Seterusnya, untuk memanjangkan entry blog ini, saya ceritakan kronologi persiapan sebelum konvo hinggalah lepas konvo tersebut.
30 Oktober 2010
Sehari sebelum konvo tak der buat apa pun sebenarnya.. cuma malam tuh aktiviti seterika menyeterika dijalankan sebelum tidur. Baju, kasut dah berada dalam keadaan standby sebab esok pagi nak kena bangun awal .
Haaa..kepada kawan2 yang tak pernah tengok jubah konvo UUM, ini ler dia. Warna biru memang warna rasmi UUM. Kaler kalung pulak mengikut kolej pengajian so kaler silver ni untuk CAS (College Art and Science). Pastu belang gold kat lengan baju tuh pulak berbeza mengikut ijazah. Satu calit, untuk sarjana muda, dua calit untuk sarjana dan tiga utk doktor falsafah (heheh..macam askar la plak). Topi pulak bagi sarjana muda dan sarjana sama jer tapi bagi doktor falsafah topi bulat. Jubah diorang pun lain sket kainnya macam lagi glamer gitu la kainnya. Hmm..bila la nak boleh pakai topi bulat plak..(ada hati lagi tuh..hehehehe).
Ok laa..kita benti di sini dulu kay..panjang sangat kang penat plak mata korang nak membaca. Kita bagi suspen sket..Till next time ;-)
2 comments:
tahniah...awak!!!!
dan.....finally, berjaya kan!!!!
@ieYna : Terima kasih :-). Yang penting jangan cepat give up, betul x? ;-p
Post a Comment