Haa...colourful x? Ombak nyer dah mcm tsunami dah. Ni kali pertama cuba buat kek velvet nasib baik ler menjadi. Tq so much kepada empunya resepi, K.Fida yg saya jumpa dlm myresepi.com. Kepada yang nak mencuba saya sertakan kat sini resepinya but all the credits K.Fida yg punya yer.
Kek Velvet Ombak Beralun
Bahan2:
2 cawan tepung gandum-diayak
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula halus
5 biji telur gred A yg disejukkan
1 sudu besar ovalette
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 + 1/8 cawan susu cair
10 sudu besar mentega cair
Pewarna
Cara2 :
- Satukan semua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul sehingga kembang. Adunan yang kembang akan bertukar warnanya menjadi hampir putih dan kuantiti nyer juga bertambah.
- Masukkan mentega cair dan gunakan kaedah kaup balik untuk gaul adunan dengan mentaga sehingga sebati. Kaup balik akan memastikan adunan kekal ringan.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut jumlah warna yang dikehendaki dan warnakan menggunakan pewarna makanan.
- Minyakkan loyang dengan mentega. Tuang adunan berwarna yang pertama dan ratakan adunan tersebut memenuhi loyang.
- Ayakkan serbuk koko/milo atas lapisan tersebut hingga menutupi adunan.
- Masukkan adunan berwarna yang kedua, ratakan dan ayak serbuk koko/milo hingga menutupi lapisan.
- Ulang sehingga semua adunan telah diratakan di dalam loyang. Lapisan terakhir tidak perlu dilapiskan dengan serbuk koko/milo.
- Tutup loyang dengan foil aluminium yang telah diminyakkan dengan mentega dan masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 45 - 60 minit atau sehingga masak.
- Pastikan air kukusan telah mendidih dahulu sebelum mula mengukus dan pastikan api kukusan untuk 30 minit yang pertama adalah kuat. Selepas 30 minit api kukusan boleh dikecilkan sedikit. Kek akan berombak mengikut kuatnya api kukusan.
- Apabila telah masak. Tutup api, buka foil aluminium dan biarkan dalam loyang pengukus selama 5 minit.
- Keluarkan dan sejukkan sebelum memotong.
Tak susah pun kan. Saya memang suka sangat resepi yang ayatnya '..campur semua bahan dan pukul hingga kembang..' Hehehe. Selamat mencuba!! :-)
2 comments:
tak rasa lagi..tapi nampak dah sedap.
Rajin betoi anak dara nie..
@ieyna Selamat mencuba..and selamat berbuka :-)
Post a Comment