Tuesday, September 11, 2012

Laksa Johor

Resepi asal dari bonda tercinta. Yang lain sume okay cuma air tuh kena adjust kurangkan sket. Kalau nak guna sukatan tu jugak pun boleh tapi nanti kena biar didih lama sampai pekat.

Bahan2:
Sebungkus spaghetti
70g serbuk kari ikan (campur dengan sedikit air utk jadikan pes)
500g santan
20g kerisik
4 sb minyak masak
50g cili kisar/cili boh
1 btg bunga kantan
1 bungkus spaghetti
gula dan garam secukup rasa

A – rebus dan dikisar
500g ikan tenggiri/ikan tongkol/ikan sardin
30g udang kering+ikan tenggiri masin
2 kpg asam keping
Sedikit garam kasar
2 liter air (maybe adjust tinggal dalam 1-1.5 liter kot)

B – kisar
1 btg serai
½ inci lengkuas
50g bwg putih
100g bwg merah
50g halia
½ inci kunyit hidup

C – ulam-ulaman mentah
Taugeh
Kacang panjang
Timun
Bawang besar
Daun kesom
Kobis
Limau Nipis/Kasturi

D – Sambal Belacan
Cili hidup
Belacan
Garam
Jus limau kasturi/limau nipis

Cara2:
-          Rebus ikan+udang kering+ikan masin+2 liter air+asam keping+garam. Ketepikan air  rebusan.
-          Perisi ikan buang tulang dan kisar isi ikan+udang kering+ikan masin dengan sedikit air rebusan.
-          Kisar semua bahan B.
-          Tumis bahan B sehingga wangi.
-          Masukkan cili boh+serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
-          Masukkan air rebusan+santan+ikan+kerisik dan kacau.
-          Sebelum menggelagak masukkan bunga kantan dan asam keping dan masak sehingga menggelegak dan pekat.
-      Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
-      Untuk sambal belacan tuh kalau rajin tumbuk tapi kalau tak kisar semua bahan kecuali asam limau. Keluarkan dari pengisar dan perahkan dengan air asam limau.
-      Potong halus semua ulam-ulaman.
-      Rebus spaghetti mengikut arahan pada paket.

Tips:
-     Air rebusan spaghetti campur dengan sedikit garam dan olive oil supaya bila dah angkat dan toskan dia tak melekat-lekat.
-    Gumpalkan bulat-bulat spaghetti tuh guna garfu dan lapiskan setiap lapisan dengan daun pisang (ini kalau rajin boleh ler buat bagi nampak cantik sket dan memudahkan tetamu nak amik speghetti tuh).
-    Asam keping tuh kena pandai-pandai adjust. Keluarkan awal kalau kuah dah cukup masam.
-    Pastikan kerisik yang digunakan adalah kerisik yang elok kerana rasa kerisik yang tak elok akan mencacatkan rasa kuah.
-    Elakkan menggunakan ikan lama. Seelok-eloknya ikan yang digunakan adalah ikan segar supaya rasa lemak manis isi ikan terasa dalam kuah.
-    Kalau ada stok bunga kantan banyak boleh juga hiris halus buat ulam.
-    Kalau rasa tak cukup pedas sambal belacan tu boleh dicampurkan dengan cili padi.



No comments: