Showing posts with label Painting. Show all posts
Showing posts with label Painting. Show all posts

Tuesday, April 23, 2019

Tulip

Tulip yang tak berapa nak jadi. Belasah saja.


Thursday, October 13, 2016

Terapi Seni


Tenang

Cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada diri sendiri. Lukisan di atas adalah sesi mengenalpasti emosi. Saya berasa tenang pada sesi tersebut dan mengharapkan ketenangan tersebut kekal sepanjang hari. Untuk sesi terapi seni, bakat atau kecantikan lukisan bukanlah sesuatu yang dinilai oleh ahli terapi sebaliknya perluahan emosi melalui lukisan itu yang lebih ditekankan. Ada masanya lukisan yang dilukis oleh sesorang itu boleh anda fahami tetapi ada masanya hanya orang itu yang memahami apa yang cuba digambarkan oleh dirinya. Ada masanya emosi yang ada dalam diri dan emosi yang mengganggu diri tidak dapat diluahkan melalui kata-kata tetapi boleh digambarkan dengan lukisan dan warna. Inilah antara tujuan wujudnya terapi seni. Saya masih dalam proses pembelajaran dan saya mengganggap ilmu ini adalah sesuatu yang menarik. Saya mengharapkan ilmu ini dapat saya gunakan untuk membantu diri dan orang lain yang memerlukan.

Thursday, October 6, 2016

A Pear and An Apple

Pear and apple

Dimulakan dengan warna kuning sebagai warna latar buah. Siapkan epal dulu.

Siap warnakan kedua-dua buah. Kemudian baru warnakan papan kayu.










Background yang sangat comot tetapi kombinasi warna buah nampak macam lebih elok dari lukisan 'Avocado'. Masih mengalami masalah untuk perincikan lukisan terutama sekali lukisan papan kayu yang menjadi tapak kepada buah. Rasanya kalau gunakan warna kuning cerah sebagai warna latar buah pear lebih cantik. Dah siap epal baru perasan salah warna latar pear so proceed jer la.

Monday, October 3, 2016

Avocado

Avocado yang tak berapa nak jadi 
Hasil tuaian hari ni yang tak berapa nak menjadi. I need pastel pencils. Mengalami masalah yang serius untuk sudut-sudut yang tajam dan perincian yang halus. Rasanya avocado ni lah  yang paling susah nak kaler dan hasilnya paling rasa tak best antara semua. Lighting pn huru hara memandangkan gambar asal pun mcm tak berapa nak logik lightingnya. Tak apa lah. SBBB (Saya Budak Baru Belajar) jadi redha jer la. Tak berapa nak rajin untuk adjust dah. Terimalah seadanya.

Sunday, October 2, 2016

Capsicums

Capsicums
Capsicums dalam proses


Masa buat capsicums ni baru terasa soft pastel yang digunakan tak cukup lembut. Tapi bila survey harga soft pastel yang much softer terus ternganga. Sangat mahal rupanya. Tak apa la..tak berbaloi kot nak beli kalau setakat hobi dan dlm proses belajar. Kita develop skill dulu nanti kita tengok macam mana. Takut hobi ni tak bertahan lama jer..huhuhu

Wednesday, September 28, 2016

Pear

Today's experiment: a pear

Pear
Sedikit berbeza pada shadow dan juga kaler keseluruhan because of the phone camera.


Sila maafkan shadow yang tak berapa nak jadi tuh dan juga kawasan yang tak berapa nak sampai warnanya tuh. Dah malas nak adjust. Jari gabak sangat asyik langgar sempadan jer. Buah pear tu pun sepatutnya tilted to the left tapi bila dah sudah warna baru perasan tak berapa nak tilted. Redha jer la..huhuhu

Tuesday, September 27, 2016

I am in LOVE

I am in love with soft pastels.

An Apple

Cherries

Cherries (in the process)


Still in the process of learning but I really love it. The colours are so smooth and easy to blend. It can get a bit messy but I am okay with that :)