Wednesday, November 3, 2010

Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua UUM (Part 2)

Sambungan citer semalam...

31 Oktober 2010

Bangun kul 5.20 pagi terus mandi. Azan jer terus solat subuh dan menyiapkan diri. Sempat makan sesudu dua jer nasi goreng dan terus bertolak jam 6.30 pagi. Sampai kat parking Dewan MAS dalam jam 6.50 pagi dan terus la bersiap memakai jubah dan topi. Siap2 jer pakai jubah dah kul 7.15 dah kena masuk Dewan Tan Sri Othman utk briefing so x sempat ler nak posing2 bergambar pagi tuh. Niat dihati bila kuar dewan nanti pun sempat lagi nak amik gambar so kedua ibu bapa tercinta pun masuk ler Dewan MAS dan saya pun berjalan ler menuju Dewan TSO tuh. Dalam perjalanan tuh, jalan bertar kena blok ngan khemah la plak dan akibatnya terpaksa la jalan atas rumput..habis ler kasut ku comot lekat tanah..huhuh. Dah ler x ada tisu plak tu nak cuci kasut tuh so gosok jer ngan jari yer untuk hilangkan tanah2 tersebut. Sampai kat Dewan TSO tuh check ler nama nak tengok nombor dan tunggu ler briefing. Punya ler lama tunggu at last kul 7.50 macam tuh baru dia start briefing. Ramai gak yang x ada coz nampak tempat duduk banyak yang berlubang x ada orang duduk. Agaknya geng2 Timur Tengah ni ramai yang dah balik negara masing2. Briefing x der apa pun sebenarnya, dia suruh check topi biar rambu2 tuh di sebelah kiri. Pastu ramai2 beratur dan bergerak bersama-sama ke Dewan MAS.


Buku Konvokesyen Ke-23 Sidang Kedua UUM



Majlis start dengan Quran recital dan ucapan dari NC. Pastu anugerah khas Doktor Falsafah kepada Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Punya la panjang intro and masa intro ni la baru tau kami dari sekolah yang sama. Pastu ucapan lagi dari YTM Tuanku Puteri dan pastu baru ler mula anugerah pengijazahan kepada doktor falsafah dan sarjana. Pastu ada plak break. Tetiba terdengar suara2 yang macam ku penah dengar mendendangkan sebuah lagu yang aku tak dapat plak nak ingat lagu apa dari atas dewan. Nak tau siapa??? Haa..nampak ler jejaka empat bukan bersaudara ni menyanyi..diddy, zahid, hazama dan faris. Wah2..pertama kali dengar ada artis jemputan buat persembahan masa sesi konvo tengah berjalan. Khabarnya, diorang ni semuanya student UUM KL sekarang. Agak2 diorang wat persembahan nie dibayar atau kira ko-k A++? Heheheh..gurau jer. Yang pasti terhibur gak la sambil menunggu giliran. Diorang ada nyanyi lagi satu lagu dekat2 penghujung sesi. Seroja rasanya. Sekurang-kurangnya terhibur gak la tetamu esp ibubapa/waris yang menunggu untuk lihat anak2 masing2 terima ijazah. Yer la kan..nak tengok anak sorang jer..kena dok lam dewan tuh hampir 5 jam gak laa…

Majlis tamat dalam jam 1 tengahari rasanya. Masa tuh semua berasak keluar dewan..sebab announcement kata lampu dewan akan dimalapkan untuk persediaan next sesi. Malangnya kat luar hujan so semua berkumpul kat tepi2 dewan. Terpaksa ler padamkan niat di hati tadi tuh. So, memandangkan memang x boleh nak bergambar, maka saya dan keluarga pun naik kereta dan terus balik. Ayah ada gak tanya nak ke studio x tangkap gambar tapi saya dah sakit kepala dah sebab meredah lautan orang dengan pelbagai bau masa keluar dewan tadi so balik…telan panadol dan tido..Zzzzzzz…


