Tuesday, August 9, 2016

Roti Puri

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis (mauripan)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
1/2 cawan air

Cara-cara:
- Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga sebati dan menjadi doh.
- Rehatkan doh utk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Cubit doh sebesar bola ping pong dan uli menjadi bulat. Kemudian leperkan doh menjadi nipis.
- Panaskan minyak. Gunakan minyak yang banyak. Apabila minyak cukup panas masukkan doh yang telah dileperkan ke dalam kuali.
- Siramkan doh dengan minyak panas sehingga doh mengelembung sepenuhnya. Goreng sehingga sedikit keperangan.
- Angkat dan toskan.

* Sesuai dihidang dengan kuah kari atau sardin.
* Biasanya saya akan buat doh pada waktu malam untuk digoreng pada esok pagi.
* Simpan doh berlebihan dalam peti sejuk untuk digoreng kemudian atau esok hari. Pastikan doh disimpan dalam bekas yang besar kerana doh akan mengembang walaupn di dalam peti sejuk.


2 comments:

SitiNoorabita said...

wow! sudah pakai Noxxa sekarang ni. tentu sedap tu.

aRiAnUr said...

@Bita - Periuk Noxxa mak ai punya la Bit. Kt kg nun. Anak dia tumpang2 jer 😅