Friday, October 18, 2019

Makaroni Bakar



Bahan-bahan:
2 cawan makaroni
2 liter air (anggaran)
1 ketul kiub ayam
1 tin sos pasta prego traditional
1 tin sos pasta prego carbonara
1 tin sos pasta prego mac & cheese
1/2 cawan sos cili
1 cawan susu segar
3 keping daging burger (dicincang)
3 batang sosej ayam (dipotong nipis)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 labu bawang holland (dipotong dadu)
1/4 biji capsicum merah (dipotong dadu)
1/4 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
125g cendawan butang segar (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu/halus memanjang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
Oregano
Parsley
Serbuk lada hitam
3 biji telur (dipukul sedikit)
6 keping keju cheddar
1 cawan parutan keju mozarella (anggaran)
Sedikit minyak zaiton untuk menumis dan merebus makaroni
Garam secukup rasa

Cara-cara:
- Panaskan air+kiub ayam dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan makaroni dan rebus hingga lembut (anggaran masa merebus adalah 8-10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaiton supaya makaroni tidak melekat.
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan/layu.
- Masukkan daging burger+sosej dan gaul rata sehingga daging sedikit kering dan sosej masak
- Masukkan lobak merah+capsicum+cendawan butang dan kacau sehingga sayur sedikit lembut.
- Masukkan sos prego traditional dan sos cili dan kacau rata.
- Masukkan tomato dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa
- Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul rata. Tutup api dan ketepikan.
- Didalam periuk yang berasingan masukkan sos carbonara+sos mac&cheese+susu segar+serbuk lada hitam. Kacau sehingga sebati. Tambah sedikit air sekiranya terlampau pekat atau didihkan lebih lama sehingga sedikit pekat sekiranya terlampau cair.
- Panaskan ketuhar 160-170°c selama 10 minit.
- Gaulkan separuh sos putih bersama makaroni td dan masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
- Curah telur ke atas makaroni yang telah diratakan.
- Curah baki sos putih di atas permukaaan makaroni dan ratakan.
- Susun kepingan keju cheddar menutupi permukaan makaroni.
- Tabur parutan keju mozarella menutupi permukaan kepingan keju.
- Taburkan kepingan oregano dan parsley di atas permukaan yang ditutupi dengan keju
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar untuk 35 minit pada suhu 170°c.

Selamat mencuba..



Tuesday, April 23, 2019

Tulip

Tulip yang tak berapa nak jadi. Belasah saja.


Monday, February 25, 2019

Innalillahiwainnailaihirajiun..

Pak Tih saya telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini 20 Jamadilakhir 1440H.

Semoga Pak Tih ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Saturday, January 5, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2019. Lama sungguh tak post apa-apa kat blog ni. Bukan terlupa tapi tak ada idea. Memasak pun dah kurang so tak ada resepi baru yang dicuba. Soft pastel pun dah lama tinggal tak berkesempatan lagi nak mula balik. Bukannya apa, soft pastel ni agak messy so bila rumah ni selalu ja ada budak kecik yang datang macam tak berapa nak sesuai la kan nak berkarya..hahaha berkarya la sangat kan. 

Nak review apa yang berlaku sepanjang tahun 2018 tapi macam malas nak flash back. Azam 2019 pun macam malas nak beriya fikir. Nampak tak tu? Haa..sebab tu la tak ada idea nak post kat sini. Bila dah malas fikir ini la jadinya. Harapan 2019? Hope this year will be a better year for me than last year walaupun tahun lepas pun not that bad la. Oh ya, hope this year will be a better year for my friends yang struggling last year dan juga yang lost their loved one.

Belanja quot satu..jumpa lagi.

Sumber Google



Friday, May 4, 2018

Satu Tengah Hari Di Sebuah Cafe..


Satu tengah hari di sebuah cafe: 
Me: Dik..boleh ker kalau akak nk request lukis certain2 gambar atas foam cappuccino nih?
Adik barista: Tak boleh kak. Kami lukis sepontan ja ikut kreativiti semasa. 
Me: Oo..macam tu. Akak tanya jer dik bagi pihak kawan-kawan kat opis nih. Depa nk request lukis bendera pilihanraya kot..hihihi
Adik barista: (°.°)😅
Me: (^_^)😜😸
#demamPRU14

Saturday, April 28, 2018

Decision

Have you ever wondered how your life would have been if you choose differently? 

Sunday, April 22, 2018

Demam Pilihanraya



Bila kebetulan ootd Jumaat lepas hampir sama dgn salah satu bendera parti politik maka soalan yg paling kerap ditanyakan adalah "ada apa-apa maksud ker ni?" 😑

Percayalah, semuanya secara kebetulan (kalau perasan dari ofis lama lagi hampir setiap jumaat saya pakai kaler hijau..setiap selasa kaler pink or purple..setiap rabu kaler biru). Tak ada niat apa-apa pun dan tidak ada kena mengena dgn mana-mana parti politik mahupun parti Tupperware (tak pernah jadi ahli pun..hihihi) 😆. Ni semua demam pilihanraya ler ni punya pasal..hahaha.