat dinding dewan maka kami pun dok la bersila dan bertimpuh beramai-ramai atas lantai kat dewan untuk tengok citer tuh. Kalo dewan digunakan seperti ada kerusi meja ker maka lokasi akan diubah ke tepi dewan kat luar so film akan ditayangkan kat dinding sebelah kiri luar dewan dan kami pun dok la beramai2 atas rumput atau simen basketball court depan yellow house. Huhuhu...rindu plak rasa nak lepak ramai-ramai ngan bantal peluk tengok film show. Ini ler antara favourite activity saya time sekolah lu..mesti x miss nyer.

Haa..lagi satu acara paling gempak kat sekolah ni tiap-tiap tahun pun wat kat dewan tuh. Nak tau apa? Inter Form English Drama..setiap tahun setiap tingkatan akan compete dalam English Drama. Kenapa gempak sangat english drama ni? Haa...sebab sumenya akan jadi top secret. Setiap form x akan tau apa play yang form lain buat so masa ni jugak la segala bakat di sebalik dan di depan tadbir tercungkil. Buat backdrop sendiri, prop sendiri, costume sendiri..satu batch kena la bekerjasama untuk jayakan play yang dipilih. Saya? Saya x reti nak berlakon so saya pun turut serta ler dalam keja-keja belakang tadbir nih..wat apa??? Jeng jeng jeng..buat costume.. boleh dikatakan tukang jahit tetap setiap tahun la..hehehehe

Apa lagi yer yang berlaku kat dewan tuh? Hmm..penah jadi tempat lecture org, tempat praktis koir, tempat aktiviti lepas PMR and tempat simpan peralatan sukan. Kat bawah dewan ada dungeon and agak creepy gak la kat bawah tuh. Ada macam-macam gak la cerita pelik-pelik dengar pasal dungeon tuh tapi setakat mana kebenarannya x penah la plak di kaji..berani ker korang nak kaji??

Kesimpulannya, (isk..macam karangan SPM plak) Dewan Budiman tuh masih lagi wujud di sekolah itu dan rasanya kebanyakan aktiviti yang telah saya dan kawan-kawan buat di situ mostly masih lagi diteruskan di sekolah tu sekarang ni. Yang pastinya, dewan tu tetap nampak steady macam tuh (dari gambar la..relitinya dah x jejak dewan th lebih 10 tahun dah)..walaupun orang yang penah jejak dewan tuh dah makin tua..

Itulah antara kenangan di Dewan Budiman yang tidak dapat saya lupakan.

Monday, February 14, 2011

Dewan Budiman

The picture below brings back a lot of memories :-)
I'll tell you some of it next time..


Notes:
I am not in the picture so don't bother trying to find me ;-p
Picture borrowed from my old school's homepage.

Cheese Cake Kukus

Setelah lama tak post apa2 resepi, hari ni nak ler post resepi cheese cake ala2 Secret Recepi gitu (org yang kata, saya tak kata ;p). Gambar nanti akan diupdate.

Anggaran adunan untuk 18"/20" springform.

Bahan2:
500g Cream Cheese
6 biji telur gred A atau B
1 cawan caster sugar
1 tin susu cair
2 sudu kecil esen vanilla
6 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar perahan lemon
sedikit parutan kulit lemon (agak2 dalam sebiji lemon nyer kulit)
biskut marie (anggaran cukup untuk selapis nipis tapak springform)
sedikit serbuk koko/milo
Dalam 80g butter..anggaran jer ni (cairkan)
Sedikit serbuk koko atau milo.

