Hari ni ada potluck kt pejabat. Jadi yours truly nih gigih ler bangun kul 4 pagi memasak nasi ini. Kata simple kenapa lak nak kena bangun kul 4 pagi yer? Sebab belum potong bawang dan tomato dan juga sebab nak kena masak dua trip. Satu periuk nasi jer tak muat. Alhamdulillah dapat diterima tekak kawan-kawan. Sebenarnya ini dah kali ker 4 kot masak nasi ni. Cuma kali ni paling banyak kuantitinya (dalam 15 cawan). So as per request, here's the recipe:
Bahan-bahan (Anggaran saja yer ):
2 cawan beras Basmati Jasmine Pusa Gold (kalau jenis lain pun ok asalkan basmati)
3 cawan air
1/2 cawan minyak zaitun (olive oil)
1 biji bawang besar (sy guna bawang holland yg kuning tu)- dimayang
1-2 biji tomato - dimayang
1/2 kiub ayam (optional)
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
lada hitam
garam secukup rasa
Cara-cara:
- Cuci dan rendam beras selama 10 minit.
- Panaskan minyak zaitun dalam periuk nasi dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lada hitam hingga naik baunya.
- Masukkan bawang dan tomato. Goreng sehingga tomato hancur dan bawang betul-betul layu.
- Masukkan air.
- Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
- Tunggu sehingga mendidih. Masukkan beras.
- Masak beras sehingga separuh masak di dalam periuk dan kemudian pindahkan ke dalam periuk elektrik.
- Masak nasi dalam periuk nasi elektrik sehingga nasi masak (masuk, on, tekan suis 'cook' dan biarkan sampai masak..mcm masak nasi biasa).
- Siap!!
Tips:
* Kalau ada rempah saffron tuh bleh la letak bila nasi dh nk masak dalam periuk letrik dan kacau. Lagi sedap dan cantik. Kalau nak letak pewarna oren dan merah pun boleh tapi saya tak letak pun sebab tak ada effect pada rasa pun.
* Kiub ayam tu tak letak pun tak apa. Tetap sedap.
* Jangan terlalu kerap mengacau nasi sebab nasi akan patah dan hancur. Tak cantik nanti.
* Kalau ditumis bersama dengan jintan manis, jintan putih, ketumbar, pelaga, bunga cengkih yang disangai dan dimesin kering, rasa nasi ni akan jadi macam nasi bariani sket. Ditambah pula dengan stok ayam atau daging atau kambing..sedap juga. Lebihan rempah yang dimesin boleh digunakan sebagai perapan ayam atau kambing.
* Boleh juga campur dengan sedikit minyak sapi (dlm satu sudu makan) kalau nak lebih rasa lemak. Tapi kurang ler sihat nyerkan.
Kenapa kata nasi ni versi sihat? Sebab guna minyak zaitun sahaja.Selalunya nasi minyak mesti ada minyak sapi dan susu cair yang tinggi lemak tapi yang ni tak ada. So, kiranya version ni lebih sihat ler pd pendapat saya berbanding dengan versi nasi minyak biasa.
Selamat mencuba :-)