Wednesday, November 3, 2010

Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua UUM (Part 2)

Sambungan citer semalam...

31 Oktober 2010

Bangun kul 5.20 pagi terus mandi. Azan jer terus solat subuh dan menyiapkan diri. Sempat makan sesudu dua jer nasi goreng dan terus bertolak jam 6.30 pagi. Sampai kat parking Dewan MAS dalam jam 6.50 pagi dan terus la bersiap memakai jubah dan topi. Siap2 jer pakai jubah dah kul 7.15 dah kena masuk Dewan Tan Sri Othman utk briefing so x sempat ler nak posing2 bergambar pagi tuh. Niat dihati bila kuar dewan nanti pun sempat lagi nak amik gambar so kedua ibu bapa tercinta pun masuk ler Dewan MAS dan saya pun berjalan ler menuju Dewan TSO tuh. Dalam perjalanan tuh, jalan bertar kena blok ngan khemah la plak dan akibatnya terpaksa la jalan atas rumput..habis ler kasut ku comot lekat tanah..huhuh. Dah ler x ada tisu plak tu nak cuci kasut tuh so gosok jer ngan jari yer untuk hilangkan tanah2 tersebut. Sampai kat Dewan TSO tuh check ler nama nak tengok nombor dan tunggu ler briefing. Punya ler lama tunggu at last kul 7.50 macam tuh baru dia start briefing. Ramai gak yang x ada coz nampak tempat duduk banyak yang berlubang x ada orang duduk. Agaknya geng2 Timur Tengah ni ramai yang dah balik negara masing2. Briefing x der apa pun sebenarnya, dia suruh check topi biar rambu2 tuh di sebelah kiri. Pastu ramai2 beratur dan bergerak bersama-sama ke Dewan MAS.


Buku Konvokesyen Ke-23 Sidang Kedua UUM



Majlis start dengan Quran recital dan ucapan dari NC. Pastu anugerah khas Doktor Falsafah kepada Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Punya la panjang intro and masa intro ni la baru tau kami dari sekolah yang sama. Pastu ucapan lagi dari YTM Tuanku Puteri dan pastu baru ler mula anugerah pengijazahan kepada doktor falsafah dan sarjana. Pastu ada plak break. Tetiba terdengar suara2 yang macam ku penah dengar mendendangkan sebuah lagu yang aku tak dapat plak nak ingat lagu apa dari atas dewan. Nak tau siapa??? Haa..nampak ler jejaka empat bukan bersaudara ni menyanyi..diddy, zahid, hazama dan faris. Wah2..pertama kali dengar ada artis jemputan buat persembahan masa sesi konvo tengah berjalan. Khabarnya, diorang ni semuanya student UUM KL sekarang. Agak2 diorang wat persembahan nie dibayar atau kira ko-k A++? Heheheh..gurau jer. Yang pasti terhibur gak la sambil menunggu giliran. Diorang ada nyanyi lagi satu lagu dekat2 penghujung sesi. Seroja rasanya. Sekurang-kurangnya terhibur gak la tetamu esp ibubapa/waris yang menunggu untuk lihat anak2 masing2 terima ijazah. Yer la kan..nak tengok anak sorang jer..kena dok lam dewan tuh hampir 5 jam gak laa…

Majlis tamat dalam jam 1 tengahari rasanya. Masa tuh semua berasak keluar dewan..sebab announcement kata lampu dewan akan dimalapkan untuk persediaan next sesi. Malangnya kat luar hujan so semua berkumpul kat tepi2 dewan. Terpaksa ler padamkan niat di hati tadi tuh. So, memandangkan memang x boleh nak bergambar, maka saya dan keluarga pun naik kereta dan terus balik. Ayah ada gak tanya nak ke studio x tangkap gambar tapi saya dah sakit kepala dah sebab meredah lautan orang dengan pelbagai bau masa keluar dewan tadi so balik…telan panadol dan tido..Zzzzzzz…


Dapat bunga ros sedozen...suka sangat!!! :-D


1 November 2010

Hari ni x der wat apa sgt pun. Tangkap gambar di studio dan selesaikan hal2 peribadi b4 ke airport malam tuh. Masa kat airport punyalah ramai orang. Rupanya ada rombongan haji sekali. Malangnya, flight delay sebab hujan dan juga nak bagi laluan org2 MAS boarding dulu dan masa menunggu dengan penuh kesabaran itu jugak ler..saya ternampak..JENG JENG JENG…mamat berempat tolak satu yang nyanyi kat konvo semalam. Diddy yg x der. Maybe dah balik dulu kot. Diorang pun stuck sekali tunggu flight. Bila naik plak diorang duduk row belakang saya. Masa nak turun siap lawan senyum lagi ngan Hazama..setakat senyum jer la..nak tegur macam x ada idea. Yang bestnya x der sapa plak yang kaco diorang masa tunggu flight. Pemalu agaknya semua penumpang flight malam tuh. Yang x bestnya flight delay dari kul 9.10 sampai kul 10 malam baru terbang. Akibatnya, kul 11 baru sampai LCCT and kul 12 lbh baru sampai umah. Terpaksa plak amik teksi coz bas dah x ada. Nasib baik la selamat sampai..alhamdulillah..

Lagi satu yang sedihnya adalah hujan yang tak benti2 mula dari hari Ahad menyebabkan banjir di banyak kawasan termasuk la Changlun menyebabkan konvokesyen UUM sesi 6 dan 7 terpaksa ditangguhkan ke Januari tahun depan (Berita Harian Online bertarikh 2/11/2010). Kesian kepada graduan yang dah amik tiket or yang dah sampai dah pun. Apa2 pun bawak bersabar yer..dugaan namanya tuh. Akhir sekali, sempena dah tulis panjang2 nih nak ler amik kesempatan ucap terima kasih kepada semua pensyarah yang telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan terutama sekali kepada Dr. Fauziah kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan projek dan report dan juga x lupa kepada Dr. Laily kerana banyak bersabar melayan kerenah saya. Walaupun mengambil masa yang agak lama tapi saya tetap berbangga kerana berjaya mencapai satu lagi target dalam hidup saya. Next?? Insyaallah akan cuba mohon plak untuk pakai topi bulat sekiranya panjang umur, sihat dan murah rezeki. Tolong doakan yer kawan2..

3 comments:

ieYna said...

dari saper???

aRiAnUr said...

@ieYna : Biarlah rahsia..hehehehe

ieYna said...

poyos.........