Monday, January 3, 2011

Tahun 2010

Fuh..berhabuk dah rasanya. Lama tak update. Banyak benda yang jadi tapi sebab tak pandai nak mengarang so tak ter'update' ler blog ni. Memandangkan dah bertukar tahun kita tambah ler satu post utk tahun 2011. Boleh kira macam mukadimah la untuk tahun baru ni.

Apa nak cerita yer? Hmm..hujung minggu ari tuh balik kampung..sempat masak cheese cake utk bagi keluarga dan sedara terdekat rasa. Tapi yang x bestnya orang yang masak tuh yang sepatutnya tak boleh makan kek tuh sebab manis tetap gak terkantoi dan merasa satu slice. Malam Ahad pulak kakak ku belanja makan seafood sempena dia dapat tunggakan gaji naik pangkat..maka lagi sekali la diet saya terkantoi sebab makan lepas kul 8.00 malam. nasib baik bila timbang esok harinya x der beza sgt pun. Dalam 200 gram macam tuh walaupun makan rasanya berkilo-kilo..hehehe..Alhamdulillah.

So esok harinya continue balik ler dengan diet yang diamalkan. Harap2 berjaya ler bertahan hingga saiz menjadi lebih kecil. Berapa target?? Isk..x leh bagitau..Kalau bagitau nanti korang boleh congak berapa berat sekarang...huhuhuh..malu arr ;p

Hari ini ramai yang bercuti..so ofis ni aman tenteram jer tak kecoh. Ramai gak yang anak2 dah mula masuk sekolah. Jeles plak rasanya. Bila anak saya nak masuk sekolah? Bila saya dah ada anak dan anak saya dah umur yang cukup utk masuk sekolah ler kan. Bila tu? Hanya Allah yang tau. Semua Dia yang atur..ye x? :)

Azam tahun baru? Erm, azam saya tak kira tahun baru ker tak. Bergantung kepada apa yang diazamkan. Yang penting azam saja tak cukup..kena disertakan dengan usaha dan doa. Kalau apa yang kita azamkan tuh tak diberkati Allah tak guna gak kan?? Apa-apa pun harap tahun ni membawa lebih banyak yang baik dalam hidup ni dan pada masa yang sama lebih banyak yang x baik tuh dapat ditinggalkan. Amiiin..

Wednesday, November 3, 2010

Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua UUM (Part 2)

Sambungan citer semalam...

31 Oktober 2010

Bangun kul 5.20 pagi terus mandi. Azan jer terus solat subuh dan menyiapkan diri. Sempat makan sesudu dua jer nasi goreng dan terus bertolak jam 6.30 pagi. Sampai kat parking Dewan MAS dalam jam 6.50 pagi dan terus la bersiap memakai jubah dan topi. Siap2 jer pakai jubah dah kul 7.15 dah kena masuk Dewan Tan Sri Othman utk briefing so x sempat ler nak posing2 bergambar pagi tuh. Niat dihati bila kuar dewan nanti pun sempat lagi nak amik gambar so kedua ibu bapa tercinta pun masuk ler Dewan MAS dan saya pun berjalan ler menuju Dewan TSO tuh. Dalam perjalanan tuh, jalan bertar kena blok ngan khemah la plak dan akibatnya terpaksa la jalan atas rumput..habis ler kasut ku comot lekat tanah..huhuh. Dah ler x ada tisu plak tu nak cuci kasut tuh so gosok jer ngan jari yer untuk hilangkan tanah2 tersebut. Sampai kat Dewan TSO tuh check ler nama nak tengok nombor dan tunggu ler briefing. Punya ler lama tunggu at last kul 7.50 macam tuh baru dia start briefing. Ramai gak yang x ada coz nampak tempat duduk banyak yang berlubang x ada orang duduk. Agaknya geng2 Timur Tengah ni ramai yang dah balik negara masing2. Briefing x der apa pun sebenarnya, dia suruh check topi biar rambu2 tuh di sebelah kiri. Pastu ramai2 beratur dan bergerak bersama-sama ke Dewan MAS.