Dapat bunga ros sedozen...suka sangat!!! :-D


1 November 2010

Hari ni x der wat apa sgt pun. Tangkap gambar di studio dan selesaikan hal2 peribadi b4 ke airport malam tuh. Masa kat airport punyalah ramai orang. Rupanya ada rombongan haji sekali. Malangnya, flight delay sebab hujan dan juga nak bagi laluan org2 MAS boarding dulu dan masa menunggu dengan penuh kesabaran itu jugak ler..saya ternampak..JENG JENG JENG…mamat berempat tolak satu yang nyanyi kat konvo semalam. Diddy yg x der. Maybe dah balik dulu kot. Diorang pun stuck sekali tunggu flight. Bila naik plak diorang duduk row belakang saya. Masa nak turun siap lawan senyum lagi ngan Hazama..setakat senyum jer la..nak tegur macam x ada idea. Yang bestnya x der sapa plak yang kaco diorang masa tunggu flight. Pemalu agaknya semua penumpang flight malam tuh. Yang x bestnya flight delay dari kul 9.10 sampai kul 10 malam baru terbang. Akibatnya, kul 11 baru sampai LCCT and kul 12 lbh baru sampai umah. Terpaksa plak amik teksi coz bas dah x ada. Nasib baik la selamat sampai..alhamdulillah..

Lagi satu yang sedihnya adalah hujan yang tak benti2 mula dari hari Ahad menyebabkan banjir di banyak kawasan termasuk la Changlun menyebabkan konvokesyen UUM sesi 6 dan 7 terpaksa ditangguhkan ke Januari tahun depan (Berita Harian Online bertarikh 2/11/2010). Kesian kepada graduan yang dah amik tiket or yang dah sampai dah pun. Apa2 pun bawak bersabar yer..dugaan namanya tuh. Akhir sekali, sempena dah tulis panjang2 nih nak ler amik kesempatan ucap terima kasih kepada semua pensyarah yang telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan terutama sekali kepada Dr. Fauziah kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan projek dan report dan juga x lupa kepada Dr. Laily kerana banyak bersabar melayan kerenah saya. Walaupun mengambil masa yang agak lama tapi saya tetap berbangga kerana berjaya mencapai satu lagi target dalam hidup saya. Next?? Insyaallah akan cuba mohon plak untuk pakai topi bulat sekiranya panjang umur, sihat dan murah rezeki. Tolong doakan yer kawan2..

Tuesday, November 2, 2010

Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua UUM (Part 1)

Alkisah, setelah bertahun-tahun belajar, berhempas pulas berulang-alik dari penginapan sekarang ke UUM, akhirnya pada 31 Oktober 2010 yang lalu, saya telah dijemput naik kepentas UUM untuk menerima ijazah secara rasmi dari Canselor UUM..haa..korang tau tak siapa Canselor UUM?? Haa…sebut betul2.. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH .. iaitu Sultan Kedah. Gambar konvo?? Erm..belum amik coz Changlun banjir so jalan ditutup so kepada kawan2 yang menunggu nak tengok tuh sila bawak bersabar yer. Insyaallah akan boleh tengok lepas raya haji nanti.

Seterusnya, untuk memanjangkan entry blog ini, saya ceritakan kronologi persiapan sebelum konvo hinggalah lepas konvo tersebut.


30 Oktober 2010


Sehari sebelum konvo tak der buat apa pun sebenarnya.. cuma malam tuh aktiviti seterika menyeterika dijalankan sebelum tidur. Baju, kasut dah berada dalam keadaan standby sebab esok pagi nak kena bangun awal .





Haaa..kepada kawan2 yang tak pernah tengok jubah konvo UUM, ini ler dia. Warna biru memang warna rasmi UUM. Kaler kalung pulak mengikut kolej pengajian so kaler silver ni untuk CAS (College Art and Science). Pastu belang gold kat lengan baju tuh pulak berbeza mengikut ijazah. Satu calit, untuk sarjana muda, dua calit untuk sarjana dan tiga utk doktor falsafah (heheh..macam askar la plak). Topi pulak bagi sarjana muda dan sarjana sama jer tapi bagi doktor falsafah topi bulat. Jubah diorang pun lain sket kainnya macam lagi glamer gitu la kainnya. Hmm..bila la nak boleh pakai topi bulat plak..(ada hati lagi tuh..hehehehe).

