Stop being despicable and leave me alone!
Friday, January 22, 2016
Saturday, January 2, 2016
Donut Ball
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 cawan air suam
3 sb susu pekat
6 sb gula pasir
1 biji telur
2 sb mentega (dicairkan)
Gula ising secukupnya
Cara-cara:
- Campurkan gula ke dalam air suam dan kacau sehingga larut.
- Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan yis, kacau sebati dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih.
- Sementara tunggu yis, pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam mentega. Kacau sebati.
- Bila yis dah berbuih, masukkan campuran mentega cair dan telur ke dalam campuran yis.
- Lubangkan bahagian tengah tepung gandum dan tuang campuran yis tadi.
- Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
- Biarkan doh selama 45 minit untuk naik.
- Selepas 45 minit, salut tapak tangan dengan tepung, cubit sedikit doh dan uli bulat-bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan doh yg telah diuli dlm tray yang ditabur tepung supaya tidak melekat.
- Rehatkan sebentar doh tersebut.
- Goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana besar.
- Angkat dan taburkan gula ising.
*Adunan doh agak lembik jadi perlu tepung yang banyak pada tangan supaya tidak melekat.
*Resepi ini tidak berapa sesuai utk donut ring sebab susah untuk dibentuk.
*Pastikan donut yang telah digoreng tidak lagi panas semasa tabur gula ising kerana gula akan cair dan menyebabkan donut lembap jika panas.
*Sekiranya tiada gula ising segera, boleh saja kisar kering gula pasir untuk jadikan gula ising.
*Boleh juga celup ball dalam topping coklat atau pipe coklat cair/cheese ke dalam doh sebagai inti.
*Atau boleh potong tengah dan letak sambal ikan bilis.
Wednesday, December 30, 2015
Tuesday, December 29, 2015
Pajeri Rebung Simple
Rebung madu yg telah diproses (direbus dan dibuang airnya. Dipotong 1 inci lebih dan dikelar-kelar tidak putus pada satu bahagian dan pada arah berbeza di bahagian bertentangan)
2 sb cili kisar
4 sb serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk ketumbar
Sedikit udang kering
200ml santan
1 sb kerisik
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara-cara:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga wangi.
- Tumis bahan yang telah dikisar sehingga layu.
- Masukkan cili kisar, rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan santan, rebung, udang kering dan asam keping. Kacau sekali sekala sehingga likat dan santan pecah minyak.
- Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
* Resepi ni dicedok dari sana sini dlm internet dan digubah ikut cita rasa saya.
* Udang kering tuh boleh juga rendam dan kisar untuk lebih rasa. Kepada yang tak makan udang kering boleh juga kalau tak letak. Rasa tetap ok kalau tak ada. Saya pun letak sikit saja dalam 5 ekor kot.
* Ada juga resepi yang campur udang hidup. Lain kali boleh cuba.
* Saya suka letak garam dan gula masa tumis rempah kari (sblm masuk santan dan rebung) sebab nk bagi rasa rempah yg masin manis tu serap masuk dlm rebung. Nanti bila dh masak saya akan rasa sekali lagi dan adjust semula garam dan gula tu jika perlu.
* Resepi ni utk rebung sebungkus kecil (dlm RM3). Santan saya beli sebungkus kecil juga (RM1 dlm 200ml).
Monday, December 7, 2015
Papan Hitam
Lama dah tak conteng papan hitam. Sekarang papan hitam dah lupus kot kat sekolah-sekolah. Satu masa dulu pantang jumpa kapur warna-warni habis dikerjakan satu papan tuh. Papan hitam tu lah backdrop sebarang majlis kt sekolah dulu and kapur/duster tu la jadi alarm clock utk yang suka lena dalam kelas..hahaha. Agaknya cikgu-cikgu kat maktab dulu memang diberi training kot untuk aim duster or chalk. Biasanya mmg tepat jer kena.
Tadi dapat peluang utk conteng papan hitam. Malangnya kreativiti kurang, idea tak berapa nk mai so terpaksa la mengoogle. Disebabkan kesuntukan masa maka itu jer la yang dapat. Anyway, best dapat imbau aktiviti masa lampau walau pun hasil tak seberapa. Harap-harap akan datang akan dapat peluang lagi dengan masa utk mencari idea yang agak panjang.
Saturday, September 26, 2015
Monday, June 22, 2015
Pedas Tak Ingat
![]() | ||
| Ehsan pokcik google |
Memang insaf la lepas dah rasa. Hilang semua rasa riak dan takbur tuh. Sebenarnya masa potong pun dah boleh rasa bahang gasnya. Memang kuat tul. Bau dia pun kuat. Jari serta merta rasa panas. Bila makan pun perut rasa panas. Power weh gas dia. Memang terbaik punya kepedasan. Kalau tanya diri ini nak makan lagi tak pasni..mungkin nak tapi dengan kuantiti yang sedikit selepas dimasak. Nampak resepi macam menyelerakan. Mungkin boleh cuba kot..tapi..ada berani ker?Err..
Anyway, Selamat Berpuasa kawan2 :-)

