Hari ni bawa tiramisu yang sangat simple cara buatnyer ke ofis. Yang ini tiramisu kedua. Yang pertama bahan layernya adalah sponge/chiffon cake. Yang kali ni biskut marie jer. Biskut marie ni sentiasa ada stok kat rumah sebab digunakan sebagai tapak cheese cake yang selalu buat dulu tuh. Resepi tiramisu ni dapat dari kawan ofis yang dapat dari myresepi.com so all the credit goes to tuan asal resepi from myresepi.com kay. Resepi di bawah ni pulak telah diolah mengikut kesesuaian citarasa sendiri.
Tiramisu Simple
Bahan-bahan:
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/3 cawan gula halus (kalau suka manis sket boleh pakai 1/2 cawan)
1 sudu makan serbuk nescafe
1 cawan air panas/suam
1 biji kek sponge/chiffon @ biskut marie secukupnya
Serbuk koko/milo secukupnya
Cara-cara:
- Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang. (tips kalau nak campuran nampak smooth dan cantik jer pastikan whipping cream sejuk semasa nak pukul-thanks effah for the tips).
- Bancuh serbuk nescafe dengan 1 cawan air panas/suam tadi.
- Potong kek setebal lebih kurang 1-1.5 cm mcm tu (agak2 ler) dan susun dalam loyang atau bekas plastik yang sesuai (saya guna bekas plastik 4 segi yang biasa tu jer). Kalau biskut marie susun dalam dua lapis menutupi permukaan bekas.
- Curahkan sedikit demi sedikit 1/3 cawan air nescafe tadi ke atas permukaan kek/biskut tadi.
- Masukkan 1/3 adunan cream cheese tadi dan ratakan.
- Ulang menyusun kek/biskut, air nescafe, cream cheese bagi lapisan kedua dan lapisan ketiga.
- Untuk lapisan terakhir, bahagian atas sekali adalah cream cheese. Tutup bekas dengan cling wrap/tudung bekas plastik dan sejukkan sekejap.
- Bila nak makan, keluarkan dari peti sejuk, tabur dengan serbuk koko/milo dan boleh la hidangkan.
Selamat mencuba!!
2 comments:
mana gambarnya..lupa nak ambik ya.
@ieYna : dah nk habis baru teringat kak. Len kali yer :-)
Post a Comment