Pagi tadi try resepi baru dari myresepi.com iaitu Ayam Masak Madu. Zaman muda remaja lu suka layan ayam masak madu ni bila makan nasi kandar tapi sekarang ni bila try yang kat mamak rasa manis sangat pulak dan manisnya bukan manis madu lagi dah. Manis gula jer lebih. Bila masak sendiri nih boleh ler control sendiri kemanisan masakan tuh mengikut citarasa sendiri so ini adalah resepi yang telah saya ubah ikut citarasa saya.
Ayam Masak Madu
Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar cili kisar/cili boh
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara-cara :
- Tumbuk/kisar bawang putih bersama halia.
- Perapkan ayam selama sekurang-kurangnya 1/2 jam bersama bahan-bahan yang dikisar dan garam.
- Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak dan ketepikan. Simpan baki bahan perapan ayam untuk ditumis nanti.
- Tumis bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan baki perapan ayam tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato, gula merah serta madu dan kacau sehingga sebati
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.
Tips:
* Untuk perapan, serbuk kari hendaklah dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
* Lebih lama ayam diperap lebih sedap.
* Tambah sedikit air ketika masak untuk menghasilkan ayam madu yang berkuah .
* Masukkan ayam selepas masukkan air sekiranya inginkan ayam yang lembut (saya suka yang garing dan kering bersalut kuah madu so saya tunggu kuah likat baru saya masukkan ayam).
* Adjust bahan mengikut citarasa anda (lebihkan cili kisar sekiranya mahu lebih pedas, lebihkan madu sekiranya inginkan lebih manis).
* Sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato.
So, bertambah ler lagi koleksi resepi. Semua resepi di blog ini adalah resepi-resepi yang telah diubahsuai dan disahkan okay mengikut citarasa saya. Citarasa orang lain tak berani nak kata ler sebab tak sama :-)
5 comments:
mana gambarnya..mcm mana rupa ayam masak madu tu????
*tak sempat nak ambik ya. sedar2 dah licin yer?? hahaha!!
kalau ayam sekoq, semua bhn darab 4 ka??
huhuhu
@ieYna : Tau tak per..hahaah
@1na : Agaknyer kot..tapi kalau x jadi jangan marah cheq no :-D
beb, aku ni bit.sahabat terbaek mu... leh aku tukar bahan utama kepada ikan? hehee..
@unknown boley jer asalkan ikan tu goreng bg garing ler kot. Akan jd ala2 msk 3 rasa mcm tu kot.
Post a Comment