Cara2:
1. Mesin biskut marie hingga hancur. Campur dengan sedikit koko atau milo.
2. Gaulkan campuran serbuk biskut tadi dengan butter yang telah dicairkan.(Jangan ler sampai jadi doh plak..pastikan campuran tuh masih boleh berderai..kalau tak keras plak nanti.)
3. Butterkan bahagian dalam springform dan padatkan campuran serbuk biskut tadi pada dasar springform. Masukkan dalam peti sejuk.
4. Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati
5. Masuk telur satu persatu sambil memukul.
6. Masukkan susu cair, esen vanilla, perahan lemon, parutan kulit lemon, tepung kastard dan pukul ler sehingga sebati.
7. Keluarkan springform dari peti sejuk dan tuang adunan ke dalam springform.
8. Tutup dengan aluminum foil dan kukus selama 1 jam.

tips: Untuk memudahkan pemindahan kek yang telah masak dari springform ke bekas lain, lapikkan tapak springform dengan kertas kek sebelum masukkan campuran serbuk biskut marie. Kek ni kena tunggu sejuk dulu baru boleh potong atau masukkan dalam peti sejuk (kalau potong panas2 terburai nanti..tak percaya boleh cuba..hehehehe). Kepada yang ada bajet lebih boleh ler tukar tapak biskut marie kepada biskut oreo..lagi sedap rasanya (tapi saya tak pernah ler lagi cuba sebenarnya ;p)

Kepada kengkawan yang nak rasa kek ni tapi malas nak cuba buat sendiri tapi nak jugak rasa.. boleh jer kalo nak tempah..RM35 satu adunan.
Kek coklat plak RM25 satu adunan (dalam 1 kg)..

Kepada yg rajin..SELAMAT MENCUBA :-)

Bubur Pulut Hitam

Want to cook and eat this but have to wait until next month's cheat day :-(

















Picture borrowed from http://belachan2.blogspot.com.

Wanita Ibarat Epal

Wanita ibarat epal. Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.Amiin..

Currently watching and following...

Kdrama:

Dream High

















My Princess















Tv Series:

The Vampire Diaries

















The Big Bang Theory

















Hellcats










Grey's Anatomy

Monday, January 3, 2011

Tahun 2010

Fuh..berhabuk dah rasanya. Lama tak update. Banyak benda yang jadi tapi sebab tak pandai nak mengarang so tak ter'update' ler blog ni. Memandangkan dah bertukar tahun kita tambah ler satu post utk tahun 2011. Boleh kira macam mukadimah la untuk tahun baru ni.

Apa nak cerita yer? Hmm..hujung minggu ari tuh balik kampung..sempat masak cheese cake utk bagi keluarga dan sedara terdekat rasa. Tapi yang x bestnya orang yang masak tuh yang sepatutnya tak boleh makan kek tuh sebab manis tetap gak terkantoi dan merasa satu slice. Malam Ahad pulak kakak ku belanja makan seafood sempena dia dapat tunggakan gaji naik pangkat..maka lagi sekali la diet saya terkantoi sebab makan lepas kul 8.00 malam. nasib baik bila timbang esok harinya x der beza sgt pun. Dalam 200 gram macam tuh walaupun makan rasanya berkilo-kilo..hehehe..Alhamdulillah.

So esok harinya continue balik ler dengan diet yang diamalkan. Harap2 berjaya ler bertahan hingga saiz menjadi lebih kecil. Berapa target?? Isk..x leh bagitau..Kalau bagitau nanti korang boleh congak berapa berat sekarang...huhuhuh..malu arr ;p

Hari ini ramai yang bercuti..so ofis ni aman tenteram jer tak kecoh. Ramai gak yang anak2 dah mula masuk sekolah. Jeles plak rasanya. Bila anak saya nak masuk sekolah? Bila saya dah ada anak dan anak saya dah umur yang cukup utk masuk sekolah ler kan. Bila tu? Hanya Allah yang tau. Semua Dia yang atur..ye x? :)

Azam tahun baru? Erm, azam saya tak kira tahun baru ker tak. Bergantung kepada apa yang diazamkan. Yang penting azam saja tak cukup..kena disertakan dengan usaha dan doa. Kalau apa yang kita azamkan tuh tak diberkati Allah tak guna gak kan?? Apa-apa pun harap tahun ni membawa lebih banyak yang baik dalam hidup ni dan pada masa yang sama lebih banyak yang x baik tuh dapat ditinggalkan. Amiiin..