Sunday, April 28, 2013

Sambal Sotong Kembang


Fuh! Pedas x igt. Masak sambal slalu fail bajet cili so sambal ku sentiasa xtra pedas. Tp pedas2 nih ler laju makan dgn nasi panas. Ini adalah pertama kali seumur hidup masak sotong kembang. Makan sotong kembang tu tak payah kira ler..dh banyak kali sangat cuma tak pernah masak jer. Masak sambal sotong kembang ni sama jer macam masak sambal sotong lain cuma ada tambah kacang tanah ditumbuk kasar sket dalam sambal tuh. Walaupun ini kali pertama cuba masak sotong ni, tangan, tekak dan lidah ni gatal ler jugak nak bt eksperimen tambah santan sket nak tgk apa rasanya. Verdict: Rasa ok tp yg letak santan lg sesuai makan dengan nasi putih. Kalau nak makan dengan nasi lemak lagi sesuai dan kena rasanya yg tak bersantan kot coz kacang tu dah cukup lemak dan nasi lemak tu pun dah ada santan. Resepi? Korang tanya pakcik Google kay? Td main campak jer (tu yg terxtra pedas tuh) lagi pun sama jer mcm resepi sambal biasa. Rasanya pasni leh cuba masak kicap plak. Tahun bila plak? Wallahualam. Kita tunggu dan lihat jer lah kn?

Wednesday, April 17, 2013

Buah Melaka



Gigih buat kuih ni sebab nk hbskan daun pandan yg banyak kt dlm peti. So far, daun pandan tu dh menyumbang kepada agar2 lumut, nasi lemak dan kuih buah melaka ni. So utk rujukan akan datang ini ler resepinya:

Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air daun pandan (kisar 2-3 helai daun pandan+air)
1 ketul gula melaka/kabung
1/2 cawan kelapa muda parut
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau (optional)
Air utk merebus

Cara-cara:
- Campurkan tepung pulut dan tepung gandum.
- Masukkan air daun pandan td sedikit demi sedikit sambil menguli tepung sehingga menjadi doh. Boleh campur pewarna hijau jika suka.
- Potong dadu gula melaka.
- Bulatkan doh sebesar duit 20 sen baru dan tekan utk leperkan sedikit utk letak gula melaka.
- Letak gula dan tutup dgn tepung serta uli menjadi bulat semula.
- Ulang sehingga doh habis.
- Didihkan air dlm periuk dan masukkan buah melaka dalam air yg mendidih.
- Buah melaka akan timbul bila masak dan biarkan seketika utk pastikan gula cair dlm buah melaka.
- Kaut dan toskan. Kemudian salutkan dengan kelapa yang telah digaul dgn sedikit garam.

Tips:
* Tabur tepung dlm bekas yg nk letak buah melaka yg belum dimasak supaya tak melekat pada dasar bekas.
* Toskan buah melaka sehingga kering sebelum salut kelapa utk elakkan buah melaka lembik dan melekat.
* Saiz gula yg dipotong dadu mestilah bersesuaian dgn saiz doh yang diuli bulat bg mengelakkan buah melaka pecah ketika dimasak.
* Jangan lupa tapis dulu air daun pandan tuh masa nak campur dengan tepung. Kalau tak serat tinggi ler buah melaka korang tuh nanti.

Saturday, March 16, 2013

Me Time

I am taking a few days (or weeks) off from gatherings and so on to sort a few things out.

Sunday, March 10, 2013

Bunheads

Korang tau tak apa itu bunheads? Bunheads tu sanggul orang menari balerina sebenarnya. Tapi Bunheads yang saya sebut ni adalah tv series omputih yang saya tonton mcm yg saya cerita sebelum ni. Cerita ni baru saja habis season 1 tapi macam tak ada sambungan season 2. Status pending. Apa-apa pun saya tak rasa terkilan kalau tak disambung sebab tidak ler best sangat ceritanya. Saya tengok sebab ceritanya agak ringan. Saja mencari cerita yang ringan untuk ditonton bagi seimbang dengan cerita-cerita lain yang berat mcm Arrow tu hah. Hmm..kita tunggu dan lihat saja lah apa perkembangannya. Ada sesiapa yang ada cadangan cerita baru yang menarik yg boleh saya ikut? Kalau boleh yg seminggu sekali jer tayangannya. Kalau tak nanti jadi macam cerita Setia Hujung Nyawa. Tayang 5 hari seminggu tapi saya tengok setiap hari Khamis saja. Sebab cerita dia slow sangat tengok seminggu sekali pun tak miss apa-apa sangat pun jalan ceritanya. Ok la, dah lari dari tajuk pulak. Nak sambung tengok drama Korea ni hah. Anyeong.

Saturday, March 9, 2013

Homemade Laksa

Projek memasak pada hari ini ialah:


Resepi belum boleh tempek sebab men campak2 jer td. Nanti lah yer. Jemput makan lah yer kawan2. :-)

Sunday, February 17, 2013

Kueyteow Kungfu

Lunch for today:


Homemade Kueyteow Kungfu versi Pemurah Bahan Kedekut Kuah..hahaha :-D.

Resepi? Nanti la kot nak kena adjust lagi ni br leh tulis. Td men campak2 jer.

Thursday, February 14, 2013

Perut Muda Masak Jintan


Bahan-bahan:
Perut muda
Jintan manis
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Kunyit
Santan
Garam
Gula merah
Asam keping

Cara-cara:
- Semua bahan diblend kecuali garam, gula, asam, perut dan santan.
- Perap perut yg dh dicuci bersih dgn bhn blend dlm sejam dua.
- Masukkan perut, bhn perap td, asam keping dan santan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sambil kacau hingga hampir pekat.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Tambah air jika perut masih liat dan masak lagi hingga hampir kering. Ulang tambah air sampai perut tu lembut dan bila dh rs lembut masak hingga kering dan pecah minyak.
- Bila nak hidangkan nanti potong2 atau gunting pendek2 perut tuh mcm saiz makaroni tuh. Baru senang nak makan.

P/S: Sukatan bahan dan gambar akan diupdate bila ada peluang untuk masak lauk ni sekali lagi sebab sebelum ni pakai agak2 dan campak sahaja.

Update:
Gambar telah dimuat naik. Kuantiti bahan msh jugak belum ada sebab kali ni pun men campak jer. Yg saya ingat utk 500g perut saya guna santan segar berharga RM1, satu labu bwg besar dan 4 ulas bwg putih. Itu jer yg ingat.