Ok laa..kita benti di sini dulu kay..panjang sangat kang penat plak mata korang nak membaca. Kita bagi suspen sket..Till next time ;-)

Monday, October 25, 2010

Pancake

Weekend dua minggu lepas try buat pancake sendiri. Jumpa resepi ni kat internet tapi dah x ingat kat mana. Myresepi.com kot rasanya. N'way, ini adalah laporan bergambar hasil resepi tersebut.



Syrup yang digunakan adalah madu (Berangan gak nak wat coklat syrup tapi bila tiba time nak masak dah malas..heheheh).



Sedap pancake nih tapi nak lagi sedap maakan masa masih panas. Kalau dah sejuk tak berapa nak best la kot. So, here's the recepi :

PANCAKE

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

* 115g Tepung Gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil krim tartar
* 25g Butter
* 1 biji Telur
* 150ml Susu Segar
* 1 sudu besar gula
* Secubit Garam

Cara-cara

1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar (kalau rajin sila ayak)
2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.
3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu & garam & gula secukup rasa. Gaul sebati.
4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake (saya pakai pan biasa jer) yg panas & di lenser dgn sedikit minyak.
5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru diterbalikkan.
6. Hidangkan dgn sirap kegemaran anda - maple syrup, honey, butter atau ice cream. Makan panas2 lagi best.

Nanti bila balik kampung nak buat utk anak sedara..mesti diorang suka :-)

Wednesday, October 6, 2010

Salam Aidilfitri

Harap-harap belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir batin yer..

Next, semalam ke MPH mencari bahan bacaan baru. Sebenarnya, bahan bacaan kat umah dah banyak tapi macam gatal gak nak cari yang baru. Niat dihati nak cari buku ni:



Tapi buku lain yang dapat. Bukan satu...LIMA hah...hehehe.



The BELGARIAD by David Eddings. David Eddings ni penulis buku fantasy and saya memang suka ngan buku2 dia. Buku yang saya beli nih sebenarnya dah lama diterbitkan. Kalau tak silap tahun 1982. Buku ni masa zaman sekolah dulu glamer..ramai kawan2 yang baca tapi masa tu x sampai seru lagi untuk baca. Sekarang baru tingin nak baca setelah 28 tahun buku tu mula diterbitkan. Dah test drive buku first sampai chapter 13 and macam best tu yang berani beli sume buku dalam series tu.

However, buku ni terpaksa di postponed jap untuk bagi laluan kepada The Game of Kings by Dorothy Dunnet. Buku ni dengar citer sangat best dan buku ni juga adalah buku pinjaman so kena la didahulukan. Harap2 boleh la habiskan buku ni dalam bulan ni.

Ni adalah buku2 yang ada kat rak meja komputer saya:



Perasan tak, buku teks wajib government servant PKPA dan Malaysia Kita pun ada sekali..hehehe.Dalam banyak2 tu ada 5 buku x termasuk The Belgariad yang masih belum dibaca dan belum habis dibaca. Ada beza tuh. Bila akan baca? Bila dah sampai seru. Bila akan habis baca? Harap2nya sebelum tahun ni berakhir. Kalau tak habis gak boleh la dijadikan azam tahun baru tahun depan plak..hehehe

Btw, rindu plak rasanya zaman gile membaca sampai tak tidur satu ketika dulu and rindu nak men PS2 :-(

Wednesday, August 18, 2010

Lesson Learned

Never go to Ramadhan Bazaar if you are on a budget cut or a diet.

I went to the Pasar Tani yesterday to buy Centella asiatica or known as Pegaga in Malay for sahur. FYI, the Ramadhan Bazaar in Putrajaya is just next to the Pasar Tani. I bought the Pegaga and then headed to the Bazaar across the road to buy ONE piece of murtabak for iftar. I bought one murtabak and while paying I saw another stall right across the one I was standing, selling a thicker and more delicious looking murtabak. So, I went to that stall and bought ANOTHER piece of murtabak. I started to regret it when I got home. One should be more than enough for me for iftar but I had to be greedy and bought TWO instead. I ate both murtabak anyway coz I hate wasting food and the thick delicious looking murtabak wasn't even that delicious. Since I ate more than I should during yesterday's iftar, I had to cut my potion of rice for this morning's sahur to half :-( So..that's it. That's the story.

Owh..and to kakak di hujung sana, thank you thank you thank you!! Your grandma's jeruk maman makes my day..hehehe. Can't wait for tommorow's sahur :-D

Tuesday, August 17, 2010

Selamat Berpuasa Kawan2

Kawan-kawan..selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

Weekend ni sebenarnya ada gathering buka puasa dengan sahabat2 lama sekolah dulu. Niat dihati memang nak join tapi bila difikirkan balik bajet macam tak mengizinkan. Nak kena simpan duit untuk servis kereta bila cukup 40,000km nanti. Dekat RM800 gak mengikut service template yang tengok kat service centre ari tu. Inilah servis yang paling mahal kalau x silap sebab ni major service.

Lagi satu, sejak start puasa ari tuh x beriya sangat bila berbuka. Cukup sekadar kurma, kuih dan air. Nasi tunggu sahur nanti. So far boley bertahan and berat pun alhamdulillah dah berkurang hampir 3kg (mengikut penimbang kat umah la..Ralat bacaan x tau ler plus minus berapa..heheheh). Selain menjaga kesihatan boleh gak la elak membazir makanan dan belanja.

Btw, orang partition sebelah dah mula pasang lagu raya. Siap terima request lagi..heheheh. Bila dengar lagu raya ni tetiba tingat pulak kampung. Nak balik x der bajet so sabar jer la.. tinggal 22 hari before balik raya..x sabar nak balik buka puasa beramai-ramai dengan sanak saudara malam raya nanti. Harap sume sedara boleh join berbuka malam raya nanti :-)

Wednesday, July 21, 2010

Done it!

Remember last time I told you about my goal to finish reading Breaking Dawn by Sunday? Hah! Done it! I am not head over heels in love with the series though. I just love to read books on vampires and watch movies that have vampires in it. Why? Beats me. Maybe they fascinate me. I think the different versions of vampires in books and movies fascinate me. Do I want to meet one? Maybe, if they are the nice one like the Cullens. Do I want to become one? No, thank you. Not interested on the idea of living forever :-)

Friday, July 16, 2010

Eclipse




I went to the cinema to watched Eclipse two days ago and the verdict..jeng jeng jeng.. just so-so. I don't recommend it to non Twilight fan. You'll be bored to death by Edward and Bella's romance. However, you get to watch Jacob shirtless most of the time >;-).


I never actually get to finish reading Breaking Dawn so I am giving it another shot. I am now on page 95. Hopefully I will able to finish it by Sunday. I still have three to four more books that are on hold. I used to be able to finished one thick size book (300-600 pages, depends on the font size) overnight but now I usually took about a month to finish up a book. But, I could finish up a Korean drama in a week :-).


Planning on watching All About Marriage tonight from 9 to 11 on KBS World and continue with 2 Days 1 Night from 11 to 12.30 pm and then spend sleepless night reading Breaking Dawn. Doesn't sound like an interesting weekend does it? I've been busy on the previous weekends, going to weddings, meetings and so on, so for this weekend I plan to stay at home and bury myself in books, dramas and movies. I actually prefer spending my weekend like this. If only I had more collections of KDrama, JDrama and someone to do the chores at home and cook for me then it would be a perfect weekend ;-p

Wednesday, June 30, 2010

Depression

Depression is a serious illness. Please people..get help if you suffer from one. Want to know more (such as causes and symptoms)? Follow this link http://helpguide.org/mental/depression_signs_types_diagnosis_treatment.htm

Park Yong-ha



Uwaa!! Dia dah x der dah.. Baru umur 32. Banyak sangat la artis korea ni bunuh diri. Kenapa macam tu yer??

