Fuh..berhabuk dah rasanya. Lama tak update. Banyak benda yang jadi tapi sebab tak pandai nak mengarang so tak ter'update' ler blog ni. Memandangkan dah bertukar tahun kita tambah ler satu post utk tahun 2011. Boleh kira macam mukadimah la untuk tahun baru ni.
Apa nak cerita yer? Hmm..hujung minggu ari tuh balik kampung..sempat masak cheese cake utk bagi keluarga dan sedara terdekat rasa. Tapi yang x bestnya orang yang masak tuh yang sepatutnya tak boleh makan kek tuh sebab manis tetap gak terkantoi dan merasa satu slice. Malam Ahad pulak kakak ku belanja makan seafood sempena dia dapat tunggakan gaji naik pangkat..maka lagi sekali la diet saya terkantoi sebab makan lepas kul 8.00 malam. nasib baik bila timbang esok harinya x der beza sgt pun. Dalam 200 gram macam tuh walaupun makan rasanya berkilo-kilo..hehehe..Alhamdulillah.
So esok harinya continue balik ler dengan diet yang diamalkan. Harap2 berjaya ler bertahan hingga saiz menjadi lebih kecil. Berapa target?? Isk..x leh bagitau..Kalau bagitau nanti korang boleh congak berapa berat sekarang...huhuhuh..malu arr ;p
Hari ini ramai yang bercuti..so ofis ni aman tenteram jer tak kecoh. Ramai gak yang anak2 dah mula masuk sekolah. Jeles plak rasanya. Bila anak saya nak masuk sekolah? Bila saya dah ada anak dan anak saya dah umur yang cukup utk masuk sekolah ler kan. Bila tu? Hanya Allah yang tau. Semua Dia yang atur..ye x? :)
Azam tahun baru? Erm, azam saya tak kira tahun baru ker tak. Bergantung kepada apa yang diazamkan. Yang penting azam saja tak cukup..kena disertakan dengan usaha dan doa. Kalau apa yang kita azamkan tuh tak diberkati Allah tak guna gak kan?? Apa-apa pun harap tahun ni membawa lebih banyak yang baik dalam hidup ni dan pada masa yang sama lebih banyak yang x baik tuh dapat ditinggalkan. Amiiin..
No comments:
Post a Comment