Monday, October 25, 2010

Pancake

Weekend dua minggu lepas try buat pancake sendiri. Jumpa resepi ni kat internet tapi dah x ingat kat mana. Myresepi.com kot rasanya. N'way, ini adalah laporan bergambar hasil resepi tersebut.



Syrup yang digunakan adalah madu (Berangan gak nak wat coklat syrup tapi bila tiba time nak masak dah malas..heheheh).



Sedap pancake nih tapi nak lagi sedap maakan masa masih panas. Kalau dah sejuk tak berapa nak best la kot. So, here's the recepi :

PANCAKE

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

* 115g Tepung Gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil krim tartar
* 25g Butter
* 1 biji Telur
* 150ml Susu Segar
* 1 sudu besar gula
* Secubit Garam

Cara-cara

1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar (kalau rajin sila ayak)
2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.
3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu & garam & gula secukup rasa. Gaul sebati.
4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake (saya pakai pan biasa jer) yg panas & di lenser dgn sedikit minyak.
5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru diterbalikkan.
6. Hidangkan dgn sirap kegemaran anda - maple syrup, honey, butter atau ice cream. Makan panas2 lagi best.

Nanti bila balik kampung nak buat utk anak sedara..mesti diorang suka :-)

4 comments:

ieYna said...

ingatkan pancake kat restoran 5 bintang. rupanya....made from ai..

pancake 1 boleh!!!

aRiAnUr said...

@ieYna: Sedap kak ieYna..gebu macam tuh..cuba ler..

UcU said...

tok org dkt sini tak mau buat kn k???

aRiAnUr said...

Tok sapa plak nak makan nii? Minta cucunyer ler yang wat..hahahah. Boleh jer tapi by the time sampai office dah sejuk. Takut korang x termakan kang lempeng sejuk ku itu..