Monday, June 22, 2015

Pedas Tak Ingat


Penah nampak cili ni? Penah cuba? Tau apa nama dia? Comelkan mcm cili benggala aka capsicum kn? Haa..skali gigit br tau rasanya tak secomel rupanya. Pedas tahap gaban tak ingat punya boleh pengsan. Macam mana yours truly ni tau? Dia dh kena la sebab tu tau..huhuhu

Alkisah abang and family ke Cameron Highlands bulan lepas dan kat sana tokey kebun yang merupakan kawan kepada Prof kak ipar bagi kat dia suruh try. Dia pun tinggal kat rumah dua biji bagi saya try. Saya pun dengan bangganya memotong cili ini buat cili kicap. Dalam fikiran "alaa..pedas mana sangat cili nih kn? Kita kan makan pedas skala boleh tahan tinggi. Tgk dalam Youtube ari tuh mcm dasat kesannya tapi dok fikir mungkin orang negara luar sana tak makan kuat pedasnya macam kita tuh yang rasa pedas sangat kot..". Riak tak? Haa..dgn konpidennya rasa 1/2 slice kecil.."Hmm..boleh tahan". Rasa lagi 1/2 slice.."Ok pedas sket". Rasa lagi 1/2 slice...terus merah muka peluh bersembuq telan ayaq tak ingat punya. Wow! Pedasnya lain dari pedas cili padi kita nih. Pedas bengang mcm makan cili tak masak (mmg x masak pun). Pastu terus tak berani dah sentuh. Harap-harap perut ni tahan..Huhuhu.

Nama cili ni kalau tak silap Habanero. Bila tanya pokcik google dia kata biasanya cili nih orang tak akan makan mentah. Guna untuk masak. Skala kepedasan dia kalau ikut carta di bawah ni ketiga pedas di dunia. 
Ehsan pokcik google


Memang insaf la lepas dah rasa. Hilang semua rasa riak dan takbur tuh. Sebenarnya masa potong pun dah boleh rasa bahang gasnya. Memang kuat tul. Bau dia pun kuat. Jari serta merta rasa panas. Bila makan pun perut rasa panas. Power weh gas dia. Memang terbaik punya kepedasan. Kalau tanya diri ini nak makan lagi tak pasni..mungkin nak tapi dengan kuantiti yang sedikit selepas dimasak. Nampak resepi macam menyelerakan. Mungkin boleh cuba kot..tapi..ada berani ker?Err..

Anyway, Selamat Berpuasa kawan2 :-)

Saturday, April 25, 2015

Hectic

Taking a break. Work is getting too hectic.

Saturday, March 14, 2015

Missing You..

Nmpk baju, kain batik, tudung, bantal, beg, ubat, serkup..I miss you already tok :'(

Tok saya telah kembali ke sisi Allah pada 13 Mac 2015 (Jumaat) bersamaan 22 Jamadil Awal 1436, jam 2.40 petang. Semoga tok ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah..

Tuesday, February 24, 2015

Saya Budak Baru Belajar..Berkebun

Baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun. Semua pokok dalam pasu saja sebab tak berani nak dok selongkaq belakang rumah lama-lama sejak kes jumpa dua ekor encik u***. Baru start dengan kunyit, serai dan pandan. Kita tengok lama mana hobi baru ni nak bertahan. Buat masa sekarang nih masih ler semangat. cita-cita kononnya nak petik sayur fresh depan umah. Harap-harap termakbul ler niat di hati tuh. Jom layan gambar..

Anak pokok pandan yang tak besar-besar. Macam dah lama rasanya tanam..hmm

Pokok serai yang tak bercambah-cambah lagi. Patient is virtue..

Pokok kunyit. Alhamdulillah membesar setakat ini dengan jayanya. Harap-harap akan terus membesar bagai juara :)

Saturday, January 10, 2015

Asam Pedas Melaka


Bahan-bahan:
4 potong ikan pilihan anda (tenggiri/parang/siakap/kembung)
1 mangkuk kecil cili kisar
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 cm belacan
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil halba
1 kuntum bunga kantan
3 batang serai (dititik)
1 cawan air asam jawa
Beberapa tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
- Kisar bwg merah, bwg putih, halia, kunyit hidup, belacan, lada dan cili.
- Panaskan minyak. Tumis halba sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar dan tumis bersama serai yang dititik sehinga pecah minyak.
- Masukkan gula secukup rasa.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan dan kacau sekejap.
- Masukkan air asam dan kacau.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Bila mendidih masukkan bendi atau terung dan biarkan sehingga bendi dan terung masak.

Friday, January 2, 2015

Bye 2014 And Hello 2015

It's 2015. We are one year older. Not quite happy with that fact but a fact is a fact so you learn to accept it. I cannot turn back the time and undo what have been done in 2014 but what I can do is learn from my mistakes and try not to repeat them again.

 “We are products of our past, but we don't have to be prisoners of it.” 

I wish you readers a happy new year.

Wednesday, December 10, 2014