![]() |
| Nasi Ulam Utara |
Friday, September 7, 2012
Nasi Ulam
Projek Memasak Potluck Raya 2012
Aktiviti potluck raya kt pejabat ni sebenarnya boleh dikatakan aktiviti tahunan. Macam mana bleh timbul aktiviti ni yer? Rasanya sebab orang2 di pejabat ni rajin mengetest skill memasak dan yang paling utama skill makan..hehehe. Bukan ler..rasanya aktiviti ni timbul sebab kelab kat ofis x ada cukup bajet utk hire caterrer utk buat jamuan raya so timbul ler idea potluck raya ni. Apa2 pun rasanya menu potluck raya ni lebih hebat dr menu yg akan dpt kalau tempah caterrer dgn bajet yg ciput. Yg lg hebat adalah semua menu yg dibuat semuanya sedap. X caya? Memang la dh korang x rasa. Haa..jgn x caya hebat x hebat skill kawan2 seperjuangan ku ni berjaya menghasilkan lebih 15 menu homemade tau.
Sehubungan dgn itu (hahaha..ayat surat skema), tuan empunya blog kena ler turut serta ler dalam menyumbang menu potluck ini. Utk kali ni, skill ditest dengan menu laksa johor. 100% homemade oleh empunya blog dr dapur rumah sendiri. Sebenarnya, ini ler first time wat laksa johor sendiri. Biasanya tolong mak jer. Menu laksa johor ni juga menu raya kedua rumah mak ayah kt kg tahun ni so sempat mencilok resepi ibonda ku utk ku test skill dan jadikan kengkawan opis ku mangsa utk mengetest kejayaan eksperimen ku ini. Hasilnya...jeng jeng jeng :-
Lupa plak nak amik gambar laksa yang dah sedia utk dimakan dalam mangkuk. By end of the jamuan, kuah plak tak cukup sebab ramai plak yang cedok kuah laksa johor macam laksa utara. Salah tu. Letak sket jer pastu gaul. Laksa johor ni kuahnya memang likat begitu dan tak sesuai untuk dihirup. Orang johor dulu2 siap makan guna jari jemari lagi. Bayangkan ler mcm mana rupanya kalau korang letak kuah laksa johor banyak mcm laksa utara dan makan guna tangan..x ker belengaih tangan korang tuh. Eei..sanggup ker nak telan kalau dh gitu??
Apa2 pun ribuan terima kasih kepada semua warga pejabat yang bersusah payah menyumbangkan menu tak kira ler homemade ker kedai made ker yg penting ikhlas dan marvelous. Kita tunggu next potluck plak utk try skill. Btw, resepi laksa johor version ibondaku akan dipost nanti sebab sekarang malas nak mengarang.
TQ again friends dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Adios..
| Spaghetti dan Ketupat Palas |
| Ulam-ulaman dan sambal belacan utk laksa johor |
| Kuah Laksa Johor |
Thursday, July 26, 2012
Ayam Masak Madu
Pagi tadi try resepi baru dari myresepi.com iaitu Ayam Masak Madu. Zaman muda remaja lu suka layan ayam masak madu ni bila makan nasi kandar tapi sekarang ni bila try yang kat mamak rasa manis sangat pulak dan manisnya bukan manis madu lagi dah. Manis gula jer lebih. Bila masak sendiri nih boleh ler control sendiri kemanisan masakan tuh mengikut citarasa sendiri so ini adalah resepi yang telah saya ubah ikut citarasa saya.
Ayam Masak Madu
Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar cili kisar/cili boh
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara-cara :
- Tumbuk/kisar bawang putih bersama halia.
- Perapkan ayam selama sekurang-kurangnya 1/2 jam bersama bahan-bahan yang dikisar dan garam.
- Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak dan ketepikan. Simpan baki bahan perapan ayam untuk ditumis nanti.
- Tumis bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan baki perapan ayam tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato, gula merah serta madu dan kacau sehingga sebati
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.
Tips:
* Untuk perapan, serbuk kari hendaklah dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
* Lebih lama ayam diperap lebih sedap.
* Tambah sedikit air ketika masak untuk menghasilkan ayam madu yang berkuah .
* Masukkan ayam selepas masukkan air sekiranya inginkan ayam yang lembut (saya suka yang garing dan kering bersalut kuah madu so saya tunggu kuah likat baru saya masukkan ayam).
* Adjust bahan mengikut citarasa anda (lebihkan cili kisar sekiranya mahu lebih pedas, lebihkan madu sekiranya inginkan lebih manis).
* Sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato.
So, bertambah ler lagi koleksi resepi. Semua resepi di blog ini adalah resepi-resepi yang telah diubahsuai dan disahkan okay mengikut citarasa saya. Citarasa orang lain tak berani nak kata ler sebab tak sama :-)

Thursday, July 19, 2012
Kek Lapis Pandan
Niat nak buat kek ni asalnya timbul sebab stok daun pandan dari kampung ari tuh berlebihan walaupun dah buat agar2 tapi sampai dh kecut tak jugak buat2 kek ni. At last kena ler beli lain daun pandan untuk buat kek ni sebab niat nak buat tu dah lama so kena la buat jugak. Bukannya apa saja nak try bagi menambah koleksi resepi kek yang ada. Masa buat kek nih ada kesilapan teknikal sket. Kek dah masuk kukus 15 minit baru teringat terlupa nak masuk minyak so kek tuh terpaksa ler dikorbankan. Maknanya untuk buat kek pandan ni dua kali saya kukus kek. Alhamdulillah yang kedua tuh naik dengan elok dan gebunya. Recipe asal credits to Mat Gebu from myresepi.com. Ok la, jom kita tengok caner membuatnya :
Kek Lapis Pandan
- Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit sambil pukul dengan kelajuan perlahan.
- Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga sebati.
- Griskan loyang (8x8x3) inci dengan mentega dan lapik tapak loyang dengan kertas. Sapukan mentega juga pada kertas.
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak/ bakar 175°C selama 30 minit.
- Keluarkan kek bila masak dan sejukkan kemudian potong tepi kek sehingga menjadi (7x7) inci.
- Potong mendatar sebanyak 3 lapisan.
Cara-cara membuat kastard:
- Masak agar-agar kering dengan air, pati pandan, paste pandan dan gula sehingga larut.
- Kecilkan api dan masukkan santan, tepung Hoen Kwee dan garam.
- Kacau menggunakan wisk sehingga kastard menjadi likat dan berkilat.
- Tunggu suam sebelum lapiskan dengan kek.
Cara-cara melapiskan kek dengan kastard:
- Tuang satu lapisan kastard dalam loyang (8x8x3) inci tadi yang telah dicuci. Pastikan kastard menutupi dasar loyang.
- Letakkan lapisan pertama kek dan tekan sedikit.
- Tuang satu lagi lapisan kastard dan pastikan menutupi lapisan kek pertama tadi.
- Letakkan lapisan kedua kek.
- Tuang Lapisan ketiga kastard dan pastikan menutupi permukaan lapisan kek kedua tadi.
- Letakkan lapisan ketiga dan dan tuang lebihan kastard memenuhi setiap ruangan di bahagian tepi kek sahaja. Lapisan ketiga kek tidak perlu ditutup dengan kastard.
- Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama satu jam sebelum dihidangkan.
- Untuk keluarkan kek, terbalikkan loyang di atas bekas yang sesuai. Bahagian berkastard akan berada di atas. Taburkan kelapa kering sebelum dihidangkan.
Tips:
- Lebih selamat masak kastard guna double boiler tapi saya yang malas ni masak jer atas api terus. Syaratnya api kena kecil dan kacau tak leh putus.
- Kalau pakai sebuk jelly dan masak secara double boiler , boleh la masuk jer terus semua bahan kastard dan masak. Kalau pakai agar-agar kering kena ler bagi agar-agar kering tu cair dulu baru boleh campur bahan-bahan lain. Takut nanti berketul plak agar-agar kering tuh dalam kastard.
- Tepung Hoen Kwee tu ada kaler hijau dan putih kalau tak silap saya. Jangan salah beli pulak. Saya pakai brand Nona.
- Nak mudah potong kek pakai pisau yang bergigi (pisau potong roti yang panjang tu). Saya pakai pisau chef yang besar tu sebab itu jer pisau paling panjang yang saya ada.
- Lepas keluarkan kek yang dimasak dari loyang, tak perlu basuh loyang dengan sabun. Memadai dengan hanya keluarkan kerak kek, bilas dengan air dan keringkan. Sisa-sisa mentega pada loyang akan memudahkan kek yang telah dilapiskan dan disejukkan tadi dikeluarkan dari loyang bila sedia untuk dihidangkan.
- Sekiranya tak ada paste pandan, boleh guna satu sudu teh perisa pandan dan sedikit pewarna hijau untuk warnakan kek dan kastard.
Bagi saya paling susah adalah nak potong kek bagi balance sebab tu lah kek saya dalam gambar tu tak balance. Lapisan paling bawah tu adalah lapisan yang pertama saya potong. Tak pandai nak agak so ternipis la pulak. Tapi for first try kira ok ler tu kan. Kek ni sesuai sebagai desert, minum petang dan juadah berbuka puasa. Kawan2 boleh ler cuba Ramadhan nanti.
Selamat mencuba dan selamat menunaikan ibadah puasa. Marilah kita beramai-ramai mengambil kesempatan untuk melipat gandakan ibadah pada Ramadhan nanti.
Lagi satu, pesanan penaja:
Jangan turutkan nafsu dan membazir ketika berbuka. Makan biar berpada-pada. :-)
Kek Lapis Pandan
Kek Lapis Pandan Versi Kukus
Bahan-bahan kek:
5 biji telur gred A
160g gula
125g tepung gandum - diayak
1 sudu teh baking powder - diayak bersama tepung
75g minyak jagung
15g ovallate
1 sudu teh perisa pandan (pandan paste)
2 sudu besar susu segar
Sedikit kelapa kering utk hiasan
Bahan-bahan kastard:
800ml santan
250ml air
200g gula
10g serbuk jelly/agar-agar (saya campur agar-agar kering dgn yang serbuk)
100g tepung Hoen Kwee warna hijau
1 sudu teh paste pandan
75ml pati pandan (5 helai daun pandan dikisar dengan 75ml air-tapis)
Secubit garam
Cara-cara membuat kek:
- Pukul gula, telur, pandan paste dan ovellate sehingga kembang dan gebu.- Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit sambil pukul dengan kelajuan perlahan.
- Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga sebati.
- Griskan loyang (8x8x3) inci dengan mentega dan lapik tapak loyang dengan kertas. Sapukan mentega juga pada kertas.
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak/ bakar 175°C selama 30 minit.
- Keluarkan kek bila masak dan sejukkan kemudian potong tepi kek sehingga menjadi (7x7) inci.
- Potong mendatar sebanyak 3 lapisan.
Cara-cara membuat kastard:
- Masak agar-agar kering dengan air, pati pandan, paste pandan dan gula sehingga larut.
- Kecilkan api dan masukkan santan, tepung Hoen Kwee dan garam.
- Kacau menggunakan wisk sehingga kastard menjadi likat dan berkilat.
- Tunggu suam sebelum lapiskan dengan kek.
Cara-cara melapiskan kek dengan kastard:
- Tuang satu lapisan kastard dalam loyang (8x8x3) inci tadi yang telah dicuci. Pastikan kastard menutupi dasar loyang.
- Letakkan lapisan pertama kek dan tekan sedikit.
- Tuang satu lagi lapisan kastard dan pastikan menutupi lapisan kek pertama tadi.
- Letakkan lapisan kedua kek.
- Tuang Lapisan ketiga kastard dan pastikan menutupi permukaan lapisan kek kedua tadi.
- Letakkan lapisan ketiga dan dan tuang lebihan kastard memenuhi setiap ruangan di bahagian tepi kek sahaja. Lapisan ketiga kek tidak perlu ditutup dengan kastard.
- Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama satu jam sebelum dihidangkan.
- Untuk keluarkan kek, terbalikkan loyang di atas bekas yang sesuai. Bahagian berkastard akan berada di atas. Taburkan kelapa kering sebelum dihidangkan.
Tips:
- Lebih selamat masak kastard guna double boiler tapi saya yang malas ni masak jer atas api terus. Syaratnya api kena kecil dan kacau tak leh putus.
- Kalau pakai sebuk jelly dan masak secara double boiler , boleh la masuk jer terus semua bahan kastard dan masak. Kalau pakai agar-agar kering kena ler bagi agar-agar kering tu cair dulu baru boleh campur bahan-bahan lain. Takut nanti berketul plak agar-agar kering tuh dalam kastard.
- Tepung Hoen Kwee tu ada kaler hijau dan putih kalau tak silap saya. Jangan salah beli pulak. Saya pakai brand Nona.
- Nak mudah potong kek pakai pisau yang bergigi (pisau potong roti yang panjang tu). Saya pakai pisau chef yang besar tu sebab itu jer pisau paling panjang yang saya ada.
- Lepas keluarkan kek yang dimasak dari loyang, tak perlu basuh loyang dengan sabun. Memadai dengan hanya keluarkan kerak kek, bilas dengan air dan keringkan. Sisa-sisa mentega pada loyang akan memudahkan kek yang telah dilapiskan dan disejukkan tadi dikeluarkan dari loyang bila sedia untuk dihidangkan.
- Sekiranya tak ada paste pandan, boleh guna satu sudu teh perisa pandan dan sedikit pewarna hijau untuk warnakan kek dan kastard.
Bagi saya paling susah adalah nak potong kek bagi balance sebab tu lah kek saya dalam gambar tu tak balance. Lapisan paling bawah tu adalah lapisan yang pertama saya potong. Tak pandai nak agak so ternipis la pulak. Tapi for first try kira ok ler tu kan. Kek ni sesuai sebagai desert, minum petang dan juadah berbuka puasa. Kawan2 boleh ler cuba Ramadhan nanti.
Selamat mencuba dan selamat menunaikan ibadah puasa. Marilah kita beramai-ramai mengambil kesempatan untuk melipat gandakan ibadah pada Ramadhan nanti.
Lagi satu, pesanan penaja:
Jangan turutkan nafsu dan membazir ketika berbuka. Makan biar berpada-pada. :-)
Friday, July 13, 2012
Agar-agar Lumut Pandan
Semalam mencuba buat agar-agar ni sebab nak habiskan stok daun pandan dari kampung. Tu pun ada lagi 5 helai kot dah x tau nak buat apa. Maybe akan dijadikan pewangi keta bagi mengusir bau durian yang dah dua minggu tak hilang-hilang dari kereta. Agar-agar ni mudah untuk dibuat. Yer la koleksi resepi saya ni kebanyakannya yang mudah jer. Senang dan cepat. Resepi asal dapat dari adiweyah.blogspot tapi saya dah modify mengikut citarasa saya. Anyway thanks for the recipe Fie :-). Here's my version:
Bahan-bahan:
15g agar-agar kering (bertali)
sedikit pewarna hijau. (optional)
3 cawan air
3/4 cawan gula
santan (200ml atau lebih) + air = 2 cawan
7 helai daun pandan
2 biji telur
sedikit garam
Cara-cara:
- Kisar daun pandan, santan+air, telur dan garam sehingga lumat.
- Tapis hasil kisar tadi dan ambil air tapisannya.
- Masak agar-agar dengan 3 cawan air sehingga agar-agar larut.
- Masukkan gula dan pewarna dan masak sehingga gula larut.
- Masukkan air tapisan pandan tadi dan kacau sekejap supaya sebati.
- Tunggu sehingga mendidih atau sehingga santan membentuk lumut. Tutup api bila dah mendidih.
- Kacau dan tuang dalam loyang atau bekas. Biarkan sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Nota:
* Lapisan lumut dan hijau jernih akan terbentuk dengan sendirinya ketika agar membeku. Lapisan lumut di atas dan lapisan hijau jernih di bawah.
* Kalau tak letak pewarna lapisan bawah akan jadi putih jernih mcm tuh so terpulang kepada citarasa masing-masing. Agar-agar kering saya beli tuh dah memang ada pewarna so dah x payah letak pewarna.
* Maksud 'santan+air=2 cawan' tu adalah sukatan santan bercampur air mestilah dalam 2 cawan jadi terpulang kalau suka lemak lebih lebihkan santan kurangkan air, kalau tak lebihkan air kurangkan santan. Yang pastinya jumlah sukatan campuran kedua-dua bahan tuh mesti dalam 2 cawan.
Sesuai dijadikan juadah buka puasa ni memandangkan puasa start minggu depan so selamat mencuba! :-)

Thursday, July 5, 2012
Chocolate Chip Cookies
Biskut ni adalah antara biskut kegemaran anak sedara dan adik saya. First time buat raya puasa tahun lepas. Kalo tak silap batch yang pertama tak sempat sambut raya pun and kena buat semula sebab diorang asyik ulang angkut biskut dari dapur bila dah siap bakar. Mana dapat resepi ni? Credit tuh myresepi.com atau lebih tepat lagi K.Fida yang menyumbangkan resepi ni. Testimonial dalam myresepi tak ramai sangat macam cookies lain tapi memang jadik ler setakat dok buat sampai hari ni. Mudah dan simple jer tapi hasilnya memuaskan dan sedap. So, sebagai koleksi:-
Chocolate Chip Cookies (Tanpa Telur)
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan mentega - lembut (280g)
3/4 cawan gula icing - diayak (85g)
1/2 cawan gula perang (100g)
1 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - diayak
1 sk bicarbonate soda - diayak
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak (275g)
120 g choc chips (lebihkan jika suka)
120 g hirisan badam (lebihkan jika suka)
Cara-cara:
- Putar mentega, gula icing dan gula perang sehingga berkrim (tak perlu putar sehingga kembang).
- Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan serbuk koko dan soda bicarbonate dan putar sehingga sebati.
- Gaul tepung gandum, choc chips dan badam sehingga sebati.
- Letakkan doh sebesar satu sudu kecil berjarak dalam tray dan bakar 160C selama 15-20 minit.
Tips:
* Memandangkan mentega dan gula tu tak perlu pukul sampai kembang boleh pukul pakai tangan jer.
* Resepi atas adalah resepi asal dan agak manis bagi saya so saya akan kurangkan sedikit sukatan gula (agak-agak ler, maybe gula icing tgl 1/2 cawan mcm tuh).
* Boleh tambah kekacang lain seperti walnut, hazelnut, cashewnut dan sbg mengikut citarasa sendiri.
* Resepi yang ini tanpa telur tapi kalau ada yang berminat yang letak telur boleh cuba resepi ini.
Selamat mencuba! :)

Monday, June 4, 2012
Aktiviti Minggu Lepas..
Minggu lepas family abangku bersama anak2 sedara ku datang berkampung di rumah. Siap diorang ajak berfoya-foya bersama di Melaka. Haa..tunggu lagi..orang nak belanja so kecil tapak tangan satu bandar Melaka daku tadahkan..hehehe. Maka kami pun ke Melaka untuk tujuan tersebut. Perjalanan x jauh..dalam sejam jer. Rasa2 kalau sejam tuh ke mana yer kat Melaka tuh? Kami ke sini:
Afamosa Resort, Alor Gajah, Melaka
Kami ke sana semalam sahaja so sampai saja siap2 lepas maghrib masuk Cowboy Town. Apa yang best kat sini yer? Hmm..show dia ok ler kot. 4D movie dia boley tahan jer la. Rasanya yang kat Genting lagi ok kot. Masa tengah tgk movie tu siap kena sembur air dan siap rasa ikan gigit kat belakang..yerla nak mencapai maksud 4D tuh ler katakan. Kesian kak ipar ku basah depan belakang coz kerusi dia special sket..sembur depan belakang. Nasib baik malam so bila kuar pun x der la orang perasan. So, sesapa yang teringin nak effect lebih sket bley la dok kerusi paling kanan line depan skali set kedua dari kiri. Pas keluar terus tengok show. Dapat la tengok Red Indian version Melayu men api dan juga perarakan binatang (sekor gajah ni siap melepas kecik besar depan audience lagi..dah x tahan sgt kot agaknya), badut, beca, maskot dan sebagainya. Oh yer..hanabi atau dalam Bahasa Melayu nyer bunga api pun ada last sekali.
