Afamosa Resort, Alor Gajah, Melaka
Kami ke sana semalam sahaja so sampai saja siap2 lepas maghrib masuk Cowboy Town. Apa yang best kat sini yer? Hmm..show dia ok ler kot. 4D movie dia boley tahan jer la. Rasanya yang kat Genting lagi ok kot. Masa tengah tgk movie tu siap kena sembur air dan siap rasa ikan gigit kat belakang..yerla nak mencapai maksud 4D tuh ler katakan. Kesian kak ipar ku basah depan belakang coz kerusi dia special sket..sembur depan belakang. Nasib baik malam so bila kuar pun x der la orang perasan. So, sesapa yang teringin nak effect lebih sket bley la dok kerusi paling kanan line depan skali set kedua dari kiri. Pas keluar terus tengok show. Dapat la tengok Red Indian version Melayu men api dan juga perarakan binatang (sekor gajah ni siap melepas kecik besar depan audience lagi..dah x tahan sgt kot agaknya), badut, beca, maskot dan sebagainya. Oh yer..hanabi atau dalam Bahasa Melayu nyer bunga api pun ada last sekali.
Bunga api pelbagai warna
Suka maskot nih leh salam ngan amoi sampai lupa nak layan budak2..
Ni ler agenda anak2 sedara ku yang seterusnya..
Sempat posing lagi..
Pastu cuba skill F1 plak..
Mak sedaranya dan kedua ibu bapa menjadi pemerhati tetap jer sebab mahal sangat la tiketnya. Dah le nak masuk mahal, nak men games kena bayar lagi. Memang buat duit tul diorang nih. Esoknya bawak budak2 ni ke Safari World. Niat nak mandi manda dibatalkan sebab yang kecik tuh dah mula sok sek sok sek hidungnya pastu dah batuk2. Tiket Safari World tuh pun mahal..maybe sebab ada 3 show kot lam tu. Sempat layan Birds Show dan Wild Wild West jer sebab dah petang nak kena balik dah janji nak bawak budak2 p tengok The Avengers. Kat Safari World wajib tau kalau pergi naik tremp dia..baru berbaloi dengan harga tiket yang mahal. Dapat la tengok binatang liar yang dilepaskan..kira terbalik plak coz kita yang dok lam tremp yang bersangkar. Kalau x der sangkar tu ada gak yang dibaham harimau dengan singa yang ada tuh coz tengok gaya mcm lapar jer..macam lum breakfast. Kat sini banyak rusa dengan lembu dengan kambing dan yang seangkatan dengannya tapi layan jerla..
Harimau yang lum breakfast
Beruang yang rasanya dah agak berumur
tengah lepak buat muka boring..
Ni sapa yang tgk sapa dan sapa yang melawat sapa nih?
Stage show Wild Wild West
Show tu ok macam lawaks tapi x berapa nak perasan apa dialog yang disebut sebab slang dan sound mic yang tak berapa nak jelas. Apa2 pun anak2 sedara ku dok gelak terkekek2 so kira diorang enjoy la show tuh. Yang x bestnya nak tangkap gambar ngan binatang ker, maskot ker sume kena pakai kamera diorang maknanya duit lagi ler kalo nak gambar tuh. Dalam RM18 gak kot sekeping. Before balik sempat budak2 ni men kejar2 arnab yang diorang lepaskan. Nak bagi makan boley tapi maknanya?? Duit lagi ler..
Nasihat daku kepada mereka yang bercadang nak bawak anak2 dan keluarga ke sini..sediakan duit banyak2. Kalau bajet setakat bayar tiket masuk jer takut nanti anak2 tak nak keluar selagi x dapat gambar yang dihajati. Apa2 pun terima kasih kepada yang menaja percutian ni..pasni taja lagi yer..hehehe
Last sekali malam tu semua layan Avengers. Yang hairan start movie jer anak sedara ku dah senarai kan..yang pempuan ni Black Widow kn? Yang ni Hulk kan? Yang ni Thor kan? Aik, mana plak diorang tau ni..rasanya x penah lagi tengok citer ni. Rupa2nya baru ku tahu ada games Avengers dalam facebook rupanya..hahaha..padan muka mak sedara depa yang tak der facebook. Even anak sedara paling bongsu pun kenal sume characters dan dia boleh dok diam dan tengok citer sampai habis. Hmm..kalo mcm ni nanti keluar Avengers 2 kita p tengok lagi kay? Ayang belanja..











No comments:
Post a Comment