Tuesday, September 11, 2012

Laksa Johor

Resepi asal dari bonda tercinta. Yang lain sume okay cuma air tuh kena adjust kurangkan sket. Kalau nak guna sukatan tu jugak pun boleh tapi nanti kena biar didih lama sampai pekat.

Bahan2:
Sebungkus spaghetti
70g serbuk kari ikan (campur dengan sedikit air utk jadikan pes)
500g santan
20g kerisik
4 sb minyak masak
50g cili kisar/cili boh
1 btg bunga kantan
1 bungkus spaghetti
gula dan garam secukup rasa

A – rebus dan dikisar
500g ikan tenggiri/ikan tongkol/ikan sardin
30g udang kering+ikan tenggiri masin
2 kpg asam keping
Sedikit garam kasar
2 liter air (maybe adjust tinggal dalam 1-1.5 liter kot)

B – kisar
1 btg serai
½ inci lengkuas
50g bwg putih
100g bwg merah
50g halia
½ inci kunyit hidup

C – ulam-ulaman mentah
Taugeh
Kacang panjang
Timun
Bawang besar
Daun kesom
Kobis
Limau Nipis/Kasturi

D – Sambal Belacan
Cili hidup
Belacan
Garam
Jus limau kasturi/limau nipis

Cara2:
-          Rebus ikan+udang kering+ikan masin+2 liter air+asam keping+garam. Ketepikan air  rebusan.
-          Perisi ikan buang tulang dan kisar isi ikan+udang kering+ikan masin dengan sedikit air rebusan.
-          Kisar semua bahan B.
-          Tumis bahan B sehingga wangi.
-          Masukkan cili boh+serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
-          Masukkan air rebusan+santan+ikan+kerisik dan kacau.
-          Sebelum menggelagak masukkan bunga kantan dan asam keping dan masak sehingga menggelegak dan pekat.
-      Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
-      Untuk sambal belacan tuh kalau rajin tumbuk tapi kalau tak kisar semua bahan kecuali asam limau. Keluarkan dari pengisar dan perahkan dengan air asam limau.
-      Potong halus semua ulam-ulaman.
-      Rebus spaghetti mengikut arahan pada paket.

Tips:
-     Air rebusan spaghetti campur dengan sedikit garam dan olive oil supaya bila dah angkat dan toskan dia tak melekat-lekat.
-    Gumpalkan bulat-bulat spaghetti tuh guna garfu dan lapiskan setiap lapisan dengan daun pisang (ini kalau rajin boleh ler buat bagi nampak cantik sket dan memudahkan tetamu nak amik speghetti tuh).
-    Asam keping tuh kena pandai-pandai adjust. Keluarkan awal kalau kuah dah cukup masam.
-    Pastikan kerisik yang digunakan adalah kerisik yang elok kerana rasa kerisik yang tak elok akan mencacatkan rasa kuah.
-    Elakkan menggunakan ikan lama. Seelok-eloknya ikan yang digunakan adalah ikan segar supaya rasa lemak manis isi ikan terasa dalam kuah.
-    Kalau ada stok bunga kantan banyak boleh juga hiris halus buat ulam.
-    Kalau rasa tak cukup pedas sambal belacan tu boleh dicampurkan dengan cili padi.



Friday, September 7, 2012

Nasi Ulam

Nasi Ulam Utara
Tadi pagi dan tengahari makan nasi ulam buat sendiri. Apa mimpi tetiba si arianur nak makan nasi ulam nih? X der mimpi apa2 sebenarnya tapi nak menghabiskan ulam-ulaman untuk laksa johor semalam. Sayang plak kalau dibuang mcm tu jer so tetiba timbul idea nak buat nasi ulam. Nasi ulam ni biasanya dimakan dengan masak asam batang keladi atau ada orang panggil asam pedas batang keladi tapi saya belum pernah plak siang dan masak keladi. Rempah nasi ulam ni pun baru kali pertama cuba. Sedap plak rasanya bila dah lama tak makan. Sebenarnya nak buat tak susah cuma leceh nak menghiris pelbagai jenis ulam dan remeh nak cari ulam2 tuh. Resepi sebenar pakai pelbagai jenis daun seperti daun cekur, putat, selom, sekentut, pucuk gajus dan sebagainya tapi untuk versi kali ni sebab nak menghabiskan ulam laksa johor, hanya daun selom saja yang digunakan. Yang lainnya kacang panjang, timun, kobis, bawang besar dan taugeh. Rempahnya pula saya guna ikan tenggiri masin yang dibakar serta udang kering yang digoreng tanpa minyak dan dikisar bersama serai dan lengkuas. Kemudian bahan kisar tadi saya campur dengan kerisik dan goreng semula tanpa minyak supaya rempah tu agak kering. Pastu gaul ler ler ulam2 mentah tadi yang telah diracik halus bersama rempah dan nasi. Ada orang makan dengan sambal belacan jugak. Terpulang ler ikut selera masing2. Tadi saya makan dengan ikan msk kari, gulai tempoyak daun kayu dan satay. Semuanya lebihan potluck semalam. Tak baik membazirkan.. Memang delicious dan marvelous lah :-D

Projek Memasak Potluck Raya 2012

Aktiviti potluck raya kt pejabat ni sebenarnya boleh dikatakan aktiviti tahunan. Macam mana bleh timbul aktiviti ni yer? Rasanya sebab orang2 di pejabat ni rajin mengetest skill memasak dan yang paling utama skill makan..hehehe. Bukan ler..rasanya aktiviti ni timbul sebab kelab kat ofis x ada cukup bajet utk hire caterrer utk buat jamuan raya so timbul ler idea potluck raya ni. Apa2 pun rasanya menu potluck raya ni lebih hebat dr menu yg akan dpt kalau tempah caterrer dgn bajet yg ciput. Yg lg hebat adalah semua menu yg dibuat semuanya sedap. X caya? Memang la dh korang x rasa. Haa..jgn x caya hebat x hebat skill kawan2 seperjuangan ku ni berjaya menghasilkan lebih 15 menu homemade tau. Sehubungan dgn itu (hahaha..ayat surat skema), tuan empunya blog kena ler turut serta ler dalam menyumbang menu potluck ini. Utk kali ni, skill ditest dengan menu laksa johor. 100% homemade oleh empunya blog dr dapur rumah sendiri. Sebenarnya, ini ler first time wat laksa johor sendiri. Biasanya tolong mak jer. Menu laksa johor ni juga menu raya kedua rumah mak ayah kt kg tahun ni so sempat mencilok resepi ibonda ku utk ku test skill dan jadikan kengkawan opis ku mangsa utk mengetest kejayaan eksperimen ku ini. Hasilnya...jeng jeng jeng :-

Spaghetti dan Ketupat Palas
Ulam-ulaman dan sambal belacan utk laksa johor
Kuah Laksa Johor

Lupa plak nak amik gambar laksa yang dah sedia utk dimakan dalam mangkuk. By end of the jamuan, kuah plak tak cukup sebab ramai plak yang cedok kuah laksa johor macam laksa utara. Salah tu. Letak sket jer pastu gaul. Laksa johor ni kuahnya memang likat begitu dan tak sesuai untuk dihirup. Orang johor dulu2 siap makan guna jari jemari lagi. Bayangkan ler mcm mana rupanya kalau korang letak kuah laksa johor banyak mcm laksa utara dan makan guna tangan..x ker belengaih tangan korang tuh. Eei..sanggup ker nak telan kalau dh gitu?? Apa2 pun ribuan terima kasih kepada semua warga pejabat yang bersusah payah menyumbangkan menu tak kira ler homemade ker kedai made ker yg penting ikhlas dan marvelous. Kita tunggu next potluck plak utk try skill. Btw, resepi laksa johor version ibondaku akan dipost nanti sebab sekarang malas nak mengarang. TQ again friends dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Adios..

Thursday, July 26, 2012

Ayam Masak Madu

Pagi tadi try resepi baru dari myresepi.com iaitu Ayam Masak Madu. Zaman muda remaja lu suka layan ayam masak madu ni bila makan nasi kandar tapi sekarang ni bila try yang kat mamak rasa manis sangat pulak dan manisnya bukan manis madu lagi dah. Manis gula jer lebih. Bila masak sendiri nih boleh ler control sendiri kemanisan masakan tuh mengikut citarasa sendiri so ini adalah resepi yang telah saya ubah ikut citarasa saya.

Ayam Masak Madu

Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar cili kisar/cili boh
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara :
- Tumbuk/kisar bawang putih bersama halia.
- Perapkan ayam selama sekurang-kurangnya 1/2 jam bersama bahan-bahan yang dikisar dan garam.
- Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak dan ketepikan. Simpan baki bahan perapan ayam untuk ditumis nanti.
- Tumis bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan baki perapan ayam tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato, gula merah serta madu dan kacau sehingga sebati
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.

Tips:
* Untuk perapan, serbuk kari hendaklah dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
* Lebih lama ayam diperap lebih sedap.
* Tambah sedikit air ketika masak untuk menghasilkan ayam madu yang berkuah .
* Masukkan ayam selepas masukkan air sekiranya inginkan ayam yang lembut (saya suka yang garing dan kering bersalut kuah madu so saya tunggu kuah likat baru saya masukkan ayam).
* Adjust bahan mengikut citarasa anda (lebihkan cili kisar sekiranya mahu lebih pedas, lebihkan madu sekiranya inginkan lebih manis).
* Sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato.

So, bertambah ler lagi koleksi resepi. Semua resepi di blog ini adalah resepi-resepi yang telah diubahsuai dan disahkan okay mengikut citarasa saya. Citarasa orang lain tak berani nak kata ler sebab tak sama :-)



Thursday, July 19, 2012

Kek Lapis Pandan

Niat nak buat kek ni asalnya timbul sebab stok daun pandan dari kampung ari tuh berlebihan walaupun dah buat agar2 tapi sampai dh kecut tak jugak buat2 kek ni. At last kena ler beli lain daun pandan untuk buat kek ni sebab niat nak buat tu dah lama so kena la buat jugak. Bukannya apa saja nak try bagi menambah koleksi resepi kek yang ada. Masa buat kek nih ada kesilapan teknikal sket. Kek dah masuk kukus 15 minit baru teringat terlupa nak masuk minyak so kek tuh terpaksa ler dikorbankan. Maknanya untuk buat kek pandan ni dua kali saya kukus kek. Alhamdulillah yang kedua tuh naik dengan elok dan gebunya. Recipe asal credits to Mat Gebu from myresepi.com. Ok la, jom kita tengok caner membuatnya :

Kek Lapis Pandan

Kek Lapis Pandan Versi Kukus

Bahan-bahan kek:
5 biji telur gred A
160g gula
125g tepung gandum - diayak
1 sudu teh baking powder - diayak bersama tepung
75g minyak jagung
15g ovallate
1 sudu teh perisa pandan (pandan paste)
2 sudu besar susu segar
Sedikit kelapa kering utk hiasan

Bahan-bahan kastard:
800ml santan
250ml air
200g gula
10g serbuk jelly/agar-agar (saya campur agar-agar kering dgn yang serbuk)
100g tepung Hoen Kwee warna hijau
1 sudu teh paste pandan
75ml pati pandan (5 helai daun pandan dikisar dengan 75ml air-tapis)
Secubit garam

Cara-cara membuat kek:
- Pukul gula, telur, pandan paste dan ovellate sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit sambil pukul dengan kelajuan perlahan.
- Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga sebati.
- Griskan loyang (8x8x3) inci dengan mentega dan lapik tapak loyang dengan kertas. Sapukan mentega juga pada kertas.
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak/ bakar 175°C selama 30 minit.
- Keluarkan kek bila masak dan sejukkan kemudian potong tepi kek sehingga menjadi (7x7) inci.
- Potong mendatar sebanyak 3 lapisan.

Cara-cara membuat kastard:
- Masak agar-agar kering dengan air, pati pandan, paste pandan dan gula sehingga larut.
- Kecilkan api dan masukkan santan, tepung Hoen Kwee dan garam.
- Kacau menggunakan wisk sehingga kastard menjadi likat dan berkilat.
- Tunggu suam sebelum lapiskan dengan kek.


Cara-cara melapiskan kek dengan kastard:
- Tuang satu lapisan kastard dalam loyang (8x8x3) inci tadi yang telah dicuci. Pastikan kastard menutupi dasar loyang.
- Letakkan lapisan pertama kek dan tekan sedikit.
- Tuang satu lagi lapisan kastard dan pastikan menutupi lapisan kek pertama tadi.
- Letakkan lapisan kedua kek.
- Tuang Lapisan ketiga kastard dan pastikan menutupi permukaan lapisan kek kedua tadi.
- Letakkan lapisan ketiga dan dan tuang lebihan kastard memenuhi setiap ruangan di bahagian tepi kek sahaja. Lapisan ketiga kek tidak perlu ditutup dengan kastard.
- Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama satu jam sebelum dihidangkan.
- Untuk keluarkan kek, terbalikkan loyang di atas bekas yang sesuai. Bahagian berkastard akan berada di atas. Taburkan kelapa kering sebelum dihidangkan.

Tips:
- Lebih selamat masak kastard guna double boiler tapi saya yang malas ni masak jer atas api terus. Syaratnya api kena kecil dan kacau tak leh putus.
- Kalau pakai sebuk jelly dan masak secara double boiler , boleh la masuk jer terus semua bahan kastard dan masak. Kalau pakai agar-agar kering kena ler bagi agar-agar kering tu cair dulu baru boleh campur bahan-bahan lain. Takut nanti berketul plak agar-agar kering tuh dalam kastard.
- Tepung Hoen Kwee tu ada kaler hijau dan putih kalau tak silap saya. Jangan salah beli pulak. Saya pakai brand Nona.
- Nak mudah potong kek pakai pisau yang bergigi (pisau potong roti yang panjang tu). Saya pakai pisau chef yang besar tu sebab itu jer pisau paling panjang yang saya ada.
- Lepas keluarkan kek yang dimasak dari loyang, tak perlu basuh loyang dengan sabun. Memadai dengan hanya keluarkan kerak kek, bilas dengan air dan keringkan. Sisa-sisa mentega pada loyang akan memudahkan kek yang telah dilapiskan dan disejukkan tadi dikeluarkan dari loyang bila sedia untuk dihidangkan.
- Sekiranya tak ada paste pandan, boleh guna satu sudu teh perisa pandan dan sedikit pewarna hijau untuk warnakan kek dan kastard.

Bagi saya paling susah adalah nak potong kek bagi balance sebab tu lah kek saya dalam gambar tu tak balance. Lapisan paling bawah tu adalah lapisan yang pertama saya potong. Tak pandai nak agak so ternipis la pulak. Tapi for first try kira ok ler tu kan. Kek ni sesuai sebagai desert, minum petang dan juadah berbuka puasa. Kawan2 boleh ler cuba Ramadhan nanti.

Selamat mencuba dan selamat menunaikan ibadah puasa. Marilah kita beramai-ramai mengambil kesempatan untuk melipat gandakan ibadah pada Ramadhan nanti.

Lagi satu, pesanan penaja:

Jangan turutkan nafsu dan membazir ketika berbuka. Makan biar berpada-pada. :-)

Friday, July 13, 2012

Agar-agar Lumut Pandan

Semalam mencuba buat agar-agar ni sebab nak habiskan stok daun pandan dari kampung. Tu pun ada lagi 5 helai kot dah x tau nak buat apa. Maybe akan dijadikan pewangi keta bagi mengusir bau durian yang dah dua minggu tak hilang-hilang dari kereta. Agar-agar ni mudah untuk dibuat. Yer la koleksi resepi saya ni kebanyakannya yang mudah jer. Senang dan cepat. Resepi asal dapat dari adiweyah.blogspot tapi saya dah modify mengikut citarasa saya. Anyway thanks for the recipe Fie :-). Here's my version:

Agar-agar Lumut Pandan

Bahan-bahan:

15g agar-agar kering (bertali)
sedikit pewarna hijau. (optional)
3 cawan air
3/4 cawan gula
santan (200ml atau lebih) + air = 2 cawan
7 helai daun pandan
2 biji telur
sedikit garam

Cara-cara:
- Kisar daun pandan, santan+air, telur dan garam sehingga lumat.
- Tapis hasil kisar tadi dan ambil air tapisannya.
- Masak agar-agar dengan 3 cawan air sehingga agar-agar larut.
- Masukkan gula dan pewarna dan masak sehingga gula larut.
- Masukkan air tapisan pandan tadi dan kacau sekejap supaya sebati.
- Tunggu sehingga mendidih  atau sehingga santan membentuk lumut. Tutup api bila dah mendidih.
- Kacau dan tuang dalam loyang atau bekas. Biarkan sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Nota:
* Lapisan lumut dan hijau jernih akan terbentuk dengan sendirinya ketika agar membeku. Lapisan lumut di atas dan lapisan hijau jernih di bawah.
* Kalau tak letak pewarna lapisan bawah akan jadi putih jernih mcm tuh so terpulang kepada citarasa masing-masing. Agar-agar kering saya beli tuh dah memang ada pewarna so dah x payah letak pewarna.
* Maksud 'santan+air=2 cawan' tu adalah sukatan santan bercampur air mestilah dalam 2 cawan jadi terpulang kalau suka lemak lebih lebihkan santan kurangkan air, kalau tak lebihkan air kurangkan santan. Yang pastinya jumlah sukatan campuran kedua-dua bahan tuh mesti dalam 2 cawan.

Sesuai dijadikan juadah buka puasa ni memandangkan puasa start minggu depan so selamat mencuba! :-)

Thursday, July 5, 2012

Chocolate Chip Cookies

Biskut ni adalah antara biskut kegemaran anak sedara dan adik saya. First time buat raya puasa tahun lepas. Kalo tak silap batch yang pertama tak sempat sambut raya pun and kena buat semula sebab diorang asyik ulang angkut biskut dari dapur bila dah siap bakar. Mana dapat resepi ni? Credit tuh myresepi.com atau lebih tepat lagi K.Fida yang menyumbangkan resepi ni. Testimonial dalam myresepi tak ramai sangat macam cookies lain tapi memang jadik ler setakat dok buat sampai hari ni. Mudah dan simple jer tapi hasilnya memuaskan dan sedap. So, sebagai koleksi:-

Chocolate Chip Cookies (Tanpa Telur)


Bahan-bahan:

1 1/4 cawan mentega - lembut (280g)
3/4 cawan gula icing - diayak (85g)
1/2 cawan gula perang (100g)
1 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - diayak
1 sk bicarbonate soda - diayak
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak (275g)
120 g choc chips (lebihkan jika suka)
120 g hirisan badam (lebihkan jika suka)

Cara-cara:

- Putar mentega, gula icing dan gula perang sehingga berkrim (tak perlu putar sehingga kembang).
- Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan serbuk koko dan soda bicarbonate dan putar sehingga sebati.
- Gaul tepung gandum, choc chips dan badam sehingga sebati.
- Letakkan doh sebesar satu sudu kecil berjarak dalam tray dan bakar 160C selama 15-20 minit.

Tips:
* Memandangkan mentega dan gula tu tak perlu pukul sampai kembang boleh pukul pakai tangan jer.
* Resepi atas adalah resepi asal dan agak manis bagi saya so saya akan kurangkan sedikit sukatan gula (agak-agak ler, maybe gula icing tgl 1/2 cawan mcm tuh).
* Boleh tambah kekacang lain seperti walnut, hazelnut, cashewnut dan sbg mengikut citarasa sendiri.
* Resepi yang ini tanpa telur tapi kalau ada yang berminat yang letak telur boleh cuba resepi ini.

Selamat mencuba! :)