Buku Konvokesyen Ke-23 Sidang Kedua UUM



Majlis start dengan Quran recital dan ucapan dari NC. Pastu anugerah khas Doktor Falsafah kepada Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Punya la panjang intro and masa intro ni la baru tau kami dari sekolah yang sama. Pastu ucapan lagi dari YTM Tuanku Puteri dan pastu baru ler mula anugerah pengijazahan kepada doktor falsafah dan sarjana. Pastu ada plak break. Tetiba terdengar suara2 yang macam ku penah dengar mendendangkan sebuah lagu yang aku tak dapat plak nak ingat lagu apa dari atas dewan. Nak tau siapa??? Haa..nampak ler jejaka empat bukan bersaudara ni menyanyi..diddy, zahid, hazama dan faris. Wah2..pertama kali dengar ada artis jemputan buat persembahan masa sesi konvo tengah berjalan. Khabarnya, diorang ni semuanya student UUM KL sekarang. Agak2 diorang wat persembahan nie dibayar atau kira ko-k A++? Heheheh..gurau jer. Yang pasti terhibur gak la sambil menunggu giliran. Diorang ada nyanyi lagi satu lagu dekat2 penghujung sesi. Seroja rasanya. Sekurang-kurangnya terhibur gak la tetamu esp ibubapa/waris yang menunggu untuk lihat anak2 masing2 terima ijazah. Yer la kan..nak tengok anak sorang jer..kena dok lam dewan tuh hampir 5 jam gak laa…

Majlis tamat dalam jam 1 tengahari rasanya. Masa tuh semua berasak keluar dewan..sebab announcement kata lampu dewan akan dimalapkan untuk persediaan next sesi. Malangnya kat luar hujan so semua berkumpul kat tepi2 dewan. Terpaksa ler padamkan niat di hati tadi tuh. So, memandangkan memang x boleh nak bergambar, maka saya dan keluarga pun naik kereta dan terus balik. Ayah ada gak tanya nak ke studio x tangkap gambar tapi saya dah sakit kepala dah sebab meredah lautan orang dengan pelbagai bau masa keluar dewan tadi so balik…telan panadol dan tido..Zzzzzzz…


Dapat bunga ros sedozen...suka sangat!!! :-D


1 November 2010

Hari ni x der wat apa sgt pun. Tangkap gambar di studio dan selesaikan hal2 peribadi b4 ke airport malam tuh. Masa kat airport punyalah ramai orang. Rupanya ada rombongan haji sekali. Malangnya, flight delay sebab hujan dan juga nak bagi laluan org2 MAS boarding dulu dan masa menunggu dengan penuh kesabaran itu jugak ler..saya ternampak..JENG JENG JENG…mamat berempat tolak satu yang nyanyi kat konvo semalam. Diddy yg x der. Maybe dah balik dulu kot. Diorang pun stuck sekali tunggu flight. Bila naik plak diorang duduk row belakang saya. Masa nak turun siap lawan senyum lagi ngan Hazama..setakat senyum jer la..nak tegur macam x ada idea. Yang bestnya x der sapa plak yang kaco diorang masa tunggu flight. Pemalu agaknya semua penumpang flight malam tuh. Yang x bestnya flight delay dari kul 9.10 sampai kul 10 malam baru terbang. Akibatnya, kul 11 baru sampai LCCT and kul 12 lbh baru sampai umah. Terpaksa plak amik teksi coz bas dah x ada. Nasib baik la selamat sampai..alhamdulillah..

Lagi satu yang sedihnya adalah hujan yang tak benti2 mula dari hari Ahad menyebabkan banjir di banyak kawasan termasuk la Changlun menyebabkan konvokesyen UUM sesi 6 dan 7 terpaksa ditangguhkan ke Januari tahun depan (Berita Harian Online bertarikh 2/11/2010). Kesian kepada graduan yang dah amik tiket or yang dah sampai dah pun. Apa2 pun bawak bersabar yer..dugaan namanya tuh. Akhir sekali, sempena dah tulis panjang2 nih nak ler amik kesempatan ucap terima kasih kepada semua pensyarah yang telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan terutama sekali kepada Dr. Fauziah kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan projek dan report dan juga x lupa kepada Dr. Laily kerana banyak bersabar melayan kerenah saya. Walaupun mengambil masa yang agak lama tapi saya tetap berbangga kerana berjaya mencapai satu lagi target dalam hidup saya. Next?? Insyaallah akan cuba mohon plak untuk pakai topi bulat sekiranya panjang umur, sihat dan murah rezeki. Tolong doakan yer kawan2..

Tuesday, November 2, 2010

Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua UUM (Part 1)

Alkisah, setelah bertahun-tahun belajar, berhempas pulas berulang-alik dari penginapan sekarang ke UUM, akhirnya pada 31 Oktober 2010 yang lalu, saya telah dijemput naik kepentas UUM untuk menerima ijazah secara rasmi dari Canselor UUM..haa..korang tau tak siapa Canselor UUM?? Haa…sebut betul2.. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH .. iaitu Sultan Kedah. Gambar konvo?? Erm..belum amik coz Changlun banjir so jalan ditutup so kepada kawan2 yang menunggu nak tengok tuh sila bawak bersabar yer. Insyaallah akan boleh tengok lepas raya haji nanti.

Seterusnya, untuk memanjangkan entry blog ini, saya ceritakan kronologi persiapan sebelum konvo hinggalah lepas konvo tersebut.


30 Oktober 2010


Sehari sebelum konvo tak der buat apa pun sebenarnya.. cuma malam tuh aktiviti seterika menyeterika dijalankan sebelum tidur. Baju, kasut dah berada dalam keadaan standby sebab esok pagi nak kena bangun awal .





Haaa..kepada kawan2 yang tak pernah tengok jubah konvo UUM, ini ler dia. Warna biru memang warna rasmi UUM. Kaler kalung pulak mengikut kolej pengajian so kaler silver ni untuk CAS (College Art and Science). Pastu belang gold kat lengan baju tuh pulak berbeza mengikut ijazah. Satu calit, untuk sarjana muda, dua calit untuk sarjana dan tiga utk doktor falsafah (heheh..macam askar la plak). Topi pulak bagi sarjana muda dan sarjana sama jer tapi bagi doktor falsafah topi bulat. Jubah diorang pun lain sket kainnya macam lagi glamer gitu la kainnya. Hmm..bila la nak boleh pakai topi bulat plak..(ada hati lagi tuh..hehehehe).

Ok laa..kita benti di sini dulu kay..panjang sangat kang penat plak mata korang nak membaca. Kita bagi suspen sket..Till next time ;-)

Monday, October 25, 2010

Pancake

Weekend dua minggu lepas try buat pancake sendiri. Jumpa resepi ni kat internet tapi dah x ingat kat mana. Myresepi.com kot rasanya. N'way, ini adalah laporan bergambar hasil resepi tersebut.



Syrup yang digunakan adalah madu (Berangan gak nak wat coklat syrup tapi bila tiba time nak masak dah malas..heheheh).



Sedap pancake nih tapi nak lagi sedap maakan masa masih panas. Kalau dah sejuk tak berapa nak best la kot. So, here's the recepi :

PANCAKE

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

* 115g Tepung Gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil krim tartar
* 25g Butter
* 1 biji Telur
* 150ml Susu Segar
* 1 sudu besar gula
* Secubit Garam

Cara-cara

1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar (kalau rajin sila ayak)
2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.
3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu & garam & gula secukup rasa. Gaul sebati.
4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake (saya pakai pan biasa jer) yg panas & di lenser dgn sedikit minyak.
5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru diterbalikkan.
6. Hidangkan dgn sirap kegemaran anda - maple syrup, honey, butter atau ice cream. Makan panas2 lagi best.

Nanti bila balik kampung nak buat utk anak sedara..mesti diorang suka :-)

Wednesday, October 6, 2010

Salam Aidilfitri

Harap-harap belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir batin yer..

Next, semalam ke MPH mencari bahan bacaan baru. Sebenarnya, bahan bacaan kat umah dah banyak tapi macam gatal gak nak cari yang baru. Niat dihati nak cari buku ni:



Tapi buku lain yang dapat. Bukan satu...LIMA hah...hehehe.



The BELGARIAD by David Eddings. David Eddings ni penulis buku fantasy and saya memang suka ngan buku2 dia. Buku yang saya beli nih sebenarnya dah lama diterbitkan. Kalau tak silap tahun 1982. Buku ni masa zaman sekolah dulu glamer..ramai kawan2 yang baca tapi masa tu x sampai seru lagi untuk baca. Sekarang baru tingin nak baca setelah 28 tahun buku tu mula diterbitkan. Dah test drive buku first sampai chapter 13 and macam best tu yang berani beli sume buku dalam series tu.

However, buku ni terpaksa di postponed jap untuk bagi laluan kepada The Game of Kings by Dorothy Dunnet. Buku ni dengar citer sangat best dan buku ni juga adalah buku pinjaman so kena la didahulukan. Harap2 boleh la habiskan buku ni dalam bulan ni.

Ni adalah buku2 yang ada kat rak meja komputer saya:



Perasan tak, buku teks wajib government servant PKPA dan Malaysia Kita pun ada sekali..hehehe.Dalam banyak2 tu ada 5 buku x termasuk The Belgariad yang masih belum dibaca dan belum habis dibaca. Ada beza tuh. Bila akan baca? Bila dah sampai seru. Bila akan habis baca? Harap2nya sebelum tahun ni berakhir. Kalau tak habis gak boleh la dijadikan azam tahun baru tahun depan plak..hehehe

Btw, rindu plak rasanya zaman gile membaca sampai tak tidur satu ketika dulu and rindu nak men PS2 :-(

Wednesday, August 18, 2010

Lesson Learned

Never go to Ramadhan Bazaar if you are on a budget cut or a diet.

I went to the Pasar Tani yesterday to buy Centella asiatica or known as Pegaga in Malay for sahur. FYI, the Ramadhan Bazaar in Putrajaya is just next to the Pasar Tani. I bought the Pegaga and then headed to the Bazaar across the road to buy ONE piece of murtabak for iftar. I bought one murtabak and while paying I saw another stall right across the one I was standing, selling a thicker and more delicious looking murtabak. So, I went to that stall and bought ANOTHER piece of murtabak. I started to regret it when I got home. One should be more than enough for me for iftar but I had to be greedy and bought TWO instead. I ate both murtabak anyway coz I hate wasting food and the thick delicious looking murtabak wasn't even that delicious. Since I ate more than I should during yesterday's iftar, I had to cut my potion of rice for this morning's sahur to half :-( So..that's it. That's the story.

Owh..and to kakak di hujung sana, thank you thank you thank you!! Your grandma's jeruk maman makes my day..hehehe. Can't wait for tommorow's sahur :-D

Tuesday, August 17, 2010

Selamat Berpuasa Kawan2

Kawan-kawan..selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

Weekend ni sebenarnya ada gathering buka puasa dengan sahabat2 lama sekolah dulu. Niat dihati memang nak join tapi bila difikirkan balik bajet macam tak mengizinkan. Nak kena simpan duit untuk servis kereta bila cukup 40,000km nanti. Dekat RM800 gak mengikut service template yang tengok kat service centre ari tu. Inilah servis yang paling mahal kalau x silap sebab ni major service.

Lagi satu, sejak start puasa ari tuh x beriya sangat bila berbuka. Cukup sekadar kurma, kuih dan air. Nasi tunggu sahur nanti. So far boley bertahan and berat pun alhamdulillah dah berkurang hampir 3kg (mengikut penimbang kat umah la..Ralat bacaan x tau ler plus minus berapa..heheheh). Selain menjaga kesihatan boleh gak la elak membazir makanan dan belanja.

Btw, orang partition sebelah dah mula pasang lagu raya. Siap terima request lagi..heheheh. Bila dengar lagu raya ni tetiba tingat pulak kampung. Nak balik x der bajet so sabar jer la.. tinggal 22 hari before balik raya..x sabar nak balik buka puasa beramai-ramai dengan sanak saudara malam raya nanti. Harap sume sedara boleh join berbuka malam raya nanti :-)