Saturday, January 2, 2016

Donut Ball

Resepi untuk donut ball. Cuba kali pertama untuk breakfast hari ini. Dapat from member yang dapat from blog Mamasya. Tq yer member and Mamasya. Dah cuba memang sedap. Garing di luar lembut di dalam.

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 cawan air suam
3 sb susu pekat
6 sb gula pasir
1 biji telur
2 sb mentega (dicairkan)
Gula ising secukupnya

Cara-cara:
- Campurkan gula ke dalam air suam dan kacau sehingga larut.
- Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan yis, kacau sebati dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih.
- Sementara tunggu yis, pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam mentega. Kacau sebati.
- Bila yis dah berbuih, masukkan campuran mentega cair dan telur ke dalam campuran yis.
- Lubangkan bahagian tengah tepung gandum dan tuang campuran yis tadi.
- Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
- Biarkan doh selama 45 minit untuk naik.
- Selepas 45 minit, salut tapak tangan dengan tepung, cubit sedikit doh dan uli bulat-bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan doh yg telah diuli dlm tray yang ditabur tepung supaya tidak melekat.
- Rehatkan sebentar doh tersebut.
- Goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana besar.
- Angkat dan taburkan gula ising.

*Adunan doh agak lembik jadi perlu tepung yang banyak pada tangan supaya tidak melekat.
*Resepi ini tidak berapa sesuai utk donut ring sebab susah untuk dibentuk.
*Pastikan donut yang telah digoreng tidak lagi panas semasa tabur gula ising kerana gula akan cair dan menyebabkan donut lembap jika panas.
*Sekiranya tiada gula ising segera, boleh saja kisar kering gula pasir untuk jadikan gula ising.
*Boleh juga celup ball dalam topping coklat atau pipe coklat cair/cheese ke dalam doh sebagai inti.
*Atau boleh potong tengah dan letak sambal ikan bilis.

No comments: