Monday, December 31, 2012
Mitsuketa! (Found It!) :-D
Sunday, December 16, 2012
Cucur Udang
Hari Jumaat lepas dok berangan nk operasi msk memasak hjg mg ni. Hjg minggu yg lain pun masak juga tapi msk yg ringkas sj seperti telur, ikan pekasam, ikan bilis dan yg sewaktu dgnnya. Dh itu jer yg ada dalam peti sejuk ku yg comel tuh. Lgpun seminggu dua nih asyik hujan jer pd hari yg ada pasar malam. Tu yg stok dlm peti tak bertambah. So pada hari Jumaat ari tuh melangkah ler ke pasar. Hasilnya? Udang, sotong, ketam, tauhu, taugeh, daun kucai, brokoli, capsicum, baby sawi, kacang comel2 org bt sayur cmpr tuh dan telur. Haa..bleh teka apa menunya? Jeng..jeng..jeng..
Sotong panggang sebagai dinner mlm jumaat tuh;
Cucur udang dgn kuah kacang tahun lepas sebagai menu brunch dan dinner pada hari Sabtu; dan
Sup sayur, tauhu goreng dan ketam goreng kunyit utk lunch dan dinner pada hari ini.
Puas hati sgt rasanya. Kuah kacang tu gamble sebab syg nk buang tp Alhamdulillah sihat jer lg ni tak ada tanda2 keracunan makanan maknanya elok lagi ler tuh. Leh ler bt lagi cicah cucur udang pasni..hehehe.
Jom layan gambar cucur udang. Menu lain tak snap pun la plak. Len kali yer.
P/S: Dok berangan nak beli peti sejuk baru yg besaq dan juga treadmill. Semoga Allah murahkan rezeki..Amiinn :-)
Friday, October 26, 2012
Resepi Rendang
Bahan2:
1 kg daging/ayam
1ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
5 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
3 keping asam gelugor
200 g kerisik
1/2 - 1 kg santan
50 g cili boh (tkr pakai dlm 19 biji cili padi lg best)
Beberapa keping daun kunyit dihiris halus
Gula melaka dan garam secukup rasa
Cara2:
- Basuh daging/ayam dan potong kecil2 atau mengikut kesesuaian.
- Kisar halus bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit dan serai.
- Masukkan hasil kisaran bersama semua bahan kecuali daun kunyit dan masak sehingga kering. Perasakan dgn garam dan gula.
- Masukkan daun kunyit apabila telah kering dan kacau sebentar sehingga daun layu dan tutup api.
Tips:
* Sila tambah cili padi atau lebih banyak cili boh sekiranya nak rendang lebih pedas. Saya ada jmpa resepi rendang negeri yg guna 10 biji cili padi utk 1kg ayam/daging. Bagi saya kalau ikut resepi asal ni mmg sgt x pedas.
* Sila adjust kelemakan rendang anda mengikut citarasa anda. Saya guna dalam 800ml santan untuk 2kg ayam.
* Sila pastikan kerisik yg digunakan adalah yg elok sebab resepi ni guna banyak kerisik so kalau kerisik x sedap mmg sgt terasa akan ketidak sedapannya.
* Oh ye..kalau nak daging tuh lebih empuk tambah sedikit air supaya lmbt sket kering dan daging itu masak lebih lama.
* Make sure api kecil kalau rendang daging. Daging yg masak dengan api kuat akan jd liat.
* Kalau masak rendang ayam pakai ayam biasa bukan ayam kampung, masukkan ayam lambat sket. Maknanya tumis lu bhn mesin sampai wangi br masukkan ayam dan santan.
Selamat mencuba :-)
Monday, October 15, 2012
Weekend Project
It's a kitchen apron. 100% handmade by arianur and yati. Will be making more later. Thank you yati for lending me your excellent sewing skill and will need to borrow that skill again next month. Plan to make 3 more aprons. Boleh yer? Kira mcm sebulan sekali punya projek menjahit. Kita campur skali dengan projek memasak. Ok x yati? ;-)
Thursday, September 13, 2012
Janji Ditepati
Tuesday, September 11, 2012
Laksa Johor
70g serbuk kari ikan (campur dengan sedikit air utk jadikan pes)
gula dan garam secukup rasa
- Perisi ikan buang tulang dan kisar isi ikan+udang kering+ikan masin dengan sedikit air rebusan.
- Kisar semua bahan B.
- Tumis bahan B sehingga wangi.
- Masukkan cili boh+serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan air rebusan+santan+ikan+kerisik dan kacau.
- Sebelum menggelagak masukkan bunga kantan dan asam keping dan masak sehingga menggelegak dan pekat.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Untuk sambal belacan tuh kalau rajin tumbuk tapi kalau tak kisar semua bahan kecuali asam limau. Keluarkan dari pengisar dan perahkan dengan air asam limau.
- Potong halus semua ulam-ulaman.
- Rebus spaghetti mengikut arahan pada paket.
Tips:
- Air rebusan spaghetti campur dengan sedikit garam dan olive oil supaya bila dah angkat dan toskan dia tak melekat-lekat.
- Gumpalkan bulat-bulat spaghetti tuh guna garfu dan lapiskan setiap lapisan dengan daun pisang (ini kalau rajin boleh ler buat bagi nampak cantik sket dan memudahkan tetamu nak amik speghetti tuh).
- Asam keping tuh kena pandai-pandai adjust. Keluarkan awal kalau kuah dah cukup masam.
- Pastikan kerisik yang digunakan adalah kerisik yang elok kerana rasa kerisik yang tak elok akan mencacatkan rasa kuah.
- Elakkan menggunakan ikan lama. Seelok-eloknya ikan yang digunakan adalah ikan segar supaya rasa lemak manis isi ikan terasa dalam kuah.
- Kalau ada stok bunga kantan banyak boleh juga hiris halus buat ulam.
- Kalau rasa tak cukup pedas sambal belacan tu boleh dicampurkan dengan cili padi.
Friday, September 7, 2012
Nasi Ulam
![]() |
| Nasi Ulam Utara |


