Thursday, July 19, 2012

Kek Lapis Pandan

Niat nak buat kek ni asalnya timbul sebab stok daun pandan dari kampung ari tuh berlebihan walaupun dah buat agar2 tapi sampai dh kecut tak jugak buat2 kek ni. At last kena ler beli lain daun pandan untuk buat kek ni sebab niat nak buat tu dah lama so kena la buat jugak. Bukannya apa saja nak try bagi menambah koleksi resepi kek yang ada. Masa buat kek nih ada kesilapan teknikal sket. Kek dah masuk kukus 15 minit baru teringat terlupa nak masuk minyak so kek tuh terpaksa ler dikorbankan. Maknanya untuk buat kek pandan ni dua kali saya kukus kek. Alhamdulillah yang kedua tuh naik dengan elok dan gebunya. Recipe asal credits to Mat Gebu from myresepi.com. Ok la, jom kita tengok caner membuatnya :

Kek Lapis Pandan

Kek Lapis Pandan Versi Kukus

Bahan-bahan kek:
5 biji telur gred A
160g gula
125g tepung gandum - diayak
1 sudu teh baking powder - diayak bersama tepung
75g minyak jagung
15g ovallate
1 sudu teh perisa pandan (pandan paste)
2 sudu besar susu segar
Sedikit kelapa kering utk hiasan

Bahan-bahan kastard:
800ml santan
250ml air
200g gula
10g serbuk jelly/agar-agar (saya campur agar-agar kering dgn yang serbuk)
100g tepung Hoen Kwee warna hijau
1 sudu teh paste pandan
75ml pati pandan (5 helai daun pandan dikisar dengan 75ml air-tapis)
Secubit garam

Cara-cara membuat kek:
- Pukul gula, telur, pandan paste dan ovellate sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit sambil pukul dengan kelajuan perlahan.
- Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga sebati.
- Griskan loyang (8x8x3) inci dengan mentega dan lapik tapak loyang dengan kertas. Sapukan mentega juga pada kertas.
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak/ bakar 175°C selama 30 minit.
- Keluarkan kek bila masak dan sejukkan kemudian potong tepi kek sehingga menjadi (7x7) inci.
- Potong mendatar sebanyak 3 lapisan.

Cara-cara membuat kastard:
- Masak agar-agar kering dengan air, pati pandan, paste pandan dan gula sehingga larut.
- Kecilkan api dan masukkan santan, tepung Hoen Kwee dan garam.
- Kacau menggunakan wisk sehingga kastard menjadi likat dan berkilat.
- Tunggu suam sebelum lapiskan dengan kek.


Cara-cara melapiskan kek dengan kastard:
- Tuang satu lapisan kastard dalam loyang (8x8x3) inci tadi yang telah dicuci. Pastikan kastard menutupi dasar loyang.
- Letakkan lapisan pertama kek dan tekan sedikit.
- Tuang satu lagi lapisan kastard dan pastikan menutupi lapisan kek pertama tadi.
- Letakkan lapisan kedua kek.
- Tuang Lapisan ketiga kastard dan pastikan menutupi permukaan lapisan kek kedua tadi.
- Letakkan lapisan ketiga dan dan tuang lebihan kastard memenuhi setiap ruangan di bahagian tepi kek sahaja. Lapisan ketiga kek tidak perlu ditutup dengan kastard.
- Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama satu jam sebelum dihidangkan.
- Untuk keluarkan kek, terbalikkan loyang di atas bekas yang sesuai. Bahagian berkastard akan berada di atas. Taburkan kelapa kering sebelum dihidangkan.

Tips:
- Lebih selamat masak kastard guna double boiler tapi saya yang malas ni masak jer atas api terus. Syaratnya api kena kecil dan kacau tak leh putus.
- Kalau pakai sebuk jelly dan masak secara double boiler , boleh la masuk jer terus semua bahan kastard dan masak. Kalau pakai agar-agar kering kena ler bagi agar-agar kering tu cair dulu baru boleh campur bahan-bahan lain. Takut nanti berketul plak agar-agar kering tuh dalam kastard.
- Tepung Hoen Kwee tu ada kaler hijau dan putih kalau tak silap saya. Jangan salah beli pulak. Saya pakai brand Nona.
- Nak mudah potong kek pakai pisau yang bergigi (pisau potong roti yang panjang tu). Saya pakai pisau chef yang besar tu sebab itu jer pisau paling panjang yang saya ada.
- Lepas keluarkan kek yang dimasak dari loyang, tak perlu basuh loyang dengan sabun. Memadai dengan hanya keluarkan kerak kek, bilas dengan air dan keringkan. Sisa-sisa mentega pada loyang akan memudahkan kek yang telah dilapiskan dan disejukkan tadi dikeluarkan dari loyang bila sedia untuk dihidangkan.
- Sekiranya tak ada paste pandan, boleh guna satu sudu teh perisa pandan dan sedikit pewarna hijau untuk warnakan kek dan kastard.

Bagi saya paling susah adalah nak potong kek bagi balance sebab tu lah kek saya dalam gambar tu tak balance. Lapisan paling bawah tu adalah lapisan yang pertama saya potong. Tak pandai nak agak so ternipis la pulak. Tapi for first try kira ok ler tu kan. Kek ni sesuai sebagai desert, minum petang dan juadah berbuka puasa. Kawan2 boleh ler cuba Ramadhan nanti.

Selamat mencuba dan selamat menunaikan ibadah puasa. Marilah kita beramai-ramai mengambil kesempatan untuk melipat gandakan ibadah pada Ramadhan nanti.

Lagi satu, pesanan penaja:

Jangan turutkan nafsu dan membazir ketika berbuka. Makan biar berpada-pada. :-)

4 comments:

ieYna said...

memang terbaik..

aRiAnUr said...

@ieYna :-D

(^_^) affeeffa said...

menari2 kek ni saat berada di dalam mulut. hehehe ... mmg best!!!

aRiAnUr said...

@affeeffa : Hahaha..dah jangkit Chef Joe dah kawanku ni rupanya. TQ!