Kali ni nak cerita dalam Bahasa Melayu plak. Banyak sebenarnya kenangan kat dewan ni. Al maklum la 5 tahun dok kat sekolah tu and tiap-tiap minggu sekurang-kurangnya sehari mesti ada masuk dewan tu. Perhimpunan sekolah buat kat dalam tuh. Cakap pasal perhimpunan pagi nih, sampai sekarang saya masih ingat semua lagu yang dinyanyikan masa perhimpunan..termasuk la lagu sekolah. Citer pasal perhimpunan gak, nama saya penah kena sebut dalam perhimpunan sebab banyak kali jadi '
late comers'..glamer gitu ;-p. Apa dia '
late comers'? Haa...late comers ini adalah panggilan kepada mereka yang datang lewat. Lewat ke mana? Biasanya lewat ke dewan makan pada waktu pagi. Untuk pengetahuan korang, sekolah ni setiap hari 6 kali makan. Breakfast, morning break, lunch, tea, dinner dan supper. Hanya waktu breakfast dan dinner wajib ada di dewan makan tepat pada masanya. Yang lain tu terpulang la nak makan ke tidak. Tapi rugi oo..sebab makan zaman saya tuh best gak. Eh..dah lari lak dari citer dari dewan sekolah ni
so citer pasal dewan makan nih saya citer ari lain k sebab kat dewan makan ni pun banyak tul kenangan..
Haa..sambung balik..late comers ni kena denda 50 sen setiap kali lewat..tapi ntah macam mana plak ntah tetiba sekolah nak wat rules baru, sapa yang banyak kali lewat akan diumumkan namanya dalam perhimpunan..haaa...maka glamor lah saya bersama dalam lebih kurang 10, 20 orang pelajar yang len...hehehe..ramai gak yg lambat rupanya.
Dewan tu jugak adalah tempat utk buat tekan tubi, bangun tubi dan sebagainya bila ada ujian kecergasan and tempat men riben dan sebagainya time PJ subject gimrama...time PJ jer..sekolah nih x der atlet gimrama yer..sume keras and kahaq belaka..hahahaa. Pastu, Dewan Budiman ni jugak tempat ambil exam PMR dan SPM. Korang tengok x gambar sebelum ni? Haa..tempat saya duduk masa SPM tuh ada dalam gambar tuh. Saya duduk sebelah kanan dewan masa SPM lu. Bleh ingat lagi time
subject art ada 3 orang ja students yang dok lam dewan tuh. Yg len p mana? Yg len x amik
art ler. Masa saya SPM lu semua orang diwajibkan ambil subjek ke-10 sama ada art, ekonomi asas, tasawur islam, akaun atau geografi. Sebenarnya art tu pun pengetua nak mansuh, katanya x der kena mengena ngan sains tapi kami peminat lukisan ni telah berusaha fight dan berjaya mengekalkan subjek tuh..hehehe. Hasilnya...SPM subjek art ni 100% A1..yer la dah 3 orang jer kan..hehehe. Haa..citer pasal art ni citer lain plak. Kalau rajin next time saya cerita.
Apa lagi yang berlaku kat dewan ni? Haa..Freshie Concert. Bunyi macam gempak jer kan konsert gitu tapi sebenarnya malam bakat budak-budak From 1 sebenarnya. Kat situ gak la lokasi show nyer. Kat sekolah ni dulu masa mula-mula masuk kena participate dalam Freshie concert tu. Kakak-kakak form 4 plak ditugaskan mengajar adik2 form 1 utk perform. Macam2 ada tau..ada bangsawan, ada nasyid, ada group singing, malay and mordern dance dan sebagainya. Yours truly turut terpaksa menyumbangkan bakat..haa...cuba teka yang mana satu..hehehehe.
Dewan tu gak tempat kami satu sekolah tgk film show. Dah nama pun sekolah asrama so bila lagi la masanya nak leh tengok wayang kan kalau sekolah x tolong arrange kan. So, setiap hari Sabtu malam Ahad, uncle x tau la dari wayang mana akan bawak alat-alat dia dan project la film kat dinding dewan maka kami pun dok la bersila dan bertimpuh beramai-ramai atas lantai kat dewan untuk tengok citer tuh. Kalo dewan digunakan seperti ada kerusi meja ker maka lokasi akan diubah ke tepi dewan kat luar so film akan ditayangkan kat dinding sebelah kiri luar dewan dan kami pun dok la beramai2 atas rumput atau simen basketball court depan yellow house. Huhuhu...rindu plak rasa nak lepak ramai-ramai ngan bantal peluk tengok film show. Ini ler antara favourite activity saya time sekolah lu..mesti x miss nyer.
Haa..lagi satu acara paling gempak kat sekolah ni tiap-tiap tahun pun wat kat dewan tuh. Nak tau apa? Inter Form English Drama..setiap tahun setiap tingkatan akan compete dalam English Drama. Kenapa gempak sangat english drama ni? Haa...sebab sumenya akan jadi top secret. Setiap form x akan tau apa play yang form lain buat so masa ni jugak la segala bakat di sebalik dan di depan tadbir tercungkil. Buat backdrop sendiri, prop sendiri, costume sendiri..satu batch kena la bekerjasama untuk jayakan play yang dipilih. Saya? Saya x reti nak berlakon so saya pun turut serta ler dalam keja-keja belakang tadbir nih..wat apa??? Jeng jeng jeng..buat costume.. boleh dikatakan tukang jahit tetap setiap tahun la..hehehehe
Apa lagi yer yang berlaku kat dewan tuh? Hmm..penah jadi tempat lecture org, tempat praktis koir, tempat aktiviti lepas PMR and tempat simpan peralatan sukan. Kat bawah dewan ada dungeon and agak creepy gak la kat bawah tuh. Ada macam-macam gak la cerita pelik-pelik dengar pasal dungeon tuh tapi setakat mana kebenarannya x penah la plak di kaji..berani ker korang nak kaji??
Kesimpulannya, (isk..macam karangan SPM plak) Dewan Budiman tuh masih lagi wujud di sekolah itu dan rasanya kebanyakan aktiviti yang telah saya dan kawan-kawan buat di situ mostly masih lagi diteruskan di sekolah tu sekarang ni. Yang pastinya, dewan tu tetap nampak steady macam tuh (dari gambar la..relitinya dah x jejak dewan th lebih 10 tahun dah)..walaupun orang yang penah jejak dewan tuh dah makin tua..
Itulah antara kenangan di Dewan Budiman yang tidak dapat saya lupakan.