Friday, April 18, 2014

Wedding of the Year..Amri & Azira

 
Solemnization : 26 Mac 2014, 24 Jamadil Awal 1435
Reception bride side : 27 Mac 2014, 25 Jamadil Awal 1435
Reception groom side : 29 Mac 2014, 27 Jamadil Awal 1435

Wedding of the Year for our family..
Congratulations lil' bro. Semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. 
Penat tapi berbaloi cuma a little bit terkilan coz we never get to snap the picture of the whole family with the groom and bride during the reception on the 29th walaupun sume siap pakai matching color outfit..huhuhu. Sume busy tak ingat hari tuh. N'way, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Thanks to all the sedara mara yang bertungkus lumus membantu kenduri yang tak seberapa nih. Semoga Allah membalas jasa baik semua.
Sebagai kenangan..
Selepas Akad Nikah..hijau mint..cantik kaler :-)

Antara hantaran daripada pihak lelaki. Gambar dari kiri : Cincin, mas kahwin, kain pasang, telekung, jam tangan, beg tangan.

Sebenarnya hantaran yang dibawa pada hari akad nikah adalah cincin, mas kahwin dan buah-buahan. Ketika majlis sebelah bride pula kain pasang, beg tangan, jam tangan, telekung, kek, alquran dan sirih junjung. Tak sempat nak snap gambar buah, kek, alquran dan sirih junjung. Harap-harap photographer ada snap semuanya. Yang menggubah adalah yours truly dan bonda tercinta. Hantam sajalah..asalkan nampak ada hias sket..

Simple but nice :-)
Hiasan bilik groom pula berkonsepkan ikut suka hati mak dan kakak pengantin..hahaha. Pengantin lelaki redha jer la kan..kalau tak..sila ler hias sendiri ;-)

Meja makan pengantin
Yang ini bukan hasil kerja kakak dan mak pengantin yer. Yang ni tempah sebab kakak dan mak pengantin dah tak sanggup nak tambah meja ni dalam to do list..walaupun ada juga mula-mula niat nak hias sendiri. Nasib baik la tak jadik. Oh ya..kerusi plastik tu tak termasuk dalam pakej yer. Gambar ni disnap selepas majlis dah habis..sebab tu ler ada kewujudan kerusi tuh dan tak ada sebarang pinggan mangkuk atas meja.

Pelbagai menu
Menu:
Nasi Jagung
Ayam Masak Merah
Daging Masak Hitam
Gulai Daging
Acar Timun dan Nanas
Ikan Talang Goreng
Bubur Gandum+Jagung
Cucur Udang
Rojak Buah
Cendol
Laksa
Kueytoew Kerang
Air Sirap

Pelbagai Goodies
 Antara goodies yang diberikan..mini baulu, biskut simpul, tiramisu, bunga telur, mini chipsmore, biskut gula, gula-gula, tuala kecil, agar-agar kering, air mineral.

Tiramisu tuh hasil dapur rumah kenduri. Sehari sebelum kenduri dapur dah macam kilang kek, siap ada pengkhususan lagi :-) Terima kasih tak terhingga kepada pekerja-pekerja kilang kek warga tempatan dan juga yg diimport khas dari Sarawak yang terdiri daripada mak-mak sedara, anak-anak sedara, sepupu-sepupu, adik beradik dan juga sahabat handai :-). Masa ni terasa sangat kemeriahannnya..mana taknya, semua gossip dari berita semasa sehinggalah gosip selebriti semua keluar..hahaha..tak sangka mak-mak sedaraku pun up-to-date jugak rupanya..hehehe. Harap-harap boleh berkumpul macam ni lagi lepas ni. Semoga ikatan persaudaraan kita semua semakin rapat dan sentiasa diberkati..Amiiin :-)

To my dearest bro & sis:
Selamat Pengantin Baru..
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Semoga sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..
Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments: