Monday, June 22, 2015

Pedas Tak Ingat


Penah nampak cili ni? Penah cuba? Tau apa nama dia? Comelkan mcm cili benggala aka capsicum kn? Haa..skali gigit br tau rasanya tak secomel rupanya. Pedas tahap gaban tak ingat punya boleh pengsan. Macam mana yours truly ni tau? Dia dh kena la sebab tu tau..huhuhu

Alkisah abang and family ke Cameron Highlands bulan lepas dan kat sana tokey kebun yang merupakan kawan kepada Prof kak ipar bagi kat dia suruh try. Dia pun tinggal kat rumah dua biji bagi saya try. Saya pun dengan bangganya memotong cili ini buat cili kicap. Dalam fikiran "alaa..pedas mana sangat cili nih kn? Kita kan makan pedas skala boleh tahan tinggi. Tgk dalam Youtube ari tuh mcm dasat kesannya tapi dok fikir mungkin orang negara luar sana tak makan kuat pedasnya macam kita tuh yang rasa pedas sangat kot..". Riak tak? Haa..dgn konpidennya rasa 1/2 slice kecil.."Hmm..boleh tahan". Rasa lagi 1/2 slice.."Ok pedas sket". Rasa lagi 1/2 slice...terus merah muka peluh bersembuq telan ayaq tak ingat punya. Wow! Pedasnya lain dari pedas cili padi kita nih. Pedas bengang mcm makan cili tak masak (mmg x masak pun). Pastu terus tak berani dah sentuh. Harap-harap perut ni tahan..Huhuhu.

Nama cili ni kalau tak silap Habanero. Bila tanya pokcik google dia kata biasanya cili nih orang tak akan makan mentah. Guna untuk masak. Skala kepedasan dia kalau ikut carta di bawah ni ketiga pedas di dunia. 
Ehsan pokcik google


Memang insaf la lepas dah rasa. Hilang semua rasa riak dan takbur tuh. Sebenarnya masa potong pun dah boleh rasa bahang gasnya. Memang kuat tul. Bau dia pun kuat. Jari serta merta rasa panas. Bila makan pun perut rasa panas. Power weh gas dia. Memang terbaik punya kepedasan. Kalau tanya diri ini nak makan lagi tak pasni..mungkin nak tapi dengan kuantiti yang sedikit selepas dimasak. Nampak resepi macam menyelerakan. Mungkin boleh cuba kot..tapi..ada berani ker?Err..

Anyway, Selamat Berpuasa kawan2 :-)

1 comment:

1na said...

Riak takabbur sungguh... hahahaha menyesal kan? hahahaha

Ehem sila masak dan bagi ahkak rasa sikit cili habanero nie...