Tuesday, June 29, 2010

Daging Masak Kicap

Ini antara lauk kegemaran saya.. tapi bukan sebarang jenis daging masak kicap yang saya suka. Saya suka yang simple sahaja without rempah ratus (esp kulit kayu manis)..so ini adalah resepi daging masak kicap yang saya suka.

Bahan-bahan:
300 gram daging - potong nipis2 melintang ira yer
2 ulas bawah putih - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
1 biji bawang besar - potong bulat2
2 biji ubi kentang - potong nipis2 dan goreng dahulu sampai masak
1 tangkai cili hidup - potong serong
Sedikit halia
Kicap lemak masin
Sos tiram
Sedikit minyak masak
Air asam jawa

Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
- Masukkan daging dan goreng sehingga daging tu masak (kalau kering sangat tambah air sikit)
- Masukkan air asam jawa (agak-agak ler)
- Masukkan sedikit sos tiram
- Masukkan kicap agak2 cukup masinnya
- Masukkan bawang besar dan cili hidup
- Bila bawang dah agak2 masak masukkan kentang yang dah digoreng tadi.
- Dah siap.

p/s : Sila modify kuantiti bawang, ikut banyak mana daging nak masak, kuantiti air asam jawa ikut semasam mana anda nak, kuantiti air ikut banyak mana kuah anda nak dan kuantiti kicap ikut semasin mana anda nak.

-the end-

Wednesday, June 23, 2010

JDrama

Watched:

KDrama

Watched :
Currently watching:

Tuesday, June 22, 2010

Goodreads

My reading pattern in high school (not precise...lebih kurang laa) :

Form 2-3 : R.L Stine, Christopher Pike (Horror, Thrillers, Mystery)
Form 3-5 : V.C. Andrews, John Grisham, Judith McNaught, Julie Garwood, Jude Deveraux, Johanna Lindsay, Jeffry Archer, Margaret Weis and Tracy Hickman, Stephen King (Horror, Romance, Fantasy, Fiction)

Now...
Rojak..tapi dah kurang baca yang berat2.. lebih prefer fantasy or chick-lit kot..

I remember being really addicted to V.C. Andrews after the PMR and I will go in and out of the library near my home to borrow all her books. I've stopped reading V.C. Andrews by the end of the school holiday. I got confused which character is in which book since the storyline is basically the same and I never have the desire to read V.C. Andrews ever again.

Currently reading : Pawn of Prophecy by David Eddings.
Started reading but now KIV : The Game of Kings by Dorothy Dunnett, The Broker by John Grisham and Breaking Dawn by Stephanie Mayer.
To read : The Wise Man's Fear by Patrick Rothfuss (will only be published in 2011).

Why KIV..err.. mula baca..pastu tinggal sebab bz buat benda lain..pastu lupa nak sambung tapi start baca buku lain.. Don't worry.. I'll continue reading all the 'KIV' books tapi x leh janji la bila akan habis..yang pasti akan habis..

Monday, June 21, 2010

More News on SUKMA XIII, 2010

A little bit of news on Kedah's achivement in SUKMA XIII, 2010. Kedah won 39 gold, 20 silver and 31 bronze medals, successfully topping the target of 35 gold medals set by the state. Weight lifting contributed the most (11 gold medals), followed by Cycling (6 gold medals) and then Perahu Layar, Wushu and Shooting (3 gold medals from each sports). See the overall results below:


p/s: Something is wrong with the SUKMA XIII system. The silver medal for 500m cycling event won by Kedah was not updated in the system so the total for silver is actually 20 not 19.

