Dugaan sungguh pada hari ini. Reverse kereta keluar porch untuk p keja tetiba terasa macam berat semacam jer tayar kereta. Turun dan check rupanya tayar kereta sebelah kanan belakang dah pancit. Nasib baik tak panik dan boleh berfikir dengan tenang. Buka boot dan check tayar spare. Alhamdulillah dalam keadaan baik dan ada angin. Masuk balik dalam rumah, tukar baju dan kuar semula untuk memulakan operasi menukar tayar. Masa ni lah baru nak buka semula buku manual kereta untuk lihat dengan teliti kat mana nak letak jack untuk jack kereta. Jiran semua buat tak nampak..mungkin sebab diorang pun dah lambat nak pergi keja. Tak apalah..kita berfikiran positif dan jangan cepat give up. Call ayah untuk minta tips. Ayah kata longgarkan dulu skru tayar yang pancit, pastu angkat tayar spare dan letak bawah kereta sebelah jack bagi memastikan kalau tetiba jack tu buat masalah tak der la keta tuh jatuh ke bawah terus. Ayah suruh minta bantuan rakan-rakan kat pejabat tapi saya bagitau ayah saya nak cuba dulu. Nasib baik ayah penah demo satu ketika dulu macam mana nak buat semua benda nih so gigih lah saya mengimbas semula langkah-langkah menukar tayar yang pernah ayah tunjukkan dulu.
Alhamdulillah keempat-empat skru berjaya dilonggarkan. Angkat tayar spare dari boot. Nasib baik tayar spare ni tak berat sangat sebab kecik sket dari tayar biasa. Letak bawah kereta dan mula jack keta sampai terangkat tayar yang pancit tuh. Buat slow and steady. Rushing pun nak ke mana kan? Akhirnya terangkat juga tayar tuh. Tarik keluar dan letak bawah kereta ganti tayar spare tadi. Alamak, tak cukup tinggi so tayar spare tak dapat masuk lubang skru. Jack lagi. Try lagi sekali and alhamdulillah masuk dengan jayanya. Skru semula semua skru dan turunkan jack. Golek tayar pancit sampai boot dan angkat masuk. Berat betul tayar dengan rim nih. Kemudian call buat laporan. Ayah kata drive slow-slow pergi keja dulu memandangkan kedai tayar tak der yang buka kul 8 lebih nih. Tawakal dan drive ke ofis. Alhamdulillah, hasil pemanduan yang berhemah (tak lebih 80km/j) berjaya sampai dengan selamat.
Tengahari ajak kawan teman pergi kedai tayar. Terima kasih kepada kawan-kawan yang teman dan tolong introduce kedai tayar. Mamat kedai tayar angkat tayar yang pancit tuh sebelah tangan jer. Kagum sungguh. Bila mekanik tu check rupanya tiub masuk angin tuh yang dah bocor. Tukar tiub. RM6.00. Alhamdulillah. Kalau kena tukar tayar nangis jugak la baru jer tukar tayar sebulan yang lalu.
Saya rasa puasa mengajar saya menjadi lebih penyabar. Walaupun kali pertama melalui pengalaman macam ni tapi alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah coz semuanya berjalan lancar. Saya bersyukur sebab sedar bocor tuh kat depan rumah. Kalau kat tengah jalan susah juga dengan berbaju kurung nak kena bersopan santun nak menukar tayar tuh.
Akhir kata..adat duduk diperantauan kenalah pandai mengadjust apa yang patut..betul tak? :-)
Selamat berbuka!
No comments:
Post a Comment