Thursday, April 1, 2021

Resipi Burnt Cheesecake


Sila abaikan rupanya yang buruk akibat malas nk potong baking paper properly. Rasa dia tak buruk macam rupa..sedap sehingga menjilat sudu 😋😋😋 . Simpan resipi sini buat rujukan.


Bahan-bahan:
500g cream cheese
120g gula kastor
2 kuning telur
2 biji telur 
300ml whipping
10g tepung kek

Cara-cara:
- Pukul everything masuk satu-satu 
- Lapik loyang 7' dengan baking paper
- Bakar 220 C 40 minit

Monday, March 8, 2021

Setelah Sekian Lama..

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lamanya lah tak update blog ni. Zaman sekarang dah tak berapa nak laku dah kan blogging ni. Tapi untuk yang bukan peminat fb macam saya, blogging masih relevant. Cuma tak berapa nak berkesempatan sekarang ni nak update dan juga kekurangan idea. Mungkin nak kena kaji balik apa content yang paling sesuai nk update kat sini selalu supaya kerap sikit boleh update.


Hari ni tak ada apa nak cerita sangat. Still adjusting walaupun dh hampir 4 tahun berpindah ke pejabat baru. Rindu kat suasana ofis lama tapi kata orang kat mana bumi dipijak kat situlah langit dijunjung. Semoga Allah permudahkan segala urusan kerja saya dan juga urusan keluarga saya di dunia..dan di akhirat kelak. 


Kongsi gambar ni buat kenangan. Gambar rumah nenek saudara di kampung. Doakan segalanya dipermudahkan untuk tok lang saya yang sedang sakit. Semoga cepat Covid-19 ni berlalu supaya kita boleh pakat-pakat berkumpul mengeratkan ukhuwah dan menziarah yang mana yang uzur. Aamiin ya Rabbal Alamin..