Thursday, July 5, 2012

Chocolate Chip Cookies

Biskut ni adalah antara biskut kegemaran anak sedara dan adik saya. First time buat raya puasa tahun lepas. Kalo tak silap batch yang pertama tak sempat sambut raya pun and kena buat semula sebab diorang asyik ulang angkut biskut dari dapur bila dah siap bakar. Mana dapat resepi ni? Credit tuh myresepi.com atau lebih tepat lagi K.Fida yang menyumbangkan resepi ni. Testimonial dalam myresepi tak ramai sangat macam cookies lain tapi memang jadik ler setakat dok buat sampai hari ni. Mudah dan simple jer tapi hasilnya memuaskan dan sedap. So, sebagai koleksi:-

Chocolate Chip Cookies (Tanpa Telur)


Bahan-bahan:

1 1/4 cawan mentega - lembut (280g)
3/4 cawan gula icing - diayak (85g)
1/2 cawan gula perang (100g)
1 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - diayak
1 sk bicarbonate soda - diayak
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak (275g)
120 g choc chips (lebihkan jika suka)
120 g hirisan badam (lebihkan jika suka)

Cara-cara:

- Putar mentega, gula icing dan gula perang sehingga berkrim (tak perlu putar sehingga kembang).
- Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan serbuk koko dan soda bicarbonate dan putar sehingga sebati.
- Gaul tepung gandum, choc chips dan badam sehingga sebati.
- Letakkan doh sebesar satu sudu kecil berjarak dalam tray dan bakar 160C selama 15-20 minit.

Tips:
* Memandangkan mentega dan gula tu tak perlu pukul sampai kembang boleh pukul pakai tangan jer.
* Resepi atas adalah resepi asal dan agak manis bagi saya so saya akan kurangkan sedikit sukatan gula (agak-agak ler, maybe gula icing tgl 1/2 cawan mcm tuh).
* Boleh tambah kekacang lain seperti walnut, hazelnut, cashewnut dan sbg mengikut citarasa sendiri.
* Resepi yang ini tanpa telur tapi kalau ada yang berminat yang letak telur boleh cuba resepi ini.

Selamat mencuba! :)


Monday, June 4, 2012

Aktiviti Minggu Lepas..

Minggu lepas family abangku bersama anak2 sedara ku datang berkampung di rumah. Siap diorang ajak berfoya-foya bersama di Melaka. Haa..tunggu lagi..orang nak belanja so kecil tapak tangan satu bandar Melaka daku tadahkan..hehehe. Maka kami pun ke Melaka untuk tujuan tersebut. Perjalanan x jauh..dalam sejam jer. Rasa2 kalau sejam tuh ke mana yer kat Melaka tuh? Kami ke sini:

 
Afamosa Resort, Alor Gajah, Melaka

Kami ke sana semalam sahaja so sampai saja siap2 lepas maghrib masuk Cowboy Town. Apa yang best kat sini yer? Hmm..show dia ok ler kot. 4D movie dia boley tahan jer la. Rasanya yang kat Genting lagi ok kot. Masa tengah tgk movie tu siap kena sembur air dan siap rasa ikan gigit kat belakang..yerla nak mencapai maksud 4D tuh ler katakan. Kesian kak ipar ku basah depan belakang coz kerusi dia special sket..sembur depan belakang. Nasib baik malam so bila kuar pun x der la orang perasan. So, sesapa yang teringin nak effect lebih sket bley la dok kerusi paling kanan line depan skali set kedua dari kiri. Pas keluar terus tengok show. Dapat la tengok Red Indian version Melayu men api dan juga perarakan binatang (sekor gajah ni siap melepas kecik besar depan audience lagi..dah x tahan sgt kot agaknya), badut, beca, maskot dan sebagainya. Oh yer..hanabi atau dalam Bahasa Melayu nyer bunga api pun ada last sekali.

Bunga api pelbagai warna

 
Suka maskot nih leh salam ngan amoi sampai lupa nak layan budak2..

Ni ler agenda anak2 sedara ku yang seterusnya..

Sempat posing lagi..

Pastu cuba skill F1 plak..

Mak sedaranya dan kedua ibu bapa menjadi pemerhati tetap jer sebab mahal sangat la tiketnya. Dah le nak masuk mahal, nak men games kena bayar lagi. Memang buat duit tul diorang nih. Esoknya bawak budak2 ni ke Safari World. Niat nak mandi manda dibatalkan sebab yang kecik tuh dah mula sok sek sok sek hidungnya pastu dah batuk2. Tiket Safari World tuh pun mahal..maybe sebab ada 3 show kot lam tu. Sempat layan Birds Show dan Wild Wild West jer sebab dah petang nak kena balik dah janji nak bawak budak2 p tengok The Avengers.  Kat Safari World wajib tau kalau pergi naik tremp dia..baru berbaloi dengan harga tiket yang mahal. Dapat la tengok binatang liar yang dilepaskan..kira terbalik plak coz kita yang dok lam tremp yang bersangkar. Kalau x der sangkar tu ada gak yang dibaham harimau dengan singa yang ada tuh coz tengok gaya mcm lapar jer..macam lum breakfast. Kat sini banyak rusa dengan lembu dengan kambing dan yang seangkatan dengannya tapi layan jerla..

 
Harimau yang lum breakfast

Beruang yang rasanya dah agak berumur 
tengah lepak buat muka boring..

Ni sapa yang tgk sapa dan sapa yang melawat sapa nih?


Stage show Wild Wild West

Harimau putih yang berjaya dikidnap dari Safari World oleh anak sedara ku.

Show tu ok macam lawaks tapi x berapa nak perasan apa dialog yang disebut sebab slang dan sound mic yang tak berapa nak jelas. Apa2 pun anak2 sedara ku dok gelak terkekek2 so kira diorang enjoy la show tuh. Yang x bestnya nak tangkap gambar ngan binatang ker, maskot ker sume kena pakai kamera diorang maknanya duit lagi ler kalo nak gambar tuh. Dalam RM18 gak kot sekeping. Before balik sempat budak2 ni men kejar2 arnab yang diorang lepaskan. Nak bagi makan boley tapi maknanya?? Duit lagi ler..

Nasihat daku kepada mereka yang bercadang nak bawak anak2 dan keluarga ke sini..sediakan duit banyak2. Kalau bajet setakat bayar tiket masuk jer takut nanti anak2 tak nak keluar selagi x dapat gambar yang dihajati. Apa2 pun terima kasih kepada yang menaja percutian ni..pasni taja lagi yer..hehehe
Ahli The Avengers yang sume anak sedara ku kenal
lebih advance dari mak sedaranya

Last sekali malam tu semua layan Avengers. Yang hairan start movie jer anak sedara ku dah senarai kan..yang pempuan ni Black Widow kn? Yang ni Hulk kan? Yang ni Thor kan? Aik, mana plak diorang tau ni..rasanya x penah lagi tengok citer ni. Rupa2nya baru ku tahu ada games Avengers dalam facebook rupanya..hahaha..padan muka mak sedara depa yang tak der facebook. Even anak sedara paling bongsu pun kenal sume characters dan dia boleh dok diam dan tengok citer sampai habis. Hmm..kalo mcm ni nanti keluar Avengers 2 kita p tengok lagi kay? Ayang belanja..

Saturday, May 26, 2012

Perhimpunan Jutaan Belia 2012

Niat dihati nk naik tremp jer pusing tgk apa yg happening sgt kt karnival nih. Tetiba sampai AGM polis tutup jalan tak bg sume kenderaan lalu termasuk la tremp yg dinaiki. Setelah lebih sejam menunggu maka daku membuat keputusan menapak dr AGM ke tempat letak keta yg juga ofis ku. Haaa..jgn x percaya. Hampir 4km jln kaki td dengan selipar chabok ku yg berat itu. Anggap jer la exercise. Nak kata apa lg kn? ;-)

Thursday, May 24, 2012

Jamuan Makan

Berikut disertakan menu sebenar jamuan makan pada tengahari tadi. Ada menarik? :-)


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi makan menu yang tak seberapa ni dan Puan Kecik yang sudi menjadi food tester dan penasihat kanan menu udang masak lemak cili padi. Terima kasih pada Puan 1na kerana sudi datang. Alhamdulillah di saat ini semuanya dah licin dan mudahlah saya memulakan tugas cuci mencuci dan kemas mengemas. Kita tunggu menu 22 Jun pulak yer..

Saturday, May 19, 2012

Udang Masak Lemak Cili Padi

Tengahari tadi ke rumah jiran setaman, belajar msk udang masak lemak cili padi. Almaklumla daku ni msk kari ker sambal ker tau ler, msk lemak ni mcm x penah la msk coz family kurang mkn masak lemak. Namun di atas request sahabat2 ofis nak udang masak lemak cili padi utk jamuan maka ku gagahkan diri mencuba. Hasilnya...jeng jeng jeng..



Nampak sedap x? Nampak sedapkan? Rasanya sesedap rupanya x? Of course ler..hehehe..kata jiran setaman kira ok ler ni. Yesss!! Harap2 utk Khamis nnti jd lg sedap. Nervous gak nih x penah plak msk utk 35 orang. Doakan semoga menjadi ler sume menu pada ari jamuan tuh. Mari la kita sama2 mengamiinkan doa ini...amiiin.


Cadangan menu :
Nasi putih
Ayam golek (yg ni diserahkan kpd En.Zaidi)
Udang masak lemak cili padi
Ikan pekasam goreng
Ulam2an
Sambal belacan
Buah tembikai
Air sirap

Seperti statement di atas, ini CADANGAN sahaja. Menu sayur mungkin berubah mengikut keupayaan dan kesempatan tukang masak utk tumbuk sambal belacan dan keavailabilitian ulam. Kalau tidak sayur campur le jwbnya. Korang mkn jer kan tolak kayu batu yer x? Hahaha.. Sabar2 lah yer menanti Khamis yg bakal kunjung tiba :-)


P/S: Puan Wana & Puan Ita, jemput la yer ke opis Khamis tghri nnti.

Tuesday, May 8, 2012

Rindu..

Rindu nak ke sana lagi..






Monday, May 7, 2012

The Avengers



I've always been a big fan of superhero movies so yesterday I went and watch The Avengers (3D). I really like the movie. Not so much on the 3D effect but I like the story and the characters and the actions. Will I watch it again? Yes, most definitely.

The Avengers 2 will be out in 2014 and that seems so far away. However, fear not, as Thor 2 and Iron Man 3 will be out next year for you to watch while waiting for the superheroes to gather again to save the world.