Bunga api pelbagai warna
Suka maskot nih leh salam ngan amoi sampai lupa nak layan budak2..
Ni ler agenda anak2 sedara ku yang seterusnya..
Sempat posing lagi..
Pastu cuba skill F1 plak..
Mak sedaranya dan kedua ibu bapa menjadi pemerhati tetap jer sebab mahal sangat la tiketnya. Dah le nak masuk mahal, nak men games kena bayar lagi. Memang buat duit tul diorang nih. Esoknya bawak budak2 ni ke Safari World. Niat nak mandi manda dibatalkan sebab yang kecik tuh dah mula sok sek sok sek hidungnya pastu dah batuk2. Tiket Safari World tuh pun mahal..maybe sebab ada 3 show kot lam tu. Sempat layan Birds Show dan Wild Wild West jer sebab dah petang nak kena balik dah janji nak bawak budak2 p tengok The Avengers. Kat Safari World wajib tau kalau pergi naik tremp dia..baru berbaloi dengan harga tiket yang mahal. Dapat la tengok binatang liar yang dilepaskan..kira terbalik plak coz kita yang dok lam tremp yang bersangkar. Kalau x der sangkar tu ada gak yang dibaham harimau dengan singa yang ada tuh coz tengok gaya mcm lapar jer..macam lum breakfast. Kat sini banyak rusa dengan lembu dengan kambing dan yang seangkatan dengannya tapi layan jerla..
Harimau yang lum breakfast
Beruang yang rasanya dah agak berumur
tengah lepak buat muka boring..
Ni sapa yang tgk sapa dan sapa yang melawat sapa nih?
Stage show Wild Wild West
Show tu ok macam lawaks tapi x berapa nak perasan apa dialog yang disebut sebab slang dan sound mic yang tak berapa nak jelas. Apa2 pun anak2 sedara ku dok gelak terkekek2 so kira diorang enjoy la show tuh. Yang x bestnya nak tangkap gambar ngan binatang ker, maskot ker sume kena pakai kamera diorang maknanya duit lagi ler kalo nak gambar tuh. Dalam RM18 gak kot sekeping. Before balik sempat budak2 ni men kejar2 arnab yang diorang lepaskan. Nak bagi makan boley tapi maknanya?? Duit lagi ler..
Nasihat daku kepada mereka yang bercadang nak bawak anak2 dan keluarga ke sini..sediakan duit banyak2. Kalau bajet setakat bayar tiket masuk jer takut nanti anak2 tak nak keluar selagi x dapat gambar yang dihajati. Apa2 pun terima kasih kepada yang menaja percutian ni..pasni taja lagi yer..hehehe
Last sekali malam tu semua layan Avengers. Yang hairan start movie jer anak sedara ku dah senarai kan..yang pempuan ni Black Widow kn? Yang ni Hulk kan? Yang ni Thor kan? Aik, mana plak diorang tau ni..rasanya x penah lagi tengok citer ni. Rupa2nya baru ku tahu ada games Avengers dalam facebook rupanya..hahaha..padan muka mak sedara depa yang tak der facebook. Even anak sedara paling bongsu pun kenal sume characters dan dia boleh dok diam dan tengok citer sampai habis. Hmm..kalo mcm ni nanti keluar Avengers 2 kita p tengok lagi kay? Ayang belanja..
Subscribe to:
Posts (Atom)