Saya sangat suka kuih ni. Tapi saya tak suka yang keras dan liat sangat dan tak suka juga yang terlampau lembut. Kat tempat saya tinggal sekarang ni susah betul nak cari kuih ni so saya decide nak buat sendiri. Gigih ler sangai kacang hijau dan mesin sendiri memandangkan tak jumpa plak tepung kacang hijau yang dah siap diproses. Hasilnya macam gambar di atas ler, kasar sket tepung kacangnya. Mungkin tak sekata garing kacangnya tu yang ada kasar dan ada halus. Tapi for first try kira ok ler kan. Gambar di atas adalah second try buat kuih ni. First try adalah pada pagi semalam so ari ni ada modify sket resepinya. Masa first time buat tu ada tambah tepung gandum sket dalam 1 sudu besar untuk 2 cawan tepung pulut. Yang ini sebenarnya adalah resepi adunan buah Melaka. Untuk kali kedua pakai tepung pulut sahaja. Rasanya lagi ok yang pakai tepung pulut sahaja so next time no more tepung gandum for this recipe. Tapi kalau nak guna tepung pulut sahaja tangan kena cepat sebab adunan cepat kering. Kalau dah start kering nanti leceh nak kena adjust balik dengan air so kena ler pantas menguli. Make sure air dalam periuk dah betul-betul mendidih so senang, skali uli terus masuk dalam periuk untuk dimasak. Dua cawan tepung pulut tuh dapat banyak jugak ler dalam 20 keping so untuk kali kedua ni buat dalam 1 cawan tepung saja sebab masa tak mengizinkan. Mana taknya kul 7 pagi baru start. Kul 7.35 plak dah nak kena keluar p ofis so dalam 30 minit dapat la dalam 10 keping. Ok ler tu habuan breakfast. Pasni boleh ler balik tunjuk skill kat kampung..hehehe.
Btw, pagi ni tangan berada dalam keadaan selamat kerana tiada sebarang kecerderaaan dilaporkan. Mungkin sebab kuantiti tak banyak kot. Hmm..kena teruskan aktiviti memasak dalam kuantiti banyak bagi menguji hipotesis yang dinyatakan sebelum ini. Next eksperimen, maybe juadah Majlis Berbuka Puasa kt ofis nanti. Kita tunggu dan lihat jer la hasilnya. Oh ya, resepi? Erm, akan datang lah kot yer sebab tak ingat pulak sukatan air. Nanti dah dapat sukatan yang betul akan di update.