Thursday, June 17, 2010

SUKMA XIII Melaka 2010

I am right now in Melaka as Kedah Secretariat for SUKMA XIII 2010. Working here reminded me of how much I loved and missed working outdoors - managing events especially sports events. Doesn't get that much chance to do that now but I am happy with the current job. Thank you for inviting me to work with you guys again. I really appreciate it. You guys are the best!!!
And for Kedah athletes.. gambare!! Those who won medals..congratulations from me.. use the reward money wisely ok? ;)

Monday, May 31, 2010

Puding Roti

Ini resepi puding roti kegemaranku.. tapi resepi bukan sdn bhd nyer so terima kasih kepada tuan/puan nyer resepi.

Bahan-bahan puding:
6 keping roti (dibuang kulit tepi)
3 biji telur
300ml susu cair
200ml air
90 g gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
sedikit kismis
40 gram mentega

Bahan-bahan sos:
200ml susu cair
100 ml air
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula kastor

Cara-cara:
- roti setiap keping potong 4 pastu masuk dalam bekas
- campur susu dengan air pastu tuang dalam bekas ada roti tadi dan rendam 20 minit
- sementara tu pukul telur dengan gula sampai sebati
- pastu campur telur+gula tadi tuh dengan roti dan kacau bagi sebati
- masukkan kismis dan kacau bagi dia tenggelam dalam roti
- sapu mentega pada loyang saiz 20 cm (agak-agak jer la)
- tuang campuran tadi dalam loyang
- letak lebihan mentega pada permukaan atas adunan dalam loyang tuh (agak-agak rata)
- bakar dalam oven suhu 185 dalam 40-45 minit..

sos:
-campur air dengan kastard
-panaskan susu dalam pan
-bila susu dah betul-betul panas masukkan campuran tadi dan kacau hingga sedikit pekat..

paling best makan masa panas-panas. Saya biasanya kurangkan sedikit jumlah gula sebab x suka manis sgt.

Tuesday, May 18, 2010

Too lazy to update

I am too lazy to frequently update this blog. Sebulan sekali jer boleh lah yer kawan2? ;p

Thursday, April 22, 2010

Kek Coklat

Khas untuk Puan Impiana, ini resepi kek coklat yang saya belum cuba buat lagi tapi penah rasa yang telah siap dibuat oleh puan yang sudi memberi resepi ini kepada saya (Mekasih yer puan..).

KEK COKLAT KUKUS
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
- Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
- Tutup api dan biarkan adunan suam.
- Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.
- Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.
- Gaul rata dan campur tepung.
- Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab
nanti adunan naik (tuang dlm 1/2 acuan je).
- Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.
- Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream


Cara :
Didihkan whip cream, tutup api, masukkan coklat n butter,
sejukkan utk pekat or tunggu suam n curah terus atas kek...or masuk mulut sedap jugak.... tak payah susah2 buat kek...cicah dgn biskut kering jer...

Atas Permintaan..

After a year++ meninggalkan dunia blogging ini...atas permintaan kawan2 ku..this blog is officially reopen and I will be blogging in both languages... and maybe a little bit of Japanese occasionally. Bukannya nyer apa..tujuan asal blogging ni dulu nak practice English..so akan ku cuba teruskan usaha murni ku itu.

Kepada Puan Impiana dan Cik Are-qu..baca dan komen kay..ini atas permintaan puan/cik gak tau.. Btw Puan Impiana, sorry la x jumpa la resepi kek tuh..saya akan tingkatkan usaha mencari and Cik Are-qu, jangan tunggu plak blog ni di update hari2 coz as stated before..I like to read other people nyer blog..sendiri update malaih la plak.. so blog ini akan diupdate bila rajin jer k?

Oh..and satu lagi permintaan ku pulak kepada sahabat2 blog ku yang mengenali diri ku ini..tolong jangan guna nama betul saya yer dalam blog anda atau blog saya... saja nak jd mysterious sket..bak kata Dato' CT 'Biarlah Rahsia..'.

So kawan2.. selamat datang ke dunia blogging and have fun blogging. Ja ne..