Monday, March 17, 2014
Ayam Goreng Ala KFC
Bahan-bahan perapan:
1 ekor ayam dipotong ikut selera masing-masing
10 ulas bawang putih (blend dgn sedikit air)
2 sudu besar serbuk cili (boleh tambah ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu teh garam
Bahan-bahan tepung:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk cili
garam secukup rasa
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Gaulkan semua bahan perapan dengan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya (bagi memudahkan serapan) dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
- Campurkan semua bahan tepung kecuali telur dalam bekas bertutup.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit.
- Salut ayam satu persatu dengan telur dan masukkan ke dalam bekas berisi tepung.
- Tutup bekas tepung dan goncang bekas supaya semua bahagian ayam disaluti tepung.
- Panaskan minyak dalam periuk atau kuali yang dalam (pastikan ayam tenggelam dalam minyak tersebut).
- Apabila minyak telah cukup panas masukkan ayam yang telah disalut tepung dan goreng dengan api sederhana hingga ayam masak (anggaran masa dalam 15 minit).
Tips:
*Tujuan masukkan tepung serta ayam dalam bekas tertutup dan kemudian goncang adalah supaya tidak mengotorkan tangan dan ayam disalut sepenuhnya dengan tepung.
*Teknik menggoreng adalah deep fry jadi memerlukan minyak yang banyak bagi memastikan ayam tenggelam dan masak dengan rata.
*Api yang terlalu besar akan menyebabkan tepung cepat hangit dan menggoreng terlampau lama dengan api kecil akan menyebabkan isi ayam menjadi kering jadi hati-hati mengawal api ketika memasak.
*Tepung yang tak habis boleh disimpan dalam peti untuk kegunaan akan datang.
*Bahan perapan dibancuh dengan sedikit air bagi memudahkan ayam serap bahan tersebut.
*Lebih lama ayam diperap lebih sedap rasanya sebab lebih banyak bahan perapan meresap masuk ke dalam isi ayam .
*Boleh juga tambah serbuk kari atau serbuk lada dalam bahan-bahan tepung (sila olah mengikut cita rasa sendiri).
*Resepi asal ada tambah ajinomoto/perasa tapi saya tak letak sebab tak suka so terpulang juga kepada cita dan rasa masing-masing.
Selamat mencuba!:-)
Thursday, March 6, 2014
Homemade Mushroom Soup
Bahan-bahan:
- Lebih kurang 10 batang cendawan butang putih/coklat segar.
- 1 biji bawang besar (didadu)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 sudu besar mentega
- 1 1/2 sudu besar tepung gandum
- lebih kurang 300ml air
- lebih kurang 1/3 kotak besar susu rendah lemak/segar/full cream (300~400ml mcm tu)
- 1 kiub ayam
- sedikit serbuk lada hitam.
Cara-cara:
- Potong nipis 5 batang cendawan dan bakinya potong dadu.
- Goreng cendawan yang dipotong nipis menggunakan butter sehingga layu dalam non-stick pan.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng sehingga bawang besar layu.
- Kecilkan api dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan air, susu dan kiub ayam, kacau sehingga sebati dan masak sehingga mendidih dan pekat sedikit.
- Tutup api dan tunggu soup suam dan kemudian kisar sehingga halus.
- Masukkan semula soup yang telah dikisar ke dalam pan dan panaskan soup.
- Masukkan cendawan butang yang telah didadu.
- Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Tips:
* Saya tak tambah garam sebab kiub ayam sudah masin.
* Tambah cooking cream atau whipping cream sekiranya nak soup lebih creamy (bagi saya yang ini pun dh cukup creamy).
* Boleh adjust air dan susu..kalau suka lebih creamy lebihkan susu dari air (sukatan atas tu saya agak-agak jer masa masak pagi tadi).
* Lebih banyak cendawan lebih best.
* Kalau ada air stok rebusan ayam lagi bagus dan tak perlu pakai kiub ayam.
* Saya lagi suka pakai lada hitam yang ditumbuk atau mesin kasar dari yang serbuk.
* Sila pastikan soup dah betul-betul suam atau sejuk sebelum kisar. Kalau kisar masa tengah panas nanti melimpah sebab wap naik (bercakap dari pengalaman pagi tadi..huhuhu. Saya buat dua trip masa kisar tadi).
Good luck and have fun!
Sunday, February 23, 2014
Ayam Goreng Ala KFC
Assalamualaikum. Lama tak update blog nih. Bukannya tak ada masa tapi tak ada idea sangat jadi dok ler diam-diam sampai la teringat nak post resepi ayam goreng ala kfc ni. Resepi dapat dari internet dan telah diolah mengikut citarasa sendiri. Gambar len kali update. Lupa nak snap and bila teringat besanya ayam tu dah licin dah. Jom tgk resepi :-)
Bahan-bahan perapan ayam:
- 1 ekor ayam dipotong 8 atau 16 (terpulang kepada citarasa masing-masing
- 10 ulas bawang putih (ditumbuk/mesin/cincang)
- 2 sb serbuk kari daging
- 2 sb serbuk cili
- 1 sk soda bicarbonate
- Garam secukupnya
- Lada sulah secukupnya
- Sedikit air (untuk bancuh bahan perapan)
Bahan-bahan Tepung Salut Ayam:
- 2 cwn tepung jagung
- 1/2 cwn tepung gandum
- 2 sb serbuk cili
- 1 sk soda bicarbonate
- garam secukup rasa
- 1 biji telur
- minyak untuk mengoreng
Cara-cara:
- Cucuk daging ayam dengan garfu untuk mudahkan bahan perapan diserap.
- Campurkan semua bahan perapan dan gaul dengan ayam.
- Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
- Pukul telur dgn garfu supaya telur kuning dan putih sebati.
- Salutkan ayam dengan telur.
- Letakkan tepung di dalam bekas plastik yang cukup besar dan boleh ditutup.
- Masukkan ayam yang telah disalut dengan telur ke dalam bekas berisi tepung.
- Tutup bekas dan goncang bekas sehingga semua ayam diselaputi tepung sepenuhnya.
- Panaskan minyak dalam periuk atau kuali yang dalam bagi memastikan ayam yang hendak digoreng tenggelam keseluruhannya.
- Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak dengan api yang sederhana.
- Angkat dan toskan dan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba :-)
Friday, December 27, 2013
Nasi Minyak Yang Simple dan Sihat
Thursday, December 19, 2013
Not A Pleasant Memory
Saturday, October 12, 2013
Ketupat Palas In D Making
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat di hati nk belajar buat ketupat palas. Niat ni dh utarakan dari raya puasa lagi. Tak sangka pula ayahanda tersayang masih ingat akan hasrat ku itu. Sampai jer umah ayah bagitau daun palas dan pulut dah ada. Terpause sekejap sebab dh terlupa pasal niat ms raya puasa dulu. Bila teringat terus tersenyum. Nenek yg ada di rumah pun tanya bila nk mula buat.
Semalam, bermula dgn 2kg pulut susu kami pun memulakan proses memasak pulut dan seterusnya membalut ketupat. Bila dh hbs 2kg pulut daun palas masih berbaki dlm setengah dr bilangan keseluruhan. Kami pun request ayahanda beli lagi sekilo pulut. Memang bajet cukup2 ja dengan daun. Hasil akhir, 3kg pulut menghasilkan lebih kurang 90 ulas ketupat. Nenek kata not bad for my first try. Ingat pasni tak payah ler tempah lagi. Boleh buat sendiri. Seronok bila ramai2 belajar membalut. Walaupun ada yg senget benget tapi rasanya ok utk kali pertama. Practice make perfect jadi lama-lama cantik ler nanti kn? Terima kasih nenek atas tunjuk ajar. Raya puasa nanti kita buat lagi yer nek :-)
Ketupat in the making
Sifu tengah tunjuk cara tarik hujung daun supaya isi ketupat kejap sebelum hujung daun